Thursday, December 29, 2011

~salam ingatan buatmu sahabat~

salam bertemu kembali.....
dedikasi istimewa buat sahabat2 penulis.... :)
sebuah lagu nasyid yang penulis tidak pasti siapa  penyanyinya..
tetapi lirik nasyid ini benar2 membuatkan penulis teringat pada kalian semua...
semoga perkenalan yang tidak kiralah singkat mahupown lama....
kalian tetap ada sesuatu yang istimewa pada penulis...
hayatilah lagu ini.....





 ~ salam ingatan buatmu ~


Pertemuan telah ditaqdirkan,
Antara kita tidak pernah dirancang,
Manalah taqdir hendak dilawan,
Semuanya ketentuan Tuhan. 




Wahai sahabat sematkan semua kenangan,
Yang telah bersama-sama kita lalui,
Suka dan duka memburu impian,
Moga teguhnya ikatan ini, 



Sahabat,
Yang amat kukasihi,
Susah senang kau di sampingku,
Kehadiran dikau disisi,
Mengubat sepi dihatiku, 




Sahabat yang amat kucintai,
Susah senang kau di samping,
Walau kini hilang di mata,
Namun kau tetap dihatiku, 



Sahabat bertuahnya ku rasa,
Mendapat teman sepertimu,
Membimbing menasihatiku,
Hanya Satu Dalam Seribu, 


Namun kini,
Hanyalah tinggal kenangan,
Pertemuan kita di lamar perpisahan,
Kemesraan bermekar di akhir perkenalan,
Sayu menitiskan air mataku. 
 

***********


and for the last is my special one... really miss her...
hopefully will meet you once again sis... 


 nak tahu apa yang sering dia post di wall penulis 
 
semoga Allah anugerahkan yang terbaik utkmu princess ♥ -21july2011- 
semoga terus kuat... ♥ insha Allah all the best!! -20july2011-
terima kasih jgak yana coz sudi mnerima tetamu yg dekat tp jauh ni.. BERTAHAN & BERSABAR ye kat c2.. (ok, sdg mbayangkn skiranya kmi brada kt tmpt ampa) ---speechless--- cuak nk tggl ampa sorang2 kt sana.. moga Allah jaga yana & mudahkn urusan yana ♥ -17july2011-
sama2 yana.. one of the best things is having u as a frenz :) no worry, kalu rasa dlupakan, jgn lupa masih ada yg mgingati. kalu rasa dsakiti, jgn lupa msih ada yg myayangi. walau sabar itu mmg mudah diucap, pcy lah.. ksabaran yana x sia2.. insha Allah stlh kabus blalu pastinya cerah kmbli. ujian adalah tarbiyah dr Alllah. mguji sabar n tabah hambaNya. Yana, i know u can face it ♥ -11april2011-
and i want to remind you something with what we have chatting at fb..... perbualan yang buat penulis mengalirkan air mata... 
kamu : salam.... g x nnt?
saya :  wslm... gi mn??
kamu : gi reunion
saya : owhhh yang geng sabar wat ke?? masih berkira kira... huhuhu
kamu :  jgn lupa tekan kalkulator... :)
saya : nmpknya dlm kiraan bru 40 % je nie hehe
kamu :  kmi tmbh lg 20% : 60% ok?
saya :  susah nak tmbah peratus tue.... huhu.. tengoklah macam mana nnty
kamu : hehehe

saya : npe yeaa skrg yana mmg susah nak tydo mlm... serius..walaupon on9 samapi kol 1 lebih dlm kol 2 landing2 arrr tapi mmg xleh tydo kekdg dkt kol 4 bru nak lelap bygknlaa 4.45 nak bgun sahur kan...
kamu :  la.. dhsytnya yana... haunted by the future or past?
saya :  masuk hari nie dekat 7 hari yana xkuar rumah.... ntah apa jd kat pekan bgn serrai pown entahlaa
kamu :  x g bazar ke??? yana, actually r u ok?? [saya sgt tersentap dgn soalan ini.. huhu]... kmi rasa mcm x, tp still dlm proses pmulihan hati.... betul x???
ika kamu tahu tak apa yang penulis rasa bila baca persoalan itu?? totally sangat terharu.. dalam ramai2 kenalan penulis anda seorang yang tanya sebegitu dan menjawabnya sendiri.. jawapan ika juga betul... apa lagi yang penulis nak cakap lagi time tue... hanya mengalirkan air mata u know.....
*********
 
tidak kurang juga post2 comment yang anda beri.... betul2 buat hati penulis tersentuh dengan setiap perkataan yang ditaip... dalam banyak2 tue ada satu yang penulis tak jemu2 baca....
salam yana... be strong like always (^_^) inshaAllah yana bleh hadapi semua ini.. Allah uji yana sebab Allah tahu yana bleh berdepan dengan semua ini.... 'people can depress u , system can make u feel uneasy... as they always did... the only chance left for u is to take it fully as challenges'... yana keep on fighting... lawan segala rasa yang boleh mengecewakan.....

ika tahu tak ika adalah orang yang telah mengajar penulis supaya tetaplah tersenyum walaupon air mata bergenang di anak mata... dan penulis nak ika tahu yang penulis berjaya untuk melakukannya... terasa tenang untuk menjawab kepelbagaian soalan mereka dengan didahului dengan senyuman...
andalah yang telah mengajar saya cara tersenyum tersebut.... (^__^) terima kasih yang tak terkata....

kepada sahabat2 penulis yang lain.. tidak kiralah apa yang kalian anggap pada penulis.. mungkin penulis bukan sahabat kalian.. mungkin penulis hanya kawan, rakan, classmate, kenalan, housemate atau apa2 sahaja yang berkaitan dengannya... penulis cuma hendak kalian tahu penulis sangat bersyukur kerana dapat mengenali kalian... mungkin kita tidak akrab tetapi tidak mustahil untuk kita kuatkan kembali ikatan ukhuwah antara kita itu insyaAllah.....

