Saturday, July 27, 2013

weekend!!!!

Assalamualaikum wbt...
Salam bertemu kembali di blog penulis yang agak bersawang ini  ^^
Salam Ramadhan ke 18
Macam mana dengan amal kita masuk ramadhan ke 18?? banyak dah kumpul pahala???
InsyaAllah sama2 kita usahakan yang lebih baik..

Untuk post kali nie penulis hendak berkongsi alkisah weekends Ramadhan di Perlis!!!!
Excited?? semestinya sebab waktu inilah sedara mara sepupu sepapat pakat berkumpul di rumah tokwan...
Bila dapat jumpa sepupu nie memang seronok bersembang... tak abih2 cerita yang boleh di kongsi..
memang happening..
Juadah?? usah di tanya macam2 belaka manakan tidak kerabat ramai macam orang datang kenduri kan...
apa2pown yang penulis paling suka murtabak di sana memang awsome!!!!!! besar n tebal... 
buka puasa penulis makan murtabak je dah cukup menu lain tak sentuh pown takpe ^^

aneka makanan



guna cawan polistrin je.. kerabat ramai.. seng pakai terus buang hehe-bicara tokchik-
InsyaAllah mengikut perancangan encik abah tahun nie beraya di Perlis
Quit excited sebab tahun nie majoriti balik Perlis mesti meriah..
Konfem masak untuk hari raya macam masak kenduri... hohoho get ready untuk berpent lelah di dapur nanti

Tahun nie juga kakak sepupu ipar(ade ke istilah nie?? hehe) beraya di sini juga...
Anak2 sedara ramai belakalah nampaknya kali niee....

pinjam anak dia kejap amik gambar!!!


budak pemurah senyuman-geram2-


pic nie orang lain yang over senyumnya
Seperkara lagi kakak dan abang sepupu ada buat bisnes baru....
Florist Home memang sekali masuk kedainya rsa tertarik nak beli sebab bunga2 dia tersangatlah cantik dan bungan2 nampak hidup walaupown bunga plastik... seriusly puan emak mesti suka kalau dapat tengok kedai nie... view sikit gambar dlam kedai

picture 1


picture 2

picture 3

model tetap kita -free of charge hehe-
p/s : sekian dahulu  untuk post kali ini.... post akan datang tak tahulah pulak bila :)
wasalam.....

Monday, July 15, 2013

Fenomena KIBAK n KIJAF

Assalamualaikum
Salam bertemu kembali mr.blogku sayang
Lama betul tak coret2 conteng2 apa di sini
Sekarang dah masuk bulan RAMADHAN
Alhamdulillah syukur masih di beri peluang bertemu di bulan mulia ini..


note kibak

KIBAK n KIJAF
Apa cerita sebenarnya kan..
Senang cerita Kibak -kelas bahasa arab n Kijaf-kelas jawi
Pelajar2nya adalah guru2 kafa sendiri

Seronok juga sebenarnya belajar di kelas2 nie
mengimbau zaman2 persekolahan
Cuma suasana yang berbeza sebab kebanyakkan pelajar2nya golongan 30an 40an n 50an
Jadi penulis dalam kategori termudalah golongan 20an hehehe
Kelas bukan sekadar kelas belajar bukan sekadar belajar
Ada exam juga okey!!!!
Ramai juga kawan2 penulis bertanya
"ehh biar betul takkanlah kerja guru kafa pown ade exam"
 penulis jawab : " betul laaa kenapa?? tak percaya ke?? hehe "

Seriusly sangat bagus sekurang2nya guru2 kafa dapat memantapkan lagi ilmu yang sedia ada untuk disampaikan kepada kanak2 ribena di sekolah...
Bila ada exam barulah tahu tahap kemampuan diri faham setakat mana... (nervous nak exam)

Apa2pown penulis mengharap agar exam untuk semester yang pertama ini tidak mengecewakan...
hendak seribu daya tak hendak seribu dalih...
Semoga Allah permudahkan segalanya... Amin....

