Saturday, September 8, 2012

~ibarat kisah jejak kasih~

Assalamualaikum...

salam bertemu kembali buat pembaca yang masih sudi berjalan2 di blog penulis...
sejak daripada post penulis yang lepas tentang konvoi beraya bersama sahabat2 penulis
penulis masih terfikir-fikir apa pula agenda seterusnya yang penulis hendak coretkan di sini....

Alhamdulillah seperti yang di rancang dalam fikiran penulis memang berhajat hendak menziarah guru2 penulis semasa di tingkatan 6.... kebetulan kawan2 yang belajar di universiti masih bercuti dan penulis sudah dapat greenlight untuk drive.. penulis ambillah kesempatan ini untuk kembali menjenguk guru2 penulis....

tanpa di sangka juga kawan2 classmate masa sekolah rendah juga mesej ajak menziarah cikgu salmiah..
guru yang pernah mengajar kami sewaktu darjah 6 di SKTM.....

Syukur Alhamdulillah semoa yang di rancang berjalan dengan baik.....
pertemuan semula dengan guru2 kami dan kepelbagaian kisah2 lucu di zaman persekolahan betul2 buat penulis merindui zaman sekolah.....

 koleksi gambar sudah cukup untuk bercerita... :)


cikgu masak macam2 untuk kami


sambil2 makan sambil dengar nasihat2 cikgu 


selepas makan sempat juga posing kejap sementara tunggu cikgu pergi tukar baju yang cantik sikit hehe.. :)


cikgu serba oren....

kami dengan cikgu ~candid one~

cikgu salmiah yang agak garang di zaman sekolah.. :)

*************************


Ibarat kisah jejak kasih....
Hati-hati kami kembali bertemu dengan kepelbagai kisah kelakar di zaman sekolah rendah.....
Perancangan yang tiba2 sahaja difikirkan Alhamdulillah berjalan seperti yang dirancang....
Menziarah guru kami semasa t
ahun6 di SKTM betul2 mengembirakan....
-----------------------------------
cikgu salmiah :
' kamu semua tahu kenapa cikgu selalu garang dengan semua anak2 murid cikgu??? bukan pada kamu dulu saja sampai sekarang cikgu masih garang dgn anak2 murid.... sebabnya semua untuk kebaikan pada diri kamu sendiri.. sekrang cuba tengok pada diri masing2... kalau cikgu dulu tak garang.. tak paksa kamu buat karangan banyak2... tak ajar kamu betul2 agak2 apa jadi pada kamu skrg???? sapa penah kena cubit dengan cikgu???? '

kami semua :
'semua pernah kena sampai lebam pon ade... sakittt!!! hehehe... '
------------------------------------------
Itulah kenangan yang tidak dapat dilupakan walaupun 9tahun sudah zaman sekolah rendah berlalu.....
Bila duduk sekali dengan kawan2 sekolah rendah memang macam2 cerita keluar..... 
pasal bergaduh dengan budak lelaki n perempuan
pasal dalam kelas duduk sebelah sapa belakang ke depan ke
pasal cikgu apa yang garang
pasal cikgu apa yang kelakar
pasal sapa yang kena denda dengan cikgu
pasal cikgu apa yang marah kat kita sebab tak siap kerja sekolah....
dan macam2 pasal lagi yang ada... tak tersenarai rasanya nak tulis hehehe... memang seronok....
Berharap suatu hari nanti dpt bertemu dan berkumpul lebih ramai lagi kawan2 sekolah rendah...... 


                                               **********************************

Kalau diikutkan dengan classmate sekolah rendah sendiri pown rasanya tak pernah kumpul ramai2 macam ini.. jadi alang2 dah dapat berkumpul macam nie apa salahnya kita terus jalan2 beraya di rumah kawan2 zaman sekolah rendah.. penulis teruja sebenarnya sebab sebelum nie memang jarang2 sangat hendak bertegur sapa dengan mereka.. tapi pertemuan ini kami semua seolah2 sering berhubung dan berjumpa..
itulah keistimewaan ukhuwah yang sangat2 bernilai.....

destinasi pertama ajak mereka semua di rumah penulis.....
semuanya pakat2 fisrt time datang rumah penulis (^_^)

kita snap 1 gambar

seterusnya rumah cikgu minah... cikgu matematik kita.... mesti cikgu terkejut kan tak pernah2 kita datang tetiba je tahun nie muncul menziarah dia... 


ini je gambar yg sempat snap masa dekat rumah cikgu....


destinasi seterusnya rumah kawan kita seorang inilah  NUR AZILA SALLEH....
dah cakap dekat dia tak payah susah2 masak apa2 sebab lepas nie ade 2 @ 3 rumah lagi nak pergi...
dia cakap mak dia dah masak jadi kena makan ajelahh hehehe... :)

makan jangan tak makan ~mida senyum bagus je tue~ hehe

seterusnya kami semua menyerang pula rumah AFIFAH POWZI {sementara nak tunggu tuan rumah yang seterusnya ada di rumah hehe}
cakap2 awal2 dekat pipah tak payah susah2... air saja dah cukup.... rasa best pula dapat pergi rumah kawan2 zaman sekolah rendah nie...

sempat juga snap gambar dekat rumah kawan kita nie....


destinasi seterusnya rumah AHMAD ZULFADHLI... kalau hendak diikutkan memang dah nak cancel pergi rumah dia sebab dah tak larat nak menanti tuan rumah ada dekat rumah.. tapi dia suruh pergi juga jadi kitaorang pergilah juga bukan apa sebab masing2 pakat cakap

' rumah fadhli nie tepi jalan puluh kali lalu tapi tak pernah pown pergi '

penulis sekadar tersenyum.. Ialah takde tujuan nak pergi ke rumah dia.. kalau tetiba saja pergi mahunya terkejut tuan rumah nanti....


snap satu gambar... :) ~ bagus tuan rumah tengah tuangkan air~

ingatkan makan2 kuih raya dan minum air kemudian hendak beransur pulanglah semua... tiba2 tuan rumah tahan tak bagi balik lagi sebab bihun goreng tengah masak tue.. tunggu kejap...
memandang sesama sendiri dengan kawan2.. "makan lagi yea nampaknya huhu"
penangan bihun goreng tuan rumah memang terbaiklaa kan... berair2 juga mata korang kan hehe
syukur Alhamdulillah... sangat2 kenyang...

kalau hendak diikutkan destinasi terakhir ialah rumah sahabat paling baik fadhli dekat masjid tinggi tue...
Allah izin dia masih di kuala kangsar jadi kami fikir tak mengapalah tunggu tahun depanlah pula.. Ada rezeki kumpul2 balik kawan2 sekolah rendah kita palnning lain....


~ Aidilfitri yang berbeza untuk kali ini sebab dapat bersama dengan kawan2 zaman sekolah rendah.... Semoga suatu hari nanti kita dapat berkumpul begini lagi untuk kukuhkan kembali ikatan perkenalan kita di zaman hingusan dahulu hehehe ~ Batch SKTM UPSR 2003 ~