Thursday, October 27, 2011

~kisah disebalik gambar~ (part 1)


permulaannya di sini....
penulis sendiri tidak pasti macam mana penulis boleh berada kawasan ini semasa baru melonjakkan diri ke alam sekolah menengah....
apa yang penulis masih ingat selepas habis darjah 6 penulis hendak sgt2 masuk sekolah agama tapi kawasan tempat tinggal penulis takda offer ke mana2 sekolah agama lagi walaupon sekolah lagi 3 mggu nak buka....
jadi saja mencuba nasib untuk mendaftarkan diri ke sekolah ini.. tapi bukan sekadar mendaftar kena buat ujian bertulis dan bacaan al-quran.....
Allah izin 3 hari lepas tue surat tawaran sampai rumah.. memang tidak di sangka sebab tak pernah terpikir dan tak pernah tahu wujudnya sekolah itu...

pada awalnya emak penulis kata :
{tak payahlaa pergi sekolah tue dulu... kita tggu dulu tawaran dari smka dulu.. lagipon matri tue jauh sgt.. apa hal2 nnty susah mak abah nak balik perlis... kalau tak dpt smka tue kakak pergi SABAR jelah yeaa...}
SABAR????? owh tidak!!!! seboleh2nya memang penulis taknak sangat sekolah kat SABAR lepas upsr dulu.. tak tahulah kenapa... (classmate SABAR yang ade baca post nie... jgn marah yeaaa hehehe)

2 hari berikutnya abah cakap :
{mak abah dah pikir habis2.... mak abah dah setuju kalau kakak nak sekolah kat MATRI... kakak nak tak??? kalau nak jom kita pi beli barang }
apa lagi menjerit gembira... memang teringin sangat hendak masuk sekolah asrama nie.... dan point paling penting juga dapat mengelak dari bersekolah dekat SABAR masa tue... hehehehe...

tahun 2004 penulis bergelar seorang pelajar MATRI.. di sana penulis dapat belajar banyak perkara yang penulis tak pernah tahu selama penulis hidup di muka bumi ini.. syukurlah ke hadrat Illahi kerana memberi penulis peluang untuk belajar dan menuntut ilmu di lubuk tarbiyah itu....

di sini juga penulis mengenali apa itu yang dikatakan dengan :


betapa untungnya penulis dapat mengenali mereka semua kerana classmate penulis bukan sahaja berasal dari perlis semata-mata tapi ada dari johor penang kedah selangor kelantan n lain2 negeri...
ukhwah antara kami bertambah erat apabila sering melakukan aktiviti bersama macam program halaqah, tamrin, amal jamaei (ini mmg wajib setiap mggu n batch kita selalu kena cuci dewan makan huhu) dan seperti biasa jamuan akhir tahun... itu sudah pasti... (^__^)


gambar ini.. sahabat2 ingat lagi tak????
seingat penulis ini gambar masa kita form 2...
gambar nie kita snap masa aktiviti tamrin luaran kita...
tamrin dekat bukit ayer resort...
tengoklah muka2 kita tyme form 2.... kiut2 je semuanya....




gambar nie pula penulis dapat bila search image MATRI dekat mr.google... kenapa penulis tertarik untuk uplaod gambar nie??? cuba tengaok tarikh pada gambar itu  04/10/2006 ... kalau tak salah penulis 2006 tahun kita exam PMR kan... jadi secara kebetulan terlihat pic ini walaupon tak mengenali seorang pown kaum adam yang di bahagian hadapan tapi penulis rasa golongan hawa di belakang itu adalah KITA!!! (^_^)

inilah barisan kita...debaran sebelum masuk dewan peperiksaan{pmr 2006}








pada hari akhir peperiksaan PMR inilah gambar yang kita dapat ambil depan pintu gerbang MATRI... senyuman terukir sebab baru habis periksa hehehe... ini baru satu kelas.. kalau tak silap nama kelas kita kelas 3 asiah....  ramai kan.. kalau campur dua2 kelas lagi ramai.....



