Sunday, August 26, 2012

~ Konvoi Aidilfitri 2012~


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.... 

salam sejahtera.....
salam bertemu kembali di teratak penulis yang tidak seberapa ini...
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana masih memberi penulis peluang dan ruang untuk bernafas bagi meneruskan kehidupan dengan sebaiknya... InsyaAllah

-----------------------------------------
~ 1 mesej di terima ~

Anisah :
Salam liyana... hari jumaat nanti free tak???

penulis :
InsyaAllah free je.. kenapa nak datang rumah ke???

Anisah :
Hurrmm budak laki ajak pi beraya rumah naim.. kemudian kita terus pi beraya rumah cikgu2...

penulis :
Owhh yeker... InsyaAllah boleh je...
-----------------------------------------------
Akhirnya!!!!!!!! sesi berkumpul ramai2 generasi ArabicSC 08 ada juga....
penulis ingatkan sunyi sepi saja tahun ini....  hehehe

baiklah seperti yang dirancang destinasi pertama ialah di rumah ustaz pahim...
semua berkumpul dekat situ dahulu..
sambil makan2 sambil bermesyuarat untuk destinasi yang seterusnya......


tak tahulah apa yang mereka semua pandang dekat sisi tue..



jemput makan.. sedap nie!!!


seperti sedang khusyuk mendengar sesuatu

tak habis lagi bermesyuarat..

sebelum bergerak ke destinasi seterusnya... kita bergambar dulu...


disebabkan sir khairol tiada di rumah.. mama farah juga masih di Kuala Lumpur... ustazah awani dan ustazah wan najmiah tidak pasti cikgu arif???? no komen!!!! huhu.... maka destinasi rumah salah seorang sahabat di pilih.... beraya di rumah nabilah wardah di selinsing.... konvoi 5 buah kereta.. ramai kan.. memang meriah...


makan-makan kuih raya dia yang sedap

berkongsi update terkini sahabat2

infomasi diri yang ringkas cepat dan padat{kejar masa sebenarnya hehe}

sebelum bergerak ke destinasi seterusnya kita bergambar ramai2 dulu... :)

destinasi seterusnya ialah rumah penulis..... muslimat semua transit di rumah penulis untuk solat Zohor yang muslimin terus ke masjid Bagan Serai.... masa tengah drive balik ke rumah tetiba teringat nak pergi kedai kek..
almaklumlah ada salah seorang sahabat penulis hari kitaorang pergi jalan2 konvoi nie besday dia... jadi kononya nak wat supriselaa.. tapi tak tahulah jadi ke tak suprisenyaa.... :) terus memecut ke kedai kek sebab dari rumah wardah keta penulis last sekali ditinggalkan maka confirm ladies yang naik dengan sahabat2 lelaki dah sampai rumah dulu tapi tuan rumah xde.. hehehe....
masuk ke kedai kek dengan pantas usha kek apa yang tinggal.... ehhh kecik je kek nie??? tinggal dua je.... selalu byk koleksi kek yg tinggal.. tanya pekerja tue dia kata dah xde kek yang besar.. ini je ade..... hurmm penulis beli sajalah dua2 kek..... sebab fikir sahabat2 yang ada dalam 5 buah kereta takkanlah nak beli kek yang kecik je kan.... sekali sekala berbelanja untuk diaorang... (^_^)

kek satu

kek dua

selamat hari tua!!! 21 tahun sudah....

beberapa koleksi gambar sepanjang sahabat2 semua makan2 di rumah penulis.. excited plus teruja sebenarnyaa sebab ini kali pertama rasanya sahabat2 berkumpul seramai ini...

bihun sup bihun sup

sapa ambil gambar nie???  teror2....

yang ini pown cameraman snap... sapa dia cameraman nie????

sampai xcukup kerusi.. sorrylaa yea..
masih menjamu selera

penuh ruang tamu rumah penulis kali nie.. :)

tepat jam 3 petang semua perlu bergerak ke destinasi yang seterusnya... beraya di rumah Ummi Sarimah....
di rumah ummi memang best... ummi sarimah siap buat ikan bakar lagi nak menjamu kami semua... terharu rasa.... ummi cakap ' kata nak datang belas2 orang je nie sampai dekat 30 orang'....
hehehe maafkan penulis ummi... tak sangka ramai sahabat2 yang boleh join petang tue.... memang meriahlaa....


