Wednesday, July 11, 2012

walimah + reunion 14th gener@ti0n

Assalamualaikum..

syukur alhamdulillah dengan izin dan limpah kurniaNYA semua yang dirancang berjalan dengan baik.... 07072012 n 08072012 merupakan hujung minggu yang betul2 bermakna dalam kisah hidup penulis...

satu reunion yang penulis amat nanti2kan..
sebelun ini asyik melihat mereka yang di sebelah wilayah sahaja asyik berkumpul tetapi tarikh 07072012 n 08072012 telah di pilih untuk menjayakan reunion 14th generation of MATRI..
penulis sangat2 teruja hendak berjumpa dengan mereka semua..
mana kan tidak rasanya bila dicampur dengan tahun ini rasanya sudah 6 tahun penulis tidak berjumpa dengan mereka.... satu tempoh yang agak panjang... seramai 30orang yang datang untuk reunion kali ini... memang meriah... sepanjang tempoh 2 hari 1 malam kami bermalam di raudah(taska emak seorang sahabat)... tempat penginapan sangat2 selesa... terima kasih banyak2.... apa yang betul2 mengimbau kenangan penulis zaman bersekolah di MATRI bila di raudah waktu sarapan pagi penulis dan sahabat2 makan di dalam talam... serius!!! rindu sangat makan guna talam nie... hehe

kebetulan pula pada 07072012 itu walimah sahabat penulis yang berkahwin dengan senior kami di zaman sekolah dahulu... jadi kehadiran kami ini betul2 memeriahkan majlis.... secara tidak langsung kami meraikan pasangan pengantin yang sangat dikenali dan ingin dikenali oleh ramai orang hehehe....

sekadar ingin berkongsi beberapa gambar yang mengubat rindu di hati penulis dan sahabat2 penulis yang lain... memori yang sangat indah!!!! ~ukhuwah itu memang indah~




geng2 dari utara yang selamat sampai.. menanti tuyah untuk ke raudah

bulatan gembira kami!!! :)


posing2 kejap sebelum pergi kenduri masyitah


sebelum ber 'title' puan masyitah


cepat2 kita pakat2 bergambar dengan syitah

kami excited pakat2 nak bergambar dengan masyitah



debaran pengantin lelaki ~hilal asyraf~

terus menguntum senyuman

alhamdulillah kini mereka sudah bergelar suami isteri.. mabruk 'alaih!!!!


bersalaman untuk pertama kalinya... :)


gen 14th MATRI tidak melepaskan peluang bergambar dengan pengantin... ramai sungguh batch kami yang datang :)


sungguh mereka sangat bahagia

bila pengantin sibuk ambil gambar bersama keluarga di hadapan kami pulak pakat2 bergambar di belakang hehe




posing2 jap di luar dewan majlis makan2.. sedang menanti ketibaan pengantin


penuh dengan senyuman

~ mr hilal n mrs hilal ~

sekembalinya penulis dan sahabat2 lain di raudah (tempat penginapan kami semua utk reunion) penulis terasa teramatlah penat... petang di hari di raudah penulis dan sahabat2 menghabiskan masa dengan main masak2 untuk makan petang kami semua.. sementara nak tunggu makan malam tiba.... memang sangat2 best bila main masak2 ramai2 nie... semua pakat2 membantu.. kerja yang banyak jadi cepat sahaja disiapakan...

malam hari aktiviti reunion diisi dengan sesei re'taaruf' kembali.. almaklumlah setelah sekian lama tak berjumpa... kami semua berkongsi apa yang terkini pasal diri masing2.. mostly masih belajar... ada juga yang bakal berkahwin bulan ogos nie.. ada juga yang sudah bertunang.. hurmm kita pakat2 tunggu kad walimah diaoranglah... awal sungguh mereka bertemu jodoh.... alhmdulillah...

second day for reunion just plan main bowling... mungkin hanya tinggal dalam 20 orang.. yang lain2 pakat beransur pulang atas sebab2 tertentu... sedikit gambar aktiviti reunion di hari kedua.. :)

snap gambar dulu sebelum gerak main bowling!!!!

kami telah memenuhkan bus rapid pada pagi itu hehehe

siapa jaguh bowling???

kami terbaik!!! :)



makan tyme!!!!! panjang betul kita susun meja :)



akhir kata penulis berasa sunguh bertuah dapat bertemu dengan kalian semua kembali... terima kasih Ya Allah atas ukhuwah yang engkau berikan ini... walaupun pertemuan kita hanya seketika setelah bertahun lamanya tidak ke temu.. namun setiap saat kita luangkan masa bersama itu sangat2 bermakna....

~ uhibbukum fillah abadan abadaaa ~


p/s : syukran jazilan kepada mereka yang mencdangkan buat reunion ini.. terima kasih juga kepada yang menyediakan penginapan.. terima kasih juga kepada mak safwa yang masakkan makanan yang sangat2 sedap.. terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak... beribu terima kasih diucapkan... sumber gambar : camera penulis sendiri n ade 2 ke 3 keping gmbar dari kamera kawan2 yang lain.... semoga kita dapat buat reunion lagi selepas ini.. adakah 5 tahun akan datang pula??? huurmm mai reunion pakat2 bawak mai anaklahh nampaknya hehehe (^_^)

~ salam ukhuwahfillah ~