note kijaf




Saturday, June 1, 2013

Akademi Perkusi



akademi perkusi seni


Perkusi...
Satu lagi ilmu baru yang dipelajari
Pada permulaanya terpinga-pinga juga sebab tidak tahu langsung apa yang dimaksudkan
Kini Alhamdulillah semakin mengerti dan menyukai Ilmu ini ^_^

Perkusi membawa maksud
~ alat muzik yang dimainkan secara di ketuk, di layang, di goncang atau di garikan....
~ istilah ~ menjerumus kepada objek yang berirama

Selama dalam kursus inilah penulis mengetahui segala nama2 alat muzik yang kebanyakkan pelajar2 sekolah guna untuk persembahan nasyid... sebelum nie semuanya penulis hentam panggil gendang...
Kali pertama kursus penulis didedahkan dengan teknik pukulan pada alat muzik seperti congga / jembe
Barulah penulis tahu yang hendak memukul congga itu ada caranya dan ada 'tone'nya yang tersendiri..
bukan main hentam je mengetuk..

Base open Base close
Open open Open close
Slap open Slap close

inilah di antara teknik yang perlu di hafal untuk menghasilkan tone yang betul
#apa2pown slap yang paling susah... sampai2 lebam2jari nak mengetuk untuk menghasilkan tone yang betul


sama2 belajar memukul dengan cara yang betul

kursus sebegini benar2 penuh dengan pengisian yang bermanfaat untuk membantu anak2 didik di sekolah dalam persembahan nasyid mereka untuk ihtifal

#disebabkan tahun ini penulis diamanahkan 'handle' pelajar nasyid jadi penulis memang sangat2 berminat dengan ilmu

Sebelum kursus berakhir para fasi melakukan sedikit demo yang mana semua rentak yang diperdengarkan akan kami pelajari....
Penulis teruja juga mendengar lepas satu satu rentak yang diperdendangkan sambil berfikir
*aku akan main rentak2 tue semua ke nanti?? susah nak percaya

encik2 fasi

semangat2


30 Mei 2013 yang leps berlngsung lagi kursus perkusi ini
Kali ini kami semua berlatih dengan pattern2 rentak di dewan besar
Kali ini kami di ajar dengan 3 pattern yang baru
~ Tumbao   H/T/S/T/H/T/O/O
~ Plena  B/S/B/O/B/S,S/B/O
~ Guaguanco  B/O/B#/B/B/O/O/B

kalau tak belajar memang tak tahu apa benda semua nie...
bak kata encik akramin tadi :
'ini baru 3pattern kita belajar.. ada lagi 50pattern'
50???? 3pattern nie pown agak berterabur lagi nak menghafal dan nak mengetuk....
Seperti biasa tone slap memang seadanya tak sekuat tone encik2 fasi tue ketuk..
bila berusaha ketuk kuat sikit hasilnyaaa jeng jeng jeng
#tapak tangan menjadi sangat merah dan lebam2 kembali berada di jari2ku





kursus kali ke 2


Sememang menyeronokkan belajar semua ini
Boleh hilangkan seketika pening2 memikirkan kanak2 ribena di sekolah
#nak lepaskan pown boleh sebenarnya... pukul gendang tue puas hehehe ^^




Thursday, May 16, 2013

~ purple day??? ~



Assalamualaikum
Kembali bersua di mr. blog kesayangan penulis...

Setelah diamanahkan  untuk 'handle' pelajar2 nasyid untuk majlis ihtifal sesi 2013
maka sesi pencarian bermula....
Sesi latihan juga hampir setiap hujung minggu
memang teruk sikitlaa duit minyak kereta untuk bulan nie hehehe ^^
insyaAllah berbaloi dengan usaha yang dilaksanakan

latihan setiap petang waktu persekolahan




sesi latihan di hujung minggu


sesi latihan terakhir sebelum ihtifal esoknya


12 Mei 2013
Inilah hari penentunya
debaran semakin terasa.. bukan kata mereka yang hendak buat persembahan di depan juri
penulis selaku guru pengiring pown terasa debarannya...
mereka di hadapan jantung penulis yang berdegup kencang

kini di hadapan
Akhirnyaa selesai sudah...
hati terasa sangat lega
dan sekarang menunggu keputusan pula...