ikan keli bakar, air asam n gulai ayam.... super osem....

see..... tinggal tulang je.. ummi masak memang sedap!!!!

dah nak balik....
gambar rasmi konvoi beraya



dan destinasi terakhir ialah rumah cikgu siti hasnah a.k.a shuhada ;)
menjamu selera di rumah shuhada kemudian beransur pulang sebab matahari pown sudah nak terbenam....

gambar rasmi berkonvoi raya 


di sini jugalah sesi salam bersalaman dengan sahabat2..... 
setahun sekali dapat berkumpul begini memang meriah....
semoga tahun mendatang kita dapat berkumpul lagi seperti ini....


bersalam salaman
bersalam salaman



" Sesungguhnya ukhuwah itu wujud dari 
1 pertemuan
dengan 10 pertanyaan
100 keyakinan
1000 pengorbanan
berjuta-juta perjuangan dengan satu keikhlasan
atas keredhaan juga mawaddah dariNYA
Jika sahabatmu membuat kebaikan ,
ukirlah di atas batu agar ia tersemat didalam hati dan kekal sebagai memori terindah...
Andai sahabat membuat kesalahan ,
tulislah ia di atas pasir agar ia hilang di tiup angin kemaafan.... "



--------------------------------------------------------------------

~ jutaan terima kasih kepada semua sahabat2 yang join konvoi beraya untuk kali nie... korang semua memang happening.. bersyukur sangat2 sebab diberi peluang untuk berkenalan dengan kalian.....

~ terima kasih juga kepada tuan rumah2 sahabat yang dikunjungi..... kuih raya rumah korang memang best!!!!

~ terima kasih juga kepada sesiapa yang guna camera penulis untuk capture gambar... penulis sendiri pown dah xpasti siapa yang ambil... apa2 pown memang teror anda capture gambar

~ terima kasih juga kepada sahabat2 yang ada upload gambar.. penulis ada save gambar2 yang kalian upload.. termasuklaa sekeping dua yang dipost dekat ruangan ini.....

~ berjuta-juta kemaafan di pohon seandainya ada terlebih bergurau.. terlanjur kata2 ... terlebih mengusik... terlebih memandang.. terlebih menjeling dan segala yang 'TER' lagi... MAAFKAN PENULIS....



~~UKHUWAH ITU MEMANG INDAH~~




 












Thursday, August 16, 2012

tebalnyaa sawang!!!!

Assalamualaikum.....

masyaAllah.... tebalnya sawang mawang di sini....
ish ish ish.... tuan blog dia nie pergi mana laaa...
labah2 tengah hepi buat tempat penginapan baru dia... :)

ini dia dah datang!!!
salam bertemu kembali kepada semua pembaca2 yang masih sudi datang melawat di teratak penulis yang di seberapa ini.....

mood hendak menulis entah lari ke mana.....
mungkin dia pergi terbang ke sana sini mencari mrs.idea yang masih belum ketemu...
hurmmm mungkin ada yang menarik utk post2 yang akan dtg...

wassalam...

p/s : mrs.idea jnganlaa nyorok... penat nak cari.... huhuhuhu :)




Wednesday, July 11, 2012

walimah + reunion 14th gener@ti0n

Assalamualaikum..

syukur alhamdulillah dengan izin dan limpah kurniaNYA semua yang dirancang berjalan dengan baik.... 07072012 n 08072012 merupakan hujung minggu yang betul2 bermakna dalam kisah hidup penulis...

