Friday, May 18, 2012

~ 16 MEI ??? ~

assalamualaikum wbt ....

salam bertemu kembali di blog penulis yang tidak seberapa ini...

' 16 MEI '

seperti yang semua sedia maklum 16 MEI adalah hari sambutan meraikan semua guru2 di Malaysia

*dalam masa yg sama tarikh nie juga besday seorang guru penulis... Selamat hari lahir cikgu Wana....

seperti tahun2 sebelum ini bila tiba hari 16 Mei penulis mesti menanti kepulangan emak dan abah dari pulang bekerja

namun berbeza untuk tahun ini.. penulis sendiri akan meraikannya..

papan tulis di bilik guru

" mesyuarat jam 9.00pagi pada 16 mei 2012.. semua guru dikehendaki datang "

hurmmm mesti mesyuarat hendak buat sambutan nie.. tpi kenapa guru besar pilih tarikh sepatutnya diraikan sebagai tarikh mensyuarat...
banyak songeh pulak penulis nie... hehehe....

semasa mesyuarat rasa sangat susah hendak percaya.. mesyuarat untuk buat sambutan di sekolah...
kita planning game untuk cikgu n pelajar
kita yang main
kita yang beli hadiah...
kelakar rasanya.. hehehe

sekolah rendah kan jadi semua gurulah kena memainkan peranan penting untuk memastikan perjalanan aktiviti berjalan dengan baik...
mengimbau zaman penulis di tingkatan 6
yang mana kami selaku pelajar tingkatan 6 menjadi ketua untuk handle majlis sambutan hari guru di sekolah..
kamilah yang merangka segala permainan cikgu2 dan kami jugalah yang merangka segala anugerah2 khas yang hendak diberi kepada cikgu2....
memang seronok.....

sesi persekolahan petang bermula...
sebelum sesi pembelajaran bermula datanglah seorang demi seorang ke bilik guru memberi hadiah kepada ustazah2 mereka.....
meriah sungguhlaa budak2 nie bagi hadiah..
penulis tidak mengharapkan apa2 sebab penulis baru memegang amanah menjadi seorang pendidik di situ..
mungkin masih ramai yang tak berapa kenal lagi bagaimana penulis nie mengajar..
penulis sendiri pown tak habis lagi menghafal nama mereka semua hehehe...

masuk kelas seperti biasa untuk memulakn sesi pelajaran di kelas 4 ibnu khaldun tetiba datang seorang

' ustazah selamat hari guru '
sambil menghulurkan hadiah dari tangannya...
penulis menyambut dengan ucapan terima kasih...
tetiba-tiba datang lagi seorang demi seorang...


dah buka balutannya.. xsempat nak snap masa blum buka hehe :)



 17 Mei 2012

pergi  ke sekolah seperti biasa (amanah nak kena ajar anak didik ilmu agama nie)
waktu pertama subjek Al-quran... baru hendak memulakan kelas tetiba ada yang bagi salam di luar kelas..
sambil malu2 menghulurkan hadiah yang ada dekat tangan dia..
kelakar betul melihat anak2 kecil nie yang segan2 nak cakap dengan kita...
menyambut pemberian dengan senyuman dan ucapkan terima kasih
habis dua waktu yang pertama kembali di bilik guru untuk ambil buku subjek lain untuk kelas yang seterusnya...
terkejut melihat atas meja penulis ada beberapa lagi hadiah di letakkan...
alahai anak2 didikku ini... rajin sungguhlaa bagi hadiah hehehe



hadiah yang diterima untuk hari kedua :)




bila abah melihat penulis tengah buka balutan hadiah dekat meja di ruang tamu tue abah tegur
" amboi baru je kerja dah banyak dapat hadiah.. sakan juga naaa kat sekolah tue "

penulis
" alah abah budak2 biasalah.. orang bagi kita amik je hehe "


terkejut dapat hadiah tudung n sejadah tue.. memang lain dari yang lain.. tersentuh rasa di jiwa.....




 18 MEI 2012

masuk ke bilik guru terlihat satu file kemas di ikat dengan reben...
ada lagi yang bagi hadiah untuk hari ketiga nie... tersenyum sendiri melihat hadiah yg terletak di atas meja penulis dan semua guru2 yang lain termasuk guru besar... :)

file angry birds!!!!

apapun hadiah bukanlah segala2nya..
pada penulis jasa seorang guru tidak boleh di bayar dengan hadiah tetapi
cukuplah sekadar memberi perhatian di dalam kelas...
jangan melawan kata2 mereka....
mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam pelajaran...

dahulu penulis juga seorang pelajar
sesungguhnya penulis sangat2 menghormati guru2 penulis
malah penulis selalu memjadikan mereka sebagai idola untuk mengecapi apa yang penulis inginkan semasa berada di alam persekolahan..
jasamu oh guru memang tidak dapat dipamerkan kerana pengorbanan mu dalam mendidik seorang insan itu sangat2 mulia....

akhir kata2 utk post sempena hari guru ini

Dengan rasa rendah hati saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru2 saya sama ada yang mengajar saya ataupun tidak di
Sk Seri Pinang
Sk Teluk Medan
Mahad Attarbiyah Al-Islamiyah , Perlis (MATRI)
SMK Abu Bakar Al-Baqir
SABK Al-Falah

tidak dilupakan juga untuk pkngah manaf makngah con paklang lit maklang misnah pakjang hashim maksu zirah dan semua pakcik2 sedara n makcik2 sedara yang bergelar seorang guru

tidak dilupakan juga buat sepupu2 yang berkerjaya sebagai seorang guru -kak na -kak ngah -kaklong filza dan semua sepupu sepapat yang berkenaan

tidak ketinggalan juga jiran2 di kiri kanan depan mahupun belakang rumah saya Selamat hari Guru diucapkan {rasanya kiri kanan depan belakang semua pakat keje cikgu nie hehehe} juga kepada kakak2 jiran saya terutama kak long anis , kak long syakirah n kak cik nisa.....

selamat hari guru juga kepada kawan2 n kenalan2 yang bakal jadi guru shikin nisah wardah masni dayat habib mazidah atiqah hanisah dan semua yang bakal2 bergelar seorang guru

selamat hari guru juga buat rakan yang saya pernah bekerja part tyme dulu di transit penang kak ieda kak pah kak su fizah dayah ustaz hilmi dan semua warga kerja di transit n tadika tahfiz fitrah

akhir sekali INI INSAN YANG PALING PENTING DALAM HIDUP SAYA....
Selamat Hari Guru diucapkan kepada Ayahanda tercinta(cikgu Hazidin) dan bonda tersayang(cikgu Aminah).... kalian berdua adalah guru saya yang pertama kedua dan buat selamanya di dalam hati ini(tak mampu di ganti yang lain).....

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA YANG BERGELAR SEORANG GURU!!!!!





p/s: ramai sungguh kenalan saya bekerja seorang guru rupanya hehehe :)


 












3 comments:

  1. amboi kak ngah byknye dpt hadiah tu..jelesh2 a.k.a adik mls nk sign out..haha

    ReplyDelete
  2. huhu... xpe2 nnti mesti anda dpt berkali ganda dri yg dlm gmbr tue... guna ipg punya blog??? ish3..... terkejut tgok tdi.. igtkan sapalah yg komen kan :)

    ReplyDelete