Saturday, November 19, 2011

rombongan pengantin 11.11.11

assalamualaikum wbt..
masyaAllah... sudah lama kiranya penulis tidak mencoretkan apa2 di sini...
bukannya sibuk menyelubungi diri tetapi tiada idea untuk berkongsi dengan pembaca semua..
setelah sekian lama jari2 penulis tidak menari-nari di atas board ini..
malam ini bermula semula.....
sebuah coretan yang mana detik indah bagi mereka dapat penulis rasakan juga..
mungkin penulis juga akan merasainya suatu hari nanti...
tetapi dengan siapa?? wallahualam.. penulis juga kurang pasti...
yang lebih mengetahui segalanya adalah Allah swt..

baiklah berkaitan dengan tajuk yang dipaparkan
satu plan telah dirancang....
11.11.11 hari jumaat azrul fakhri@abg faki merangkap sepupu penulis ini akan membina mahligai bahagia bersama kak mien(nama penuh tak tahulaahh hehe)
kali ini perjalanan agak jauh ke terengganu....
tapi sebelum terus menghala ke terengganu pcik sedara ada call suruh abah penulis pergi rumah dia dulu... alang2 jalan yang sama....
masuklah dulu penulis dan keluarga ke negeri kelantan darul naim....
sepanjang pejalanan hendak cari rumah paklang wan nie entah berapa kali telefon abah dok berbunyi... almaklumlah baru pertama kali datnag ke kelantan dengan menaiki kereta sendiri.. mahunya tak kelam kabut hendak cari jalan yang betol...
traficc light??? jangan katalah..
punyalah banyak!!!!!!!!!!!! sabar jelah...
akhirnya setelah hampir 8 jam berada di dalam kereta sampailaaa juga di rumah yang di cari....
penat rasanya walaupon bukan penulis yang drive hehehe..
lepas makan2 sikit then penulis n family gerak ke terengganu tapi naik kereta pak lang sebab mereka pergi berdua sahaja.. kereta kosong.... so bermulalah perjalanan kami..
ingatkan bila dah sampai di kelantan hendak ke terengganu takdalah lama sangat..
rupa-rupanya hendak dekat 3 jam juga baru sampai di pantai batu buruk kuala terengganu....
sesampai sahaja di terengganu terus check in resort...


resort yg dipilih oleh paksu sidan a.k.a kembar ayah penulis (n_n) ini ialah seri indah resort.....
and the one most best thing here yang menarik perhatian ialah


pool yang betul2 berada depan bilik wahhh sudah tentu kanak2 yang paling teruja nak terjun ke dalam pool ini... memang best!!!



jumaat pagi masih dengan agenda aktiviti bebas bersama keluarga masing2 kerana sesi akad nikah pada sebelah malam.... jadi pagi yang terluang ini penulis n family bersama mak lang n pak lang ambil kesempatan jalan-jalan kuala terngganu ini... antara destinasi yang di tuju sudah tentulah pasar payang... walaupon penulis tak beli apa-apa cukuplah sekadar jalan-jalan cuci mata melihat kain bercorak lukisan dan cop batik kerana masih tak mampu nak beli kain semahal itu... (^__^)


pabila malam menjelma sudah tentulah pengantin lelaki yang paling gementar kan...
tapi abang faki still cool dengan senyumannya walaupon dalam hati hanya tuhan saja yang tahu



debaran semakin terasa bila berhadapan dengan tok kadi....
bukan abang faki sahaja kami yang melihat pown berdebar2.. agaknya dapat tak sekali lafaz nie...



saat lafaz akad nikah di sempurnakan...


ALHAMDULILLAH dengan sekali lafaz sahaja abang faki n kak mien sudah sah sebagai suami isteri...



selesai sudah sesi akad nikah.. esoknya kenduri di sebelah pengantin perempuan....
apa yang bestnyaa di sini.. seperti yang dirancang tepat jam 11.30 semua dah berkumpul dengan kereta masing dan family masing2...
tahukah pembaca sekalian bahawa rombongan pengantin lelaki di sertai sepuluh buah kereta mahal2 harganya dan di iringi dengan sebuah bas yang datang khas dari perlis.....
memang gempak betol.. mengalahkan artis yang berkahwin nie...

boleh di lihat dengan jelas 5 buah kereta sedg beratur di depan ini adalah rombongan pengantin lelaki... 

dan paling memeriahkan lagi majlis apabila jeng jeng jeng...

biru kuning... bus dari bintong perlis dah sampai.. sama2 bergerak dengan rombongan 10 buah kereta ke rumah kak mien






sampai saja di sana laman rumah sapa yang luas memang akan menjadi mangsa kepada 10 buah kereta rombongan lelaki ini hehehe... bus?? tak pastilah mereka parking di mana....
semua dah keluar dari kereta masing2... bersama2 berjalan....



 kompang!!!! rombongan ibarat satu kampung nie dah sampai!!!


penuh rumah kenduri dengan kami saja nie.. :)








akhirnya bersatulah dua hati ini dengan ikatan yang sah...

kepada kak mien.. welcome to our hepi family...... seronok dapat ahli keluarga yang baru nie.. jauh pulak tue.. lepas nie bolehlah kak mien ajar penulis cara cakap pelat terengganu tue... dengar diaorang cakap macam menarik je hehehe......





makan sudah minum sudah tibalah masa kami berangkat untuk pulang..... satu pengalaman yang menarik bila join rombongan pengantin yang jauh2 nie... apa2 pown moga ikatan perkahwinan antara abg faki n kak mien terus berkekalan hingga akhir hayat... amin....

last snap picture.... before semua ahli rombongan beransur pulang (^__^)

Friday, November 4, 2011

~salam aidiladha~




sahabat sekalian,
Aidiladha bukan sekadar kita seronok diberi cuti..bukan sekadar peluang berjumpa dgn family,mkn daging berkati2..tapi ambillah iktibar dari perjuangan Nabi.. hayatilah pengorbanan Siti Hajar yang reda apabila selalu ditinggalkan suami iaitu Nabi Ibrahim kerana pergi berjuang sehingga anakanda mereka, Nabi Ismail diangkat Allah dengan satu mukjizat terpancarnya Air zamzam ketika baginda menangis kehausan dan menghentakkan kakinya ke bumi.

Maka terpancutlah air di tanah kering kontang itu.Kita hari ini terus dapat merasai kenikmatan dan keberkatan air zamzam. Pengajaran daripada sejarah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Ismail itu menjadikan kita insan yang banyak bersabar dengan ujian yang menimpa dan bersyukur dengan apa yang Allah tentukan pada kita...
SUNGGUH TIADA KEJAYAAN TANPA PENGORBANAN DAN KESABARAN... (^__^)