satu reunion yang penulis amat nanti2kan..
sebelun ini asyik melihat mereka yang di sebelah wilayah sahaja asyik berkumpul tetapi tarikh 07072012 n 08072012 telah di pilih untuk menjayakan reunion 14th generation of MATRI..
penulis sangat2 teruja hendak berjumpa dengan mereka semua..
mana kan tidak rasanya bila dicampur dengan tahun ini rasanya sudah 6 tahun penulis tidak berjumpa dengan mereka.... satu tempoh yang agak panjang... seramai 30orang yang datang untuk reunion kali ini... memang meriah... sepanjang tempoh 2 hari 1 malam kami bermalam di raudah(taska emak seorang sahabat)... tempat penginapan sangat2 selesa... terima kasih banyak2.... apa yang betul2 mengimbau kenangan penulis zaman bersekolah di MATRI bila di raudah waktu sarapan pagi penulis dan sahabat2 makan di dalam talam... serius!!! rindu sangat makan guna talam nie... hehe

kebetulan pula pada 07072012 itu walimah sahabat penulis yang berkahwin dengan senior kami di zaman sekolah dahulu... jadi kehadiran kami ini betul2 memeriahkan majlis.... secara tidak langsung kami meraikan pasangan pengantin yang sangat dikenali dan ingin dikenali oleh ramai orang hehehe....

sekadar ingin berkongsi beberapa gambar yang mengubat rindu di hati penulis dan sahabat2 penulis yang lain... memori yang sangat indah!!!! ~ukhuwah itu memang indah~




geng2 dari utara yang selamat sampai.. menanti tuyah untuk ke raudah

bulatan gembira kami!!! :)


posing2 kejap sebelum pergi kenduri masyitah


sebelum ber 'title' puan masyitah


cepat2 kita pakat2 bergambar dengan syitah

kami excited pakat2 nak bergambar dengan masyitah



debaran pengantin lelaki ~hilal asyraf~

terus menguntum senyuman

alhamdulillah kini mereka sudah bergelar suami isteri.. mabruk 'alaih!!!!


bersalaman untuk pertama kalinya... :)


gen 14th MATRI tidak melepaskan peluang bergambar dengan pengantin... ramai sungguh batch kami yang datang :)


sungguh mereka sangat bahagia

bila pengantin sibuk ambil gambar bersama keluarga di hadapan kami pulak pakat2 bergambar di belakang hehe




posing2 jap di luar dewan majlis makan2.. sedang menanti ketibaan pengantin


penuh dengan senyuman

~ mr hilal n mrs hilal ~

sekembalinya penulis dan sahabat2 lain di raudah (tempat penginapan kami semua utk reunion) penulis terasa teramatlah penat... petang di hari di raudah penulis dan sahabat2 menghabiskan masa dengan main masak2 untuk makan petang kami semua.. sementara nak tunggu makan malam tiba.... memang sangat2 best bila main masak2 ramai2 nie... semua pakat2 membantu.. kerja yang banyak jadi cepat sahaja disiapakan...

malam hari aktiviti reunion diisi dengan sesei re'taaruf' kembali.. almaklumlah setelah sekian lama tak berjumpa... kami semua berkongsi apa yang terkini pasal diri masing2.. mostly masih belajar... ada juga yang bakal berkahwin bulan ogos nie.. ada juga yang sudah bertunang.. hurmm kita pakat2 tunggu kad walimah diaoranglah... awal sungguh mereka bertemu jodoh.... alhmdulillah...

second day for reunion just plan main bowling... mungkin hanya tinggal dalam 20 orang.. yang lain2 pakat beransur pulang atas sebab2 tertentu... sedikit gambar aktiviti reunion di hari kedua.. :)

snap gambar dulu sebelum gerak main bowling!!!!

kami telah memenuhkan bus rapid pada pagi itu hehehe

siapa jaguh bowling???

kami terbaik!!! :)



makan tyme!!!!! panjang betul kita susun meja :)



akhir kata penulis berasa sunguh bertuah dapat bertemu dengan kalian semua kembali... terima kasih Ya Allah atas ukhuwah yang engkau berikan ini... walaupun pertemuan kita hanya seketika setelah bertahun lamanya tidak ke temu.. namun setiap saat kita luangkan masa bersama itu sangat2 bermakna....

