Tuesday, May 17, 2011

hari-hari di rumah....


assalamualaikum...
salam bertemu kembali dan salam sejahtera kepada semua pembaca....
kali ini post penulis lebih santai dan relax.....
menceritakan hari-hari penulis berada di rumah....

masa hari berkerja penulis memang akan berada seorang diri di rumah
dari pagi sehingga petang
maka secara tidak langsung penulis akan ambil alih job my lovely mom seperti cuci2 baju sapu2 lantai mop2 lantai sidai2 kain hehehe meringankan sedikit beban ibuku sayang yang dah penat balik berkerja...
pagi ini seperti biasa selepas membasuh kain mencari apa yang boleh dijadikan sebagai breakfast penulis hanya terlihat roti berinti jagung itu.. still roti jagung n milo panas this morning???
sudah jemu hehehe...
terlihat pula roti putih gardiner yang tinggal beberapa keping l
agi....hurmmm kalau dapat mereka nak cicah apa dengan roti....
tinjau2 bekas2 bawang yang ada n ternampak cili kering...
terus datang idea buat sambal bilis cicah roti sedap juga...
then terus meninjau peti ais mencari ikan bilis....
cayalah jadi juga projek memasak penulis sensorang kat rumah hari ini......


resepi sambal bilis citarasa sendiri :)
-cili kering
-bawang merah
-bawang putih
-ikan bilis(pastikan goreng dahulu)
-sedikit sos cili samano
- gula n garam

cara membuatnya :
kisar cili kering(yang telah direbus sebentar) bersama
bawang merah dan bawang putih. kemudian panaskan
minyak dalam kuali tuangkan bahan yang telah dikisar masak sehingga pecah minyak. kemudian masukan garam dan g
ula secukup rasa. kemudian masukkan sedikit sos cili samano untuk menyedapkan lagi rasa sambal(hehe). akhir sekali masukan ikan bilis yang sudah di goreng gaul sehingga rata. siap untuk dihidangkan........





sambil menanti sambal dalam kuali pecah minyak buka peti ais nampak epal hijau..
hurmmmmmmm buat jus epal hijau di tambah dengan sedikit perahan limau nipis...
selalu buat jus buah dekat abah tersayang kali ini buat untuk diri sendiri untuk minum....


jus epal hijau

-sebiji epal hijau
-sepotong hirisan limau nipis

caranya:
mudah dan cepat... hiris buah epal kepada beberapa potongan kemudian kisar.. kemudian masukkan ke dalam gelas dan perahkan air limau nipis ke dalam jus sebentar tadi. GULA???? minuman penulis pagi ini tiada gula.... original taste!!!! :)





hampir 30 minit beroperasi sensorang di dapur maka selesaila projek memasak penulis untuk menu sarapan pagi

--> roti putih
--> sambal bilis citarasa sendiri
--> jus epal bersama perahan limau nipis

inilah hasilnya........................ ringkas mudah cepat dan sedap!!!!! hehehe seLamat meNcuba..
~~~jemput makan~~~



No comments:

Post a Comment