Tuesday, February 28, 2012

~perlukah~

assalamualaikum...
salam sejahtera... semoga semua pembaca yang view blog penulis kali ini sentiasa sihat.. insyaAllah...
beberapa minggu yang lepas sambil penulis ziarah blogger yang lain penulis ada mendengar nasyidfm...
keudara satu lagu nasyid yang membuatkan penulis tertarik dengan liriknya...
lirik lagunya memang kena dengan life penulis sekarang...
lirik lagu yang menyebabkan penulis terbayang wajah mereka seorang demi seorang....

jadi penulis ingat hendak berkongsi dengan pembaca sekalian....
mendengar sambil memahami ayatnya satu persatu..


**************


~ perlukah ~
kumpulan nasyid forheart


menitis air mataku
hilangnya sahabat sejati
yang riang dikau ku merindu
persahabatan abadi




setiap detik teringatkan dikau
walaupun kau pergi membawa diri
kasih sayang kita tidak terjangkau
ditemukan impian yang murni






perlukah daku ditinggalkan
perlukah engkau melupakanku
perlukah ada rasa kesangsian
perlukah ada rasa rindu



**************





p/s : PERLUKAH??? wallahualam... biarlah tidak sering bertanya khabar tetapi doa untuk sahabat2 sentiasa diiringi selalu... insyaAllah.....

Wednesday, February 22, 2012

~ di sebalik ketenangan itu ~


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

*********************
 
السلام عليكم ورحمة الله وبكته






18 februari 2012 (malam)

abah : kakak bila keputusan keluar????

anak : tak pasti tarikhnya bila... tengok dekat web tue katanya 21 januari nanti

abah : 21??? hari apa tue??? isnin ke??

anak : rasanya selasa kot... jap2 pi tengok kalender


~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~


20 februari 2012 (malam)

abah : esok keluar kan keputusan dia...

anak : yeaa....

abah : doa banyak2.. tambah2lah solat hajat tue...

anak : insyaAllah.. baik abah... (doa??? tak pernah putus )


~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~




21 februari 2012 (pagi)


1 message received
-ABAH-
macam mana??? boleh check dah ke???


ANAK reply
belum lagi... ada khabar kata esok pulak baru boleh check


calling!!!
-ABAH-


answer --
abah : jadi macam tue pulak ker???
anak : aahhh mungkin ramai sangat kot.. sistem tak boleh nak proses hari nie...
abah : yeker... xpelah kita tunggu esok pulak laa yeaa...
anak : hurmmm.......




~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~

22 februari 2012(pagi)


1 mesangge received
-ABAH-
macam mana?? dapat ke???

ANAK reply
tak boleh nak check lagi...

~abah balik kerja~
menatap skrin komputer bersama

KEPUTUSAN
--harap maaf--

abah : betul ke check dekat link tue...

anak : yeaa... mereka yang lain semua check dekat link yang ini....

abah : tak sampai ke surat tue yeaa....

anak : ----(diam)-----

abah : { menelefon sekian sekian sekian }

-lepas solat asar menonton televisyen-

abah : mungkin lambat sikit kot..sistem dia lambat nak proses ke.. mana nak tahu esok lusa check jdi lain keputusan dia..

anak : entahlah abah... tak tahu nak cakap macam mana... cuma apa yang kakak tahu sesiapa terpilih sabtu nie semua pakat2 pi daftar...

abah : sabtu nie????? biar betul???

anak : yea... itulah yang depa kata...

abah : -----(diam)------

anak : takpelah abah.... tak kisahlah dapat ke tak... ada rezeki adalah dalam masa terdekat nie... kalau takda... kakak plan perkara lain pulak..... {berkata2 dgn setenang yang mungkin... bukan untuk tenangkan diri sendiri sahaja tetapi tenangkan juga mereka yang mendengar kata2 dan melihat raut wajah kita}


~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~


jauh di sudut hati jiwa mana tak tersentap sekiranya seorang ayah yang lebih teruja ingin tahu keputusan itu daripada tuan empunya diri...
hati anak mana yang tidak bergoncang di saat ayah yang begitu teruja ingin tahu keputusan.. sama2 melihat di skrin komputer dan keputusannya hambar sahaja...
hati anak mana yang tidak tersentuh pabila sejurus selepas itu suara ayah membuat panggilan telefon dengan nada yang serak2 basah.....

sekiranya anda menjadi ANAK itu.. berada di dalam situasi itu.. apa yang anda hendak lakukan???

jalan yang terbaik pada waktu itu berlagak TENANG.. SETENANG TENANGNYA dalam menyusun kata2.... berfikir ke arah yang lebih positif!!!!
akhir sekali TERSENYUMLAH selagi termampu di hadapan mereka......


" Jika sesuatu itu milik kita , sesulit apapun jalannya apapun rintangannya, pasti akan menjadi milik kita kerana 
memang untuk kita....
tetapi jika sesuatu itu bukan milik kita walaupun mudah jalannya walaupun bersusah payah kita ingi mendapatkannya , tidak akan pernah jadi milik kita kerana memang bukan untuk kita... "







p/s : belum ada rezeki lagi... memang kadangkala penantian itu satu penyeksaan tetapi satu penantian itu akan terbalas dengan satu kebahagiaan yang kita sendiri tidah pernah terfikir... Allah tahu apa yang terbaik.... Do not give up, the beginning is always the hardest.... redha and smile!!!! (^_^)