Thursday, May 16, 2013

~ purple day??? ~



Assalamualaikum
Kembali bersua di mr. blog kesayangan penulis...

Setelah diamanahkan  untuk 'handle' pelajar2 nasyid untuk majlis ihtifal sesi 2013
maka sesi pencarian bermula....
Sesi latihan juga hampir setiap hujung minggu
memang teruk sikitlaa duit minyak kereta untuk bulan nie hehehe ^^
insyaAllah berbaloi dengan usaha yang dilaksanakan

latihan setiap petang waktu persekolahan




sesi latihan di hujung minggu


sesi latihan terakhir sebelum ihtifal esoknya


12 Mei 2013
Inilah hari penentunya
debaran semakin terasa.. bukan kata mereka yang hendak buat persembahan di depan juri
penulis selaku guru pengiring pown terasa debarannya...
mereka di hadapan jantung penulis yang berdegup kencang

kini di hadapan
Akhirnyaa selesai sudah...
hati terasa sangat lega
dan sekarang menunggu keputusan pula...

sebelum tue snap gambar2 keceriaan mereka
purple sana sini :)


pic 1 - with ustazah saniah


pic 2 -  with guru2 pengiring

pic 3 - with guru2  ^^

pic 4 - senyum3

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
walaupun sekadar tempat KETIGA
It's not bad dears...
tempat KETIGA dari 16penyertaan kira okeylaa tue ^^
Tahun depan kita usaha lagi yeaaa... 


tahun ini peserta nasyid dapat merasa naik pentas... tahniah!!!!

 akhir kalam setakat ini dahulu perkongsian hari2 penulis dengan kanak2 ribena
wasalam

p/s: apa motif tajuk purple day tue??? actually saja sesuka letak sebab xtahu nak letak tajuk apa hehe..
salam sayang dari penulis untuk semua... ^_^

Saturday, May 11, 2013

P sudah tiada.....


Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah...
Kembali di sini setelah sekian lama
fuhh fuhh fuhh banyak betul habuk dan sawang mawang
encik spider sila main jauh2... penulis dah datang nieee ^_^

pejam celik pejam celik sudah hampir dua tahun rupanya...
lesen P penulis sudah tamat tempohnyaa....
Syukur syukur Alhamdulillah
sepanjang tempoh dua tahun memandu dengan lesen percubaan penulis dengan sebaik mungkin
menjadi pemandu yang paling berhemah
- tak langgar lampu merah
- memandu ikut had laju yang ditetapkan
- tidak pernah melanggar penunggang motosikal mahupown pemandu2 yang lain (walaupun byk kali jugak diaorang yg nak langgar penulis bukan penulis yang nak langgar diaorang hehehe ^^ )






Beribu-ribu tahniah untuk diri sendiri (@_@)

apa2pown lepas dah dapat lesen tanpa P tidak bermakna penulis boleh sesuka hati pulak memandu
peraturan jalan raya tetap peraturan kalau tak ikut get ready RM300 ( daripada free2 nak kasi tiga ratus tue dekat diaorang baik elakkan je... dengan tiga ratus tue lepas 3bulan duit minyak kereta hehe)

Selepas nie memandulah dengan lebih yakin berhemah n bertimbang rasa
tolong ingat jalan raya tue bukan milik kita seorang je... berjuta2 orang lain juga ada guna juga yeeaaa...

setakat ini dulu... senyum2 jelah baca yeaa....
senyum selalu... just be yourself!!!!  ^_^