bila semua dikumpul sekali lihatlah gambar di bawah... ramaikan????? sukar juga nak cari wajah sendiri... anda yang mana satu??? dapat cari tak lagi (^__^)


gambar kat dalam nie tak pasti masa form berapa.. rasanya masa form3.. kita pakat2 prep kat dewan makan sebab lepas habis pmr kita kena ikuti kursus yang sekolah anjurkan tue... ingat lagi tak???? kalau siapa tak pergi n ponteng nanti form4 dah tak boleh sekolah di MATRI.... itulah salah satu arahan yang dikenakan kepada kita supaya jangan pandai2 nak *ngelat hehehehe


inilah satu-satunya gambar kita dua2 kelas dengan uniform sekolah.... gambar nie kita ambil dengan ustaz nazaruddin yang ajar kita bahasa arab masa kursus intensif tue... tapi sorry laa ustaz terpaksa crop pic ustaz sebab penulis nak bahagian pic sahabat2 penulis.... cuba cari wajah anda yang mana satu??? :)


sudah menjadi adat setiap hujung tahun.... mesti ada buat jamuan kelas kan... tapi seingat penulis jamuan kelas kita selalunya combine dua2 kelas... jimat kos save bajet.. hehehe... destinasi utma sudah tentu dewan makan sahibah kan... tempat yang paling sesuai n strategik hehehe... dan every year mesti ade beli hadiah kenangan yang kita akan beli sama semua... susah jugak ajk hadiah nak cari tapi kita dalam lingkungan 80orang tetap akan dapat hadiah yang sama bentuknya....


inilah gambar yang kita ambil masa jamuan akhir tahun form3.... hadiah kita yang sama kipas itu?? masihkah anda menyimpannya??? huhuhu kipas penulis tue hurmmm ade tapi dah tak ingat letak kat mana hehehe... tapi beg kertas coklat yang gambar bear tue still ada lagi... sebab jarang digunakan jadi tersimpan rapi ajelah di dalam almari... (^_^)


dan kisah disebalik gambar yang terakhir

gambar yang penulis snap paling dekat dengan dia... siapa sangka dulu penulis pernah duduk dalam kelas meja sebaris dengan dia.. dia penyeri kelas dan sangat bertanggungjawab.... sayang kita pada dia sayang lagi Allah pada dia...

****
1 message received

salam.. sahabat kita jannah sani meninggal dunia accident dekat langkawi... moga ditempatkan dlam golongan orang2 yang soleh.. khabarkan pada sahabat2 yang lain...

kali pertama baca antara percaya dan tidak.. kebetulan waktu itu penulis sendiri pown tak berapa sihat.. baru lepas telan ubat.. nak mesej tnya yang lain kredit pulak tak top up lagi... dengan kepala yang sangat sakit penulis ignore dulu mesej tue...
esok paginya lepas solat subuh penulis capai balik henfon buka balik peti inbox... masih tertanya2 betul ke mesej yang penulis baca semalam... mana nak tahu mimpi je almaklumlah kepala pown tengah berat2 tyme tue... memang betul mesej itu ada di peti inbox.....
online fb... dapat lihat status kakak2 senior dan adik2 junior menyatakan berita yang sama....
innalillah..... Allah lebih menyayangi dirimu JANNAH.... hanya sekalung doa yang mampu penulis sampaikan dari jauh... moga Jannah ditempatkan dalam golongan orang2 yang bertaqwa dan beramal soleh......  ~Al-fatihah~

*****

akhir kata.. setakat ini dahulu penulis coretkan... saja mengimbau masa zaman muda-muda kita... (^_^)
penulis mengharapkan agar ukhwah ini terus terjalin buat selamanya walaupon kita semua jarang sangat2 bertemu untuk bertentang mata... moga Allah meredhai ukhwah antara kita.... amin...





p/s: mesti ada yang tertnya kenapa gambar sampai kita form3 sahaja... seperti yang kalian tahu penulis di MATRI sampai tingkatan 3 sahaja... walaupun hanya tiga tahun tapi rasa sangat bersyukur dapat berada di bumi MATRI dan berpeluang mengenali kalian..... ukhwahfillah abadan abadaa... (^__^)

Thursday, October 6, 2011

2 plus 2 equal 4 sahabat

[dah macam cover novel  (^__^) ]

Assalamualaikum....
apa khabar pembaca semua???
harapnya semua sihat2 belaka insyaAllah...

Al-kisah empat sahabat..
apa yang best tentang mereka ini???
penulis dalam usaha untuk merungkai apa kisah antara mereka berempat... :)



mereka telah dipertemukan oleh Allah swt di suatu tempat yang indah lagi permai...
seorang dari parit buntar, seorang dari bagan serai , seorang dari sungai labu dan seorang lagi dari tanjong piandang.....

mereka di situ dalam misi yang sama iaitu menuntut ilmu yang diberkati oleh Allah.. insyaAllah....
tetapi dalam sibuk menuntut ilmu pelbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa mereka tempuhi..
kadang kala saling terasa dan memendam rasa (biasalah tue hehe)
suasana disekeliling mereka kadang kala mereka berempat mengalirkan air mata bersama....

okey2 kita tutup story sedih kita story perkara2 yang happening yang sampai sekarang bila di kenang kembali pasti akan mengukir senyuman....