sebelum tue snap gambar2 keceriaan mereka
purple sana sini :)


pic 1 - with ustazah saniah


pic 2 -  with guru2 pengiring

pic 3 - with guru2  ^^

pic 4 - senyum3

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
walaupun sekadar tempat KETIGA
It's not bad dears...
tempat KETIGA dari 16penyertaan kira okeylaa tue ^^
Tahun depan kita usaha lagi yeaaa... 


tahun ini peserta nasyid dapat merasa naik pentas... tahniah!!!!

 akhir kalam setakat ini dahulu perkongsian hari2 penulis dengan kanak2 ribena
wasalam

p/s: apa motif tajuk purple day tue??? actually saja sesuka letak sebab xtahu nak letak tajuk apa hehe..
salam sayang dari penulis untuk semua... ^_^

Saturday, May 11, 2013

P sudah tiada.....


Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah...
Kembali di sini setelah sekian lama
fuhh fuhh fuhh banyak betul habuk dan sawang mawang
encik spider sila main jauh2... penulis dah datang nieee ^_^

pejam celik pejam celik sudah hampir dua tahun rupanya...
lesen P penulis sudah tamat tempohnyaa....
Syukur syukur Alhamdulillah
sepanjang tempoh dua tahun memandu dengan lesen percubaan penulis dengan sebaik mungkin
menjadi pemandu yang paling berhemah
- tak langgar lampu merah
- memandu ikut had laju yang ditetapkan
- tidak pernah melanggar penunggang motosikal mahupown pemandu2 yang lain (walaupun byk kali jugak diaorang yg nak langgar penulis bukan penulis yang nak langgar diaorang hehehe ^^ )






Beribu-ribu tahniah untuk diri sendiri (@_@)

apa2pown lepas dah dapat lesen tanpa P tidak bermakna penulis boleh sesuka hati pulak memandu
peraturan jalan raya tetap peraturan kalau tak ikut get ready RM300 ( daripada free2 nak kasi tiga ratus tue dekat diaorang baik elakkan je... dengan tiga ratus tue lepas 3bulan duit minyak kereta hehe)

Selepas nie memandulah dengan lebih yakin berhemah n bertimbang rasa
tolong ingat jalan raya tue bukan milik kita seorang je... berjuta2 orang lain juga ada guna juga yeeaaa...

setakat ini dulu... senyum2 jelah baca yeaa....
senyum selalu... just be yourself!!!!  ^_^

Sunday, March 3, 2013

~ kini 22 tahun ~




Assalamualaikum wbt...
Salam kunjungan kembali buat mr.blog kesayanganku ini...
Maaflah kerana sudah agak lama tidak post apa2 di sini
InsyaAllah kali ini hendak berkongsi sedikit apa yang menarik pada permulaan tahun 2013 ini...

Seperti post sebelum penulis ada coretkan sedikit pertemuan semula bersama rakan2 zaman sekolah rendah di SK Teluk Medan... kalau hendak diikutkan bukannya kami tak pernah berjumpa mahupown bertembung zaman sekolah menengah tapi entahlaa bila sudah habis zaman sekolah barulah ada buat reunion macam nie... Penulis sendiri pown sebenarnya tidak berapa rapat sangat dengan mereka di zaman sekolah rendah mahupown sekolah menengah sebab penulis bersekolah di SKTM tue cuma setahun... seolah2 menumpang nak exam UPSR sahaja waktu tue..
Di awal permulaan di sekolah menengah pown penulis tidak bersekolah yang sama dengan mereka... Penulis merantau jauh di sekolah lain... Bermula tahun 2007 penulis berpindah ke sekolah yang mereka bersekolah..
Memang agk janggal dengan pertemuan semula rakan2 sekolah rendah terutamanya rakan2 lelaki...
Hatta berselisihan di koridor kelas pown penulis tidak memandang apatah lagi menegur walaupun penulis kenal mereka (yang lelaki laa perempuan xde hal )
Jadi planning untuk berkumpul nie membuatkan penulis agak2 nerves juga tetapi penulis gagahkan juga sebab berfikir masing2 sudah meningkat dewasa.. masing2 belajar di universiti yang hebat2  insyaAllah masing2 boleh mnegawal diri pergaulan dan pertuturan...