Sunday, December 25, 2011

~merindui mereka... mereka??? ~

assalamualaikum.....

salam bertemu kembali di blog penulis yang tak seberapa ini...
diharap semua pembaca sentiasa berada di bawah lindungan Allah swt.. insyaAllah...
maaflah mr.Blog lama jari2 ini tidak mencoretkan apa2 di sini....
cuma sekadar mengupdatekan sedikit background untuk view yang baru pada tahun 2012 :)

secara tetiba2 rasa terpanggil untuk berkongsi di sini setelah melihat satu gambar ini


comel kan???? (^__^)

 gambar ini telah di upload oleh seorang sahabat penulis anisah moktar di page group arabicsc dalam facebook... siapakah gerangan anisah itu?? anda boleh klik pada nama dia di atas ini (^__~)


satu gambar yang dipenuhi dengar karakter yang tersendiri telah di tag oleh dia...
penulis tersenyum sendiri dengan setiap nama geng2 classmate penulis di situ....
walaupon hanya sekadar gambar dan nama tetapi setiap karakter yang dipamerkan oleh kartun yang comel2 itu seperti personaliti sahabat2 penulis di luar sana....

hanya disebabkan satu gambar ini terus mengimbau zaman sekolah penulis bersama mereka.... walaupon tempoh zaman persekolahan bersama mereka hanya dua tahun tetapi ukhwah di antara penulis dengan mereka terasa sangat istimewa.... penulis berasa ukhwah antara kami semua bertambah erat apabila setiap tahun aktiviti reunion , ziarah rumah sahabat2 dan guru , pergi beraya di rumah guru2 dan sahabat2 yang lain bersama2.... tidak kurang juga setiap kali ada sahaja program yang memerlukan khidmat bantuan sebagai fasilitator batch kita yang paling ramai join berbanding batch lain..
kadang kala terdetik di hati penulis ' kita nie datang jadi fasilltator merangkap macam buat reunion kecil antara kita '..... guru2 juga memuji batch kita antara batch yang sangat bagus sebab kalau nak datang beraya mesti datang ramai2 sekali dah macam bawa rombongan sekolah je kan... hehe....

perasaan rindu menggamit di hati....
rindu melihat senyuman mereka...
rindu melihat telatah mereka.....
rindu bergurau senda dengan mereka.....
rindu mendengar setiap bicara yang dituturkan oleh mereka.....

setahun sekali dapat berkumpul bersua muka berbicara apa yang terkini dengan mereka merupakan salah satu saat yang paling bermakna buat penulis.... setiap tahun menanti saat2
' bila kita boleh kumpul macam nie lagi yeaa?? '


~ Di jalan Allah persahabatan ini bukan milikmu , persahabatan ini adalah perancangan Allah yang menghantui segala rahsia... kerana dialah aku mengenali dan kerana dia juga telah menetapkan kita mengukir 1001 kenangan bersama... persabatan ini sudah pasti terisi dengan kasih sayang... Moga persahabatan ini berkekalan untuk selamanya... Amin Ya Rabbal alamin.... ~


terima kasih ya Allah atas ukhwah yang Engkau berikan ini... sesungguhnya hambaMU ini sangat bersyukur dapat mengenali mereka semua....


lihatlah setiap senyuman bahagia yang terukir ~ penulis dan mereka~





Friday, December 9, 2011

~semakin sepi~




assalamualaikum ....
apa khabar pembaca sekalian hari ini??? harapnya sentiasa sihat untuk meneruskan amal ibadat kita kepada yang MAHA BERKUASA.....

lama sungguh tidak mencoretkan apa2 di sini...
tiada cerita2 menarik untuk di kongsikan...
pada saat ini juga penulis masih berfikir apalah yang hendak dicoretkan...
jari jemari masih berkira2 utk menaip sesuatu....
namun idea masih belum muncul jua....

*******

skrin lappy menjadi tatapan setiap hari
info yang bermanfaat diserap untuk dijadikan santapan rohani
proses pemulihan hati diteruskan sendiri
luka di hati sukar di lihat kerna senyuman di bibir terus dijadikan penyeri diri


saban hari melihat telatah mereka di fb
melihat dari jauh untuk menegtahui tentang mereka apa yang terkini
suka duka geram kecewa sedih gembira menghiasi status mereka setiap hari
tidak kurang juga berkongsi kata2 yang berilmu untuk memperbaiki diri.....


diri terasa dihambat untuk bertanya khabar
jari jemari ringan menaip dengan senyuman
namun hanya di balas dengan kesepian
tiada respon yang boleh terus mengekalkan senyuman...


waktu itu terasa diri ibarat " aku saja yang sibuk2 nak amil tahu pasal dia... sedangkan dia takda masa nak layan soalan2 tnya khabar macam nie.. "
atas nama ikatan persahabatan cuba lagi untuk bertanya
cuma dibalasnya dengan sepatah dua perkataan
terlihat jelas sangat tidak berminat untuk meneruskan perbualan...


kecewa sendiri terus dipendamkan
set dalam mind bersangka baik kepada mereka yang bergelar sahabat rakan mahupon kawan
hakikatnya sangat terluka... namun diteruskan juga mengukir senyuman di bibir walaupon dengan linangan air mata di anak mata...

******


p/s: berusaha untuk terus bersangka baik terhadap mereka.......