ceritera mereka sewaktu form6 rendah takda apalah sangat sebab mereka antara golongan yang minoriti sehingga dapat dirasakan seperti tidak wujud di situ huhuhu...
apa2pown semuanya berbeza bila melnagkah masuk form 6 atas.... waktu f6 atas meriah sikit.. sebab tahun itu barulah kehadiran mereka wujud di mata cikgu2.. almaklumlah apa2 sahaja kerja yang hendak dilaksanakan kena cari f6 dulu... then f6 kenalah cari anak buahnyaa..  betul tak 4 sahabat??? hehehe
semua itu pengalaman...

kita intai2 pula apalah 4 sahabat nie buat dalam kelas mereka yang sangat lapang dan luas itu???


berposing dengan uniform sekolah (n__n)               

di tempat pertemuan 4 sahabat ini jugalah mereka di ajar untuk berkorban....
pengorbana yang harus dilaksanakan demi keselesaan adik2 yang hendak mengambil exam pmr...
4 sahabat golongan minoriti ini telah terpaksa berpindah dari kelas mereka yang tercinta itu...
hampir sebulan 4 sahabat berpindah dari satu kelas ke satu kelas yang lain.. dari satu blok ke blok yang lain...
menarik bukan???? bukan senang dapat pengalaman yang macam ini.. semuanya demi keselesaan adik2...
walaupown 4 sahabat terpaksa menapak belajar di kantin sekolah.. itu semua pengalaman.. :)
dalam banyak2 tempat 4 sahabat ini kena berpindah randah tempat yang paling best mereka bermaustatin seketika ialah bilik mesyuarat yang indah lagi mempersona mana taknyaa ada air-cond... hehehe.. tentulah itu tempat yang paling bestkan.. (^_^)
4 sahabat dan sahabat stam yang senasib dengan mereka telah diarahkan duduk di dalam bilik mesyuarat untuk dijadikan kelas sementara... bayangkan dalam satu bilik mensyuarat ada tiga kelas yang berbeza 6stpm , 6 atas stam, 6 bwh stam... jadi dalam bilik tersebut akan ada tiga kelompok dan 3 orang guru dalam satu masa.... unik kan????? kekadang masing2 tersenyum sendiri bila cikgu yang mengajar 4 sahabat senyap sekejap telinga boleh mendengar suara cikgu yang dikelompok lain itu pula yang mengajar... hehehe..


di samping dapat duduk dalam bilik yang brair-cond tue kebersihan haruslah di titik beratkan... semua dah besar2.. pandai2lah jaga kebersihan tempat sendiri.. itulah juga merupakan salah satu faktor kenapa pengetua memberi kita keizinan untuk menetap di dalam bilik itu.. :).. peluang yang diberikan digunakan sebaik mungkin.... adik2 dapat tengok dari luar ajelahh hehehe
bila mereka menguasai bilik mensyuarat tengoklah apa yang terjadi....

tahap kerajinan membaca bertambah apabila berada di dalam bilik yang dingin dan sunyi itu... 






study..study sendiri.... cikgu tak masuk.. exam dekat dah!!!



dah penat membaca relax2 jap sambil menikmati suasana bilik yang nyaman ini.. :)  



  
4sahabat di meja paling hadapan di dalam bilik mesyuarat.. memang dah xde keja laa nie... (^__^)   




itu ceritera 4 sahabat di zaman sekolah mereka... hampir setahun juga masa sudah berlalu.....
apa ceritera 4 sahabat selepas zaman persekolahan????
disebabkan masing2 ada lesen tetapi tiada transport sendiri jadi agak susahlah untuk bertemu selalu....
namun perancangan tetap di atur dan akhirnya 4 sahabat dapat berjumpa... mengukuhkan lagi ikatan ukhwah antara mereka....
pertemuan kali ini bukanlah sekadar perbualan kosong semata-mata tetapi perbualan, perbincangan, pandangan dan perancangan untuk meneruskan kehidupan masing2.... 
apa yang diimpikan sebenarnya masih belum kunjung tiba kepada 4 sahabat...
mungkin rezeki mereka lambat sedikit.. tak mengapalah...
sambil berbincang perut perlulah di isi... hehehe..
berbelanja sekadar yang mampu....


sorang lagi tngah snap pic... ;)



senyum jangan tak senyum...

ada perubahan tak muka zaman sekolah dan zaman awal 20-an ini hehe




mudah2an apa yang dibincangkan itu tidak sia2... pertemuan ini sedikit sebanyak dapat menaikkan balik semangat 4 sahabat selepas mereka cukup di uji dengan pelbagai persaan dan dugaan... moga ukhwah antara 4 sahabat ini terus kekal hingga akhirnya... insyaAllah.....