Alhamdulillah sudah masuk tahun kedua bekerja sebagai guru kafa... Banyak pengalaman2 baru di kutip untuk menjadi seorang pendidik yang lebih baik.. Tidak kurang juga program2 yang pihak Jabatan agama Islam selalu anjurkan... seronok sebenarnya join program2 bersama senior2 guru kafa... tahun 2013 nie ada satu program yang tak dapat dilupakan...

Multaqa'

Apabila agenda politik dicampurkan dengan bidang pekerjaan macam2 perkara terjadi...
Pengalaman berada di dalam program sebegini.. terkesima juga pada awalnya.. sambil berkata dalam hati 'inilah suasana yang aku selalu tengok dalam tv.. sekarang dah rasa bertapa bahangnyaaa waktu itu'
Allahuakhbar moga kita semua masih berada di atas jalan yang diredhai oleh Allah...


~ Belajar menjadi semakin dewasa
Penulis mengakui sejak berada di dalam dunia pekerjaan penulis banyak bersahabat dengan mereka yang lebih dewasa dari penulis... Jarang sudah hendak bertemu dengan mereka yang sebaya dengan penulis...
namun penulis bersyukur kerana dengan bersahabat dengan mereka yang berusia setahun dua lebih tua dari penulis sebenarnya dapat berkongsi banyak perkara yang menarik yang penulis juga bakal menghadapi bila mencapai usia seperti mereka.....
Macam2 pengalaman tentang mereka yang dikongsikan kepada penulis.... dari hal ehwal pekerjaan sehingaalah hal ehwal membina baitulmuslim.. Sungguh penulis belajar banyak perkara dari pengalaman mereka.....
keluar makan2 sambil eratkan ukhuwah ^_^

Untuk pengetahuan pembaca semua kakak berdua di atas nie juga ada adik perempuan yang sama umur dengan penulis.. Malah adik kakak berdua nie sekolah yang sama dengan penulis zaman sekolah menengah... itulah pusing2 kecil sahaja dunia nie... Entah mengapa penulis lebih rapat dengan kakak berdua ini daripada adik mereka... mungkin sebab penulis hendak berasa lebih muda bila berkawan dengan kakak berdua nie hehehe ^_^...... Alhamdulillah seorang sudah bergelar isteri pada 2 februari 2013 yang lepas... Seorang lagi??? wallahualam... penulis setia menanti khabar gembira dari dia :)


~14 Februari tiba lagi....
Seperti tahun sebelum2 ini apabila 14 februari tiba maka akan penuhlah wall di Fb dengan ucapan selamat hari lahir.... dalam ramai2 yang wish tu penulis membilang siapa classmate penulis yang wish...
hurmmm not bad... kawan mudah di cari ganti tapi sahabat susah hendak di cari... apapown terima kasih buat mereka yang wish di telefon penulis juga... terima kasih kerana ingat tarikh itu.... kalian buat penulis rasa istimewa.....
Ramai juga yang bertanya penulis tak pergi celebrate besday ke???
Hurmmm nak celebrate dekat rumah rasa macam tak meriah sebab di rumah just ada mak n abah.. adik pulak ada di kolej..
jadi sekadar beli kek bawa balik mak abah penulis bukan jenis makan kek sangat.. jadi penulis sekadar menunggu hari adik penulis balik cuti baru plan tempat2 yang best with family...
celebrate bukan hari 14 feb tuepown xde masalah...

cuma pada tarikh 14 februari tue adik2 penulis yang 34orang tue buat suprise!!!!
bila penulis masuk kelas siap bagi letup2 belon sambil wish hepi besday!!!
serius TERHARU...
Jadi penulis terpikir penulis tahu macam mana nak rasa meriahnya

Penulis belanja adik2 yang ramai tue sebiji kek
Happy sungguh diaorang semua.. dahlaa comel2...