~ uhibbukum fillah abadan abadaaa ~


p/s : syukran jazilan kepada mereka yang mencdangkan buat reunion ini.. terima kasih juga kepada yang menyediakan penginapan.. terima kasih juga kepada mak safwa yang masakkan makanan yang sangat2 sedap.. terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak... beribu terima kasih diucapkan... sumber gambar : camera penulis sendiri n ade 2 ke 3 keping gmbar dari kamera kawan2 yang lain.... semoga kita dapat buat reunion lagi selepas ini.. adakah 5 tahun akan datang pula??? huurmm mai reunion pakat2 bawak mai anaklahh nampaknya hehehe (^_^)

~ salam ukhuwahfillah ~

Sunday, June 24, 2012

~ cuci-cuci sawang !!!!! ~

assalamualaikum

pembaca sekalian...
harapnya semua sentiasa sihat2 belaka dan sama2 kita mensyukuri nikmat kesihatan yang baik yang telah dihadiahkan kepada kita hari ini....
syukur alhamdulillah....

maaf mr.blog ku sayang ... lama tidak mencoretkan apa2 di sini...
selalu berkunjung untuk view mr.blog tetapi kekeringan idea hendak menulis...
bila melihat dan membaca blogger2 lain yang sangat mantap penulisan diaorang jadi semakin tidak tahu hendak mencoretkan apa2 di mr.blog...
almaklumlah penulis sekadar suka2 tulis menulis di ruangan mr.blog.... :)

melihat pada 'counting' pengunjung yang datang semuanya iklan2 belaka huhuhu....
mungkin ada juga di kalangan pembaca yang perasan lama juga penulis tidak mencoretkan apa2 di sini...

sepanjang tempoh 3 bulan yang lalu macam2 perkara yang penulis buat....
salah satunya memegang amanah sebagai pendidik ini bukan mudah... amanah yg sangat2 besar.. di tambah pula kita mengajar subjek fardhu ain kepada anak2 kecil... semuanya perlu tahap kesabaran yang tinggi melayan karenah mereka....


dalam masa yang sama apabila baru bergelar guru kafa wajib untuk menghadiri mana2 kursus yang telah di tetapkan oleh JAIP ataupun JAKIM.... baru sebulan berkhidmat penulis telah mendapat surat untuk berkursus untuk pertama kalinya di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM)


~jadual sepanjang program~



~sesi photograph~



 sekembalinya di sekolah masing2 sibuk dengan majlis ihtifal untuk sekolah2 kafa... seperti post yang penulis dah buat sebelum ini... begitulah suasananya... walaupun sederhana tetapi meriah....
kemudian diikuti pula dengan sambutan hari guru peringkat sekolah...
sekolah  penulis buat 25 Mei 2012.. sambutan yang sederhana tetapi best... buat banyak permainan tetapi anak2 murid yang main... :)

~kek sponsor~

dalam kesibukkan menraikan sambutan hari guru... penyelia pejabat agama telefon...
dia suruh pergi pejabat dan ambil surat..
yeaaa sekali lagi program berkursus untuk penulis......

kali nie memang sangat2 mengejut n jadual program dia yang boleh tahan dasyatnyaa hehehe


~ file setiap peserta perolehi~


~ tentatif program di hari pertama ~
aktiviti riadah yang mereka buat betul2 buat penulis seperti kembali di zaman sekolah menengah.. manakan tidak ada flying fox. night trekking hari kedua pula aktiviti menbasahkan diri di dalam air... belajar terapungkan diri dan ada aktiviti berakit... aktiviti berakit nie memang first time dalam hidup penulis.. jauh juga group penulis berakit.. dengan rakit yang di buat sendiri mampu menampung 11 orang dalam satu masa... mereka yang kenal penulis mesti tertanya2 :

'boleh ke penulis nie naik rakit kan??? tak tenggelam ke??? '

penulis cuma boleh jawab.. jangan pandang orang atau sesiapa saja sebelah mata... setiap orang ada kelebihan dan kemampuan masing2...
untuk kursus transfomasi ini gambar ramai2 mereka tak hantar dekat penyelia daerah masing2 lagi...


balik dari berkursus sampai rumah dalam jam 8.00 malam.. dan pukul 11.00 malam tue juga penulis kena siap2 pergi sekolah... join rombongan sekolah ke melaka n putrajaya..

penat?????
jangan di tanyalah memang teramat2 penat... sakit2 badan tak habis lagi terus pergi melaka pula...
sepanjang perjalanan penulis cuma tidur di dalam bus... hehehe

~ bermalam di kompleks rakan muda ~


~ putrajaya~


sekembalinya dari melaka n putrajaya menghabiskan sisa2 cuti sekolah dengan pulang ke kampung di perlis indera kayangan... tapi balik kampung kali nie rasa tak best sebab mungkin sorang2... adik takde!! boring juga...

