Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Setelah sekian lama akhirnya jari jemari saya terpanggil untuk berkongsi sesuatu di sini
InsyaAllah
********************
~ 24122012 ~ |
Perkenalan dengan seseorang yang penulis gelarkan dia sebagai 'kakak cun' betul2 buat saya sangat2 menghargainya.... Boleh dikatakan tempoh perkenalan yang tidak sampai setahun ini betul2 buat saya rasa sangat2 rapat dengan dia.... Macam2 kisah di kongsi bersama...
Kepelbagaian pendapat dikeluarkan dalam perbincangan kami...
' DATE ' ?? usah di tanya entah berapa kali untuk tahun ini... :)
Ada seketika waktu perbualan antara saya dan dia membuatkan penulis terbawa2 sampai ke rumah
Alkisah :
Di kedai makan sesambil memilih menu... Masing-masing sudah order
Kakak cun : Tak makan nasi ke??? dari pagi tadi kita keluar mana ada makan nasi lagi....
Penulis : Takpe... saya kalau dah makan benda lain takde masalah kalau tak makan nasi....
Kakak cun : ishhh akak xtahanlaa kalau tak makan
Penulis : hehehe takpe.. akak makanlah.. saya dah biasa tak makan nasi.. pernah sekali tue dekat sebulan saya tak makan nasi... orang lain kalau sebulan tak makan nasi mahu 10kg turun berat.. saya 3kg pownn susah sgt3 huhu
Kakak cun : Takpelah setiap orang lain2 kan.... tapi kan akak sebenarnya bangga sangat dengan kamu....
Penulis : Bangga??? kenapa pulak??
Kakak cun : iyealah dengan keadaan kamu yang macam nie kamu masih lagi keluar sana sini.. berjalan sana sini... malah kamu tak kisah dekat semua orang yang memandang kamu.... kalau akak jadi kamu akak dok dalam rumah je....
Penulis : {sekadar tersenyum}
Kakak cun : Pernahlaa sesekali akak berjalan belakang kamu kan akak tengok ramai orang yang pandang kamu semacam je... kadang2 akak naik geram tengok diaorng yang dok pandang2 apa dekat kamu.... ingat orang macam kamu nie tak boleh buat perkara kebiasaan orang lain buat ke...
Penulis : saya dah biasa akak dengan semua tue... nak tak nak saya kena berhadapan juga dengan mereka semua
Sejujurnya saya sungguh terharu untuk kali ini
Pertama kalinya ada yang berbicara soal ini depan2 saya
Dalam 100 orang mungkin seorang saja yang berfikir dan melihat seperti dia
Dia nampak apa yang saya buat2 tak nampak untuk menyedapkan hati ketika berjalan ke sana ke mari
Sungguh sesuatu perkara yang menyakitkan saya... sangat2 sakit....
Saya buat2 tak nampak dengan apa yang mereka perhatikan
Saya buat2 tak dengar dengan apa yang mereka katakan
Saya buat2 tak endah dengan apa yang mereka 'perli' kan
Semuanya saya 'buat2'
sekadar untuk menyedapkan hati saya
sekadar untuk elakkan sakit yang telah sedia parah dalam hati saya
sekadar untuk saya berasa sedikit kebebasan bergerak ke sana ke mari tanpa menyusahkan sesiapa
Mata manusia , mulut manusia saya tak boleh hendak tutup semata-mata untuk kesenangan dan kelapangan hati saya... sungguh saya tiada kuasa atas semua itu...
Selagi mereka boleh melihat selagi mereka boleh bercakap macam2lah yang akan di 'komen' dari mulut mereka melalui apa yang mereka lihat... itu tak kena ini tak kena situ tak kena sini tak kena...
Melihat dan berkata-kata pada kelemahan dan kekurangan orang lain cukup mudah
Tapi melihat dan berkata-kata pada kelemahan dan kekurangan diri sendiri bagaimana???
Apa yang saya mampu buat sekadar bertahan dengan semua itu kalau saya hendak meneruskan kehidupan saya seperti biasa..... saya perlu belajar berdikari untuk melaksanakan kerja2 yang menjadi kebiasaan kepada orang lain agar saya menjadi biasa dan selesa....
Saya ada mak abah yang perlu di jaga pada hari tua mereka...
Sekiranya saya tidak belajar berdikari untuk melaksanakan aktiviti harian seperti mereka yang lain macam mana sekiranya saya di uji dengan masalah.... perlukah saat itu baru saya hendak mengharap dan menagih simpati daripada orang lain???
Sekurang2nya saya ada usaha untuk melatih diri saya bergerak sana sini agar dipermudahkan sekiranya mak abah saya ada kecemasan yang memerlukan pertolongan saya..
saya sendiri tidak menduga bila akan terjadi.... tidak salah rasanya bersedia lebih awal....
Kepada mereka di luar sana
Katalah apa nak kata
Pandanglah apa yang nak di pandang
Perlilah dengan apa yang hendak diperlikan
Selagi semua itu tidak mencalarkan maruah saya.. menjatuhkn air muka mak abah saya....
Saya akan bertahan dan terus bertahan untuk meneruskan kehidupan saya
Yang penting saya tidak menganggu hidup kalian
Suka hati kalianlah....
Saya tiada kuasa veto untuk mengunci mulut mahupown membutakan mata kalian itu untuk seketika.....
Allah swt akan melaksanakan perhitunganNYA nanti....
.......SAYA ADALAH DIRI SAYA.....