Sunday, December 25, 2011

~merindui mereka... mereka??? ~

assalamualaikum.....

salam bertemu kembali di blog penulis yang tak seberapa ini...
diharap semua pembaca sentiasa berada di bawah lindungan Allah swt.. insyaAllah...
maaflah mr.Blog lama jari2 ini tidak mencoretkan apa2 di sini....
cuma sekadar mengupdatekan sedikit background untuk view yang baru pada tahun 2012 :)

secara tetiba2 rasa terpanggil untuk berkongsi di sini setelah melihat satu gambar ini


comel kan???? (^__^)

 gambar ini telah di upload oleh seorang sahabat penulis anisah moktar di page group arabicsc dalam facebook... siapakah gerangan anisah itu?? anda boleh klik pada nama dia di atas ini (^__~)


satu gambar yang dipenuhi dengar karakter yang tersendiri telah di tag oleh dia...
penulis tersenyum sendiri dengan setiap nama geng2 classmate penulis di situ....
walaupon hanya sekadar gambar dan nama tetapi setiap karakter yang dipamerkan oleh kartun yang comel2 itu seperti personaliti sahabat2 penulis di luar sana....

hanya disebabkan satu gambar ini terus mengimbau zaman sekolah penulis bersama mereka.... walaupon tempoh zaman persekolahan bersama mereka hanya dua tahun tetapi ukhwah di antara penulis dengan mereka terasa sangat istimewa.... penulis berasa ukhwah antara kami semua bertambah erat apabila setiap tahun aktiviti reunion , ziarah rumah sahabat2 dan guru , pergi beraya di rumah guru2 dan sahabat2 yang lain bersama2.... tidak kurang juga setiap kali ada sahaja program yang memerlukan khidmat bantuan sebagai fasilitator batch kita yang paling ramai join berbanding batch lain..
kadang kala terdetik di hati penulis ' kita nie datang jadi fasilltator merangkap macam buat reunion kecil antara kita '..... guru2 juga memuji batch kita antara batch yang sangat bagus sebab kalau nak datang beraya mesti datang ramai2 sekali dah macam bawa rombongan sekolah je kan... hehe....

perasaan rindu menggamit di hati....
rindu melihat senyuman mereka...
rindu melihat telatah mereka.....
rindu bergurau senda dengan mereka.....
rindu mendengar setiap bicara yang dituturkan oleh mereka.....

setahun sekali dapat berkumpul bersua muka berbicara apa yang terkini dengan mereka merupakan salah satu saat yang paling bermakna buat penulis.... setiap tahun menanti saat2
' bila kita boleh kumpul macam nie lagi yeaa?? '


~ Di jalan Allah persahabatan ini bukan milikmu , persahabatan ini adalah perancangan Allah yang menghantui segala rahsia... kerana dialah aku mengenali dan kerana dia juga telah menetapkan kita mengukir 1001 kenangan bersama... persabatan ini sudah pasti terisi dengan kasih sayang... Moga persahabatan ini berkekalan untuk selamanya... Amin Ya Rabbal alamin.... ~


terima kasih ya Allah atas ukhwah yang Engkau berikan ini... sesungguhnya hambaMU ini sangat bersyukur dapat mengenali mereka semua....


lihatlah setiap senyuman bahagia yang terukir ~ penulis dan mereka~





2 comments:

  1. kedua-dua gambar yang sangat saya suka.
    ~Ukhuwah fillah Abadan Abadaa~

    ReplyDelete