1 message received :
aina - salam taw tak miss lin dapat pindah sekolah di kelantan???-

di pagi hari terima mesej yang mengejutkan... apa lagi terus mesej miss lin.. tanya betul ke khabar yang diterima... miss membalas betul... buka sekolah nie dia sudah mula bekerja di sekolah yang baru...
penulis berasa sangat2 dukacita dan sedih... cikgu yang penulis agak rapat akan kembali di kampung halamannya... waktu itu sekadar berharap dapat berjumpa dengan miss sebelum dia pulang ke kelantan....


Alhamdulillah planning untuk berjumpa dengan miss sebelum dia pulng ke kelantan menjadi.. pergi berjumpa dengan dia di rumah sewanya... kemudian penulis keluar makan2 n minum2 dengan miss... saat2 terakhir ingin pulang penulis bersalaman dengan miss.. dan miss memeluk penulis... penulis rasa sebak sangat2 waktu tue... penulis akan sentiasa merindui telatah miss lin selepas ini....


~ bersama rakan seperjuangan stpm dgn miss lin.. guru muet terbaik kami ~



hari pertama sekolah melihat info di papan tulis :

- Ujian lisan & syafawi Al-Quran
- Ujian bertulis 18 jun - 22 jun 2012

penulis sudah set dlam mind penulis lepas nie bersedialah untuk marking kertas2 periksa mereka.... agak banyak juga untuk di tanda... selaku guru kelas juga penulis kena buat kad laporan pencapaian pelajar untuk ditanda tangani oleh ibu bapa... inilah pengalaman pertama penulis buat sendiri untuk pelajar2 penulis.. selalunya penulis tengok abah penulis saja yang buat untuk pelajar2 dia.. kini giliran penulis pula...

isnin pagi...

1 mesangge received
from : bos kak salma

' salam liyana nanti pergi pejabat agama yea.. ambil surat liyana pergi kursus '

suprise!!!!!! kursus lagi... aduhai... rasa macam baru je lepas pergi kursus...
sudahla minggu pergi kursus tue agak sibuk menanda kertas2 periksa pelajar2 nie...
berkorban masa juga pergi berkursus 3 hari 2 malam di INTIM

apa yang best untuk kursus kali ini... pengisian dia sama dengan kursus yang penulis dan guru2 baru dari bagan serai pernah pergi... rasa kelakar pula bila penceramah pown pelik kenapa kami di hantar sampai dua kali untuk kursus ini... saya berharap kepada en.penyelia cadangkanlah nama orang lain pula untuk sesi kursus berkursus nie...

~ sesi bergambar ~


sekembalinya di rumah... ada satu perkara yang sedang menanti penulis dengan penuh setia....
menanti penulis dengan harapan penulis dapat menyelesaikannya sebelum hari isnin tiba...

~ set soalan untuk di tanda ~


lepas satu satu kerja penulis kena laksanakan... dalam kesibukkan menanda jawapan pelajar....

satu mesej masuk dalam handphone :
" assalamualaikum.... macam mana planning kita???? "

mesej kedua : 
" REUNION ALERT!!! sesiapa yang boleh datang pada sekian sekian sila beri nama pada sekian sekian..."


owhhh penulis hampir terlupa bab ini....  perkara yang cukup penting juga untuk plan supaya pada hari berkenaan semuanya berjalan dengan lancar...


hari walimah classmate... dia mengharap sangat penulis dan sahabat2nya datang untuk memeriahkan majlis dia... kebetulan sesama kami juga jarang berjumpa.. jadi pada hari bahagia dia itu.. dia berharap kami semua dapat bertemu dan mengukuhkan lagi ukhuwah antara kami....
barakallah sahabatku...
InsyaAllah penulis dan sahabat2 dari utara akan menyusul beramai2 ke walimah awak masyitah... :)
nantikan kehadiran kami di sana hehehe.....


akhir kata... sudah tidak tahu hendak tulis apa.... moga2 segala apa yang penulis lakukan dan laksanakan setiap hari setiap waktu setiap saat tidak sia2 dan diberkati oleh Allah swt..... Amin... (^___^)