Kemudin beriya2 pakat bagi penulis hadiah..
malu rasanya sebab dah rasa macam hari guru bila adik2 bagi hadiah..
'usung' hadiah2 ke bilik guru... tebal muka jap dengan guru2 lain sebab tetiba dapat hadiah hari nie... 
Selama 22tahun inilah kali pertama ada orang buat suprise.. walaupon dari versi kanak2 ribena tapi keikhlasan mereka hendak wish tue buat penulis terharu.. sungguh sangat terharu....

penulis with kanak2 ribena
~ kini sudah berusia 22 tahun
Bila ada orang bertanya umur sekarang berapa rasa agak janggal untuk menyebut 22 tahun..
Iyealah terasa diri macam budak belasan tahun {cewah!!}.. tak nampak gaya berusia 22 tahun
Jadi penulis berusaha untuk menjadi seorang yang berusia 22 tahun
Bukanlah sekadar usia bertambah tetapi berusaha menambah pembaikan diri ke arah yang lebih berguna di redhai oleh mak dan abah malah diredhai oleh Allah swt..
Berfikirlah seperti mereka yang sudah beruisa 22 tahun
Berperangailah seperti mereka yang berusia 22 tahun
Bertuturlah seperti mereka yang sudah berusia 22 tahun
Bertanggungjawablah seperti mereka yang sudah berusia 22 tahun
Malah berfikirlah banyak mana sahaja amal ibadatmu kepada Allah SWT selama 22tahun sudah engkau hidup di atas muka bumi pinjaman DIA ini...
Tingkatkanlah amal ibadatmu seiring dengan peningkatan usiamu wahai diri...Mati itu pasti..Allahuakhbar!!!

~ celoteh mereka menguntum senyuman di bibir
Saban hari penulis ternanti2 untuk ke tempat kerja....
Kenapa?? Kenapa?? Kenapa??
Mungkin keseorang di rumah pada waktu pagi membuatkan penulis kebosanan dan mengharap pukul dua cepat tiba untuk bergerak ke tempat kerja..
Memnag kadang kala penulis di uji dengan kenakalan budak2 zaman sekarang...
Itulah mereka kalau tak nakal tidaklah nama budak2 kan...
Dalam memberi penerangan yang terbaik dalam kelas penulis sebenarnya bahagia dapat melihat celoteh2 mereka... kadang kala pelbagai soalan yang bermain di fikiran mereka tetapi mereka tak tahu bagaimana hendak bertanya..
Malah penulis sendiri selalu bertanya soalan2 untuk menguji tahap pemikiran budak2 zaman sekarang..
Almaklumlah ramai yang kata ' budak2 zaman sekarang advance.. dah tak macam dulu.. '

snap kejap


si kembar kita ^_^


Kadang kala penulis cuba masuk ke dalam dunia kanak2 ini...  Walaupun mereka hanya banyak berfikir untuk bermain dari belajar semua itu boleh kita betulkan dengan menerangkan dengan baik waktu belajar dengan bermain.. kanak2 tidak suka dimarahi dipukul atau sebagainya... Penulis berusaha dengan cara sebaiknya dan selembut yang mungkin untuk menarik jiwa kanak2 ini untuk mencintai ilmu..

snap kejap
walaupun kadang kala di uji dengan tahap kesabaran yang maksima namun penulis gagahkan juga untuk terus menarik kanak2 ini supaya tidak leka dengan keduniaan.... InsyaAllah
Semakin hari kehidupan semakin mencabar....

  
smile...  

riang!!! ^^


Senyuman mereka kegirangan mereka telatah mereka celoteh mereka 
menguntum senyuman di bibir penulis setiap hari...

ramai2 satu  ^^

ramai2 dua ^^

Sekian dahulu... Wasalam...

Saturday, February 2, 2013

Hari itu

Assalamualaikum WBT

salam bertemu kembali di tahun baru 2013
post pertama di tahun 2013 {padahal dah masuk bulan feb =_=" }
post yang pendek saja untuk kali ini

hari itu penulis join reunion geng2 sekolah rendah... UPSR 2003
asalnya agak segan juga sebab sebelum nie orang2 tertentu je akan di tegur dan di sapa oleh mereka tapi kali nie pkt2 kumpul sekali..
pertma kali buat tetapi takdelah mengecewakan sangat sebab ramai juga yang join..

2003 - 2013 ~ 10tahun berlalu ~
hopefully lepas nie ramai lagi yang datang join...