Friday, April 15, 2011

tarikh itu.......

tit..tit.. tit....
melihat di skrin telefon
nombor yang tidak dikenali
menekan butang answer sambil mendengar empunya suara di sana dahulu..

"assalamualaikum.... liyana bila free?"
"waalaikumussalam free??? " dalam minda sedang memikirkan siapa tuan empunya suara.....
"ustaz halim tanya.. dia hendak buat jamuan untuk kita semua student stpm dan stam... orang JPN suruh.."
dah dapat tangkap siapa tuan empunya suara... sambil tersenyum menjawab
"orang JPN ehh biar betul result bukan bagus sangat tetiba nak buat jamuan untuk kita hehehe"

perbualan yang ringkas namun satu tarikh telah ditetapkan....
tarikh itu akan menemukan kembali kami semua.....
setelah agak lama masing2 mendiamkan diri..
semuanya akan bersua kembali

11 APRIL 2011


seperti yang telah dijanjikan kaki ini sekali lagi melangkah ke satu tempat...
tempat yang telah tercatat 1001 memori suka duka yang telah kami kongsi bersama....
satu tempat kami menuntut ilmu bersama-sama
diceriakan dengan tawa ria kita bersama usik mengusik dan bergurau senda
tidak kurang juga genangan air mata tatkala Allah menguji ikatan ukhwah yang murni antara kita... semuanya ini kembali menerjah dalam fikiran penulis sebaik kaki ini sekali lagi berada di dalam tempat itu....


kali ini kita cukup diraikan oleh guru-guru....
keadaan yang agak berbeza namun agak teruja dengan sambutan yang diberikan
walaupon sederhana tetapi sangat bermakna... bukan senang hendak dapat peluang sebegini..
ucapan pembukaan dari pengetua tentang kejayaan yang kita perolehi cukup membanggakan beliau... tidak kurang juga ucapan dari pengerusi PIBG...
pelbagai nasihat demi nasihat
teguran demi teguran
peringatan demi peringatan
telah diberikan kepada kita untuk menghadapi realiti kehidupan di luar....
kita bagaikan anak kecil mendengar nasihat seorang bapa yang cukup prihatin akan kehidupan anak-anak mereka.....
semoga apa yang diberikan terus disematkan di dalam minda supaya kita lebih berhati-hati dan terus beringat sebelum nasi menjadi bubur......

acara yang terus dinantikan semua ialah 'makan tymee!!!! ' :)
ikan siakap tengah berbaris elok di dalam pinggan hehehe
memang sedap.....
makan cubit sorang sikit merapatkan lagi ukhwah antara kita....
moga ikatan sesama kita dan para pendidik terus kukuh dan diredhai oleh Allah SWT....


cikgu siti tengah pose baik punya!!!





siakap sweet sour yummy...


ucapan keramat dari pengetua

No comments:

Post a Comment