Saturday, November 16, 2013

hari2 terakhir sesi persekolahan 2013

asssalamualaikum...

Bertemu kembali di ruangan yang agak2 jarang hendak update... huhuhu sory mr.blog ~_~
Seperti biasa di sekolah2 yang lain juga bila sudah hujung2 tahun nie mesti aktiviti di sekolah banyak main dan makan2 saja... Samalah dengan kanak2 di sekolah saya... setiap hari ada saja perminan yang mereka main... paling excited menanti hari jamuan kelas...
Alhamdulillah tahun nie pakat nak makan KFC kan??? takda masalah bagi je duit boleh tolong belikan hehe..
Nampaknya jamuan kelas tahun nie kelas sayalah yang makan paling mewah.. KFC yang mereka hajati sangat di hari2 terakhir mereka di sekolah... Pelajar kelas lain sekarang memandang.. Apa saya boleh buat mereka sanggup bayar saya layankan ajelah...
Biar gambar berbicara kemeriahannya semasa jamuan...

anak2 dara


 
anak2 teruna




fazrul kerja interframe semua gambar


taqiuddin tersenyum bangga di situ ^^


amirah husna malu2 kucing


Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah...
Selesai bab jamuan kelas.. Settle hutang2 saya dengan mereka semua...
Kita sambung pula cerita apa yang berlaku di hari terakhir persekolahan
Guru-guru melaksanakan aktiviti memasak bubur nasi sempena 10Muharam
Terbaikla masterchef kita masak.. Saya?? tukang snap gambar aje hehe


kacau jangan tak kacau


sedap!!!!!

next sesi bungkus membungkus


last cedok.. sapa cepat dia dapat!!

Sesi petangnnya pulak pelajar di beri kebenaran pakai t-shirt untuk aktiviti riadah... hurmm diorg kalau bab main tengah panas terik pown takda masalah... exited je semua...


ikmal tunjuk teror bila kita snap gambar


wajah2 excited bila kita nak snap gambar ^^


berebut2.. aduhai...

tahun 5 dengan permainan belon air.. sapa tak sambut nasiblah kalau belon tue pecah :)
sepetang mereka semua pakat main... seronok sangatlah... Apa2pown tahun ini alkisah di sekolah dah tamat ceritanya... tahun depan dengan adik2 yang baru pula.. InsyaAllah menjadi guru kelas tahun 4 kelas kedua.. Sedikit mencabar sebab guru kelas dia tahun ini dah cakap bebudaknya nakal2.. hohoho nervous jugak dibuatnya nie... Semoga semuanya baik2 sahaja...

InsyaAllah.. amin... amin...

17/11 - kelas kibak
19/11 - mensyuarat di sekolah
20/11 - seminar di Pejabat Agama Selama
16/12 hingga 20/12 - persiapan hari anugerah sekolah
23/12 hingga 27/12 - pendaftaran pelajar
31/12 - hari anugerah di sekolah

rasanya cutiku tinggal sejemput je huhu.... =_="

Wassalam.......


Wednesday, October 16, 2013

Alkisah ~ saling bertentangan?? ~

Assalamualaikum wbt...
last post in august... now october... huhu
beribu-ribu maaflah mr.blog sekian lama tidak mencoretkan apa2...
okey hari kali nie nak berkongsi sikit alkisah di tempat kerja..

Dalam awal bulan Julai ada kemasukkan lagi seorang guru baru...
seperti biasa guru yang baru masuk memang takkan ada meja khas untuk dia, jadi menumpang dulu meja guru lain.. sama macam saya mula2 masuk kerja dulu.. dekat 3bulan bekerja baru dapat meja sendiri...
satu perkara lagi meja yang saya dapat special case.. kecik je dari orang lain.. tapi saya xkesah sangat sebab kemungkinan ruang bilik guru yang dah agak full memang susah sikit kalau bilik sebiji lagi yang sama saiz macam yang lain...
nasib guru baru nie pown akan jadi seperti sayalah... dapat meja kecil comel je...

Suatu petang seperti biasa datang awal sikit ke tempat kerja...
masuk je bilik guru jadi 'SUPRISE!!!!' susunan meja dah lain... Apakah?? takde sesapa khabar pown nie...
dan paling sentap pn.bos susun meja saya menghadap meja ustaz.... ustaz???? owh tidakk.. memang tak selesa laa sebab meja saya dahla kecik.. meja ustaz besar... konfirm apa saja yang saya buat dekat meja saya, ustaz boleh nmpak tanpa boleh di coverline apa2...
mulalah nak mengadu damba pada guru2 lain yang dah datang waktu tue....
semua pakat gelak jelah sebab diaorang pown suprise tengok susunan meja.....
sungguh diri rasa 'super duper' tak selesa sebab saya bujang.. ustaz pown bujang...
kalau ustaz tue dah kawin saya tak kesah sangat.. saya anggap je macam baya2 abah saya..
tapi nieee... aduhaiii... segan amatlaaa..
guru2 kat situ cadang kalau gitu apa kata kita pindah kedudukan meja.. meja saya duduk sebelah meja ustaz.. dan ayat kak tue : sebelah menyebelah xpa kot???
Saya : huhhh =_=" xpa???

Belum sempat operasi memindahkan meja,ustaz dah datang.. ada depan pintu.. seriusly dia pown SENTAP jugak sebab kena duduk menghadap saya ...
Saya waktu tue jadi pasrah jelah... takkan nak merengek macam bebudak lagi kan...
Be Profesional... okey just fikir kerja kerja kerja... maka bermulalah hari2 berikutnya seminggu 5 kali kami duduk beradap.. minggu pertama kekok gilerrr... apa benda nak buat semua tak selesa...
dah tak boleh nak cover2line... jadi just be yourself... fikir kerja kerja dan kerja je..
lantaklah apa ustaz nie nak fikir (fuhh ayat haha)

Lama kelamaan jadi okey jelah sebab ustaz pegang kelas pelajar peperiksaan... saya pown banyak perkara yang berkaitan pelajar peperiksaan yang perlu di'settle'kan....
Nak dijadikan cerita guru2 lain yang belakang saya nie group meja diorang rajin menyembang...
cot cet cot cet... di meja saya??? krikk krikk-sunyi-
kekadang rasa janggal pula bila yang lain rancak menyembang meja nie dah macam patung je pown....
Dapat merasa ustaz pown rasa cam pelik yang kami nie diam seribu bahasa sangat kalau memang dah xde topik pasal pelajar yang perlu dibincangankan...
Selalunya dia akan mula dululah.. walaupun kekadang pertanyaan dia tue, dia tahu je jawapannya huhu {punyalah takde benda nak menyembang}
macam baru2 tadi.. saya tengah fokus buat rancangan mengajar tetiba dia bersuara : sekolah lagi sebulan lebih je lagi kan...
saya  : {terpinga2 kejap tapi mengiakannya je haha mcm ape je pown aduhaiii} aahhh sekarang pown dah tengah bulan...
krikkk krikkk -----sunyi-------
~ communication skills fail!!!! ~

beginilah keadaan mejanya ~~ saling bertentangan ~~ pasrah dgn susunan mengejut oleh pn.boss ~_~ {yg ada ringkasan mengajar tue meja saya ~ kerusi biru meja ustaz}

kalau tak kena sebelum duduk bertentangan,  ustaz agak pendiam, sekarang bolehlaa tahan.. takdelah pendiam sangat macam dulu... sekali sekala menyembang pown dah banyak jugak kisah tentang background family dia yang saya dah tahu...

Ada kalanya tak semua perkara yang kita selesa sahaja yang kita harapkan terjadi...
ada kalanya kena terima situasi yang macam nie atas sebab KERJA....
selagi tak menyalahi hukum hakam MAHA PENCIPTA just go on....
Cuma kena jaga banyak perkaralah bila selalu berhadapan dengan ajnabi niee.. ^^
Kita kan perempuan.. perempuan kan special.. kenalah jaga banyak perkara... fikir2kanlah sendiri...

Monday, August 19, 2013

di sebalik gambar itu

1 mesej diterima

Dia : ehhh konvoi raya macam mana tahun nie???
penulis : =_=" xpasti macam mana
Dia : ada ke takda??
Penulis: entahlaa.. xtau nak kata camna

**********
callling

Dia : bla bla bla bla
Penulis : bla bla bla bla
Dia : ehhh pe citer konvoi tahun nie??? ada ke tak da??
Penulis : erkkk =_=" entahlaa
Dia : senyap je semua orang.. xde yang nak jadi mastermind
Penulis :  @_@

***********

sana bertanya
sini bertanya
situ bertanya
masih tiada jawapan
mulalah penulis nak buat plan sendiri ^^

dan saat2 terakhir dalam keadaan masih tertanya2
adalah juga sebahagian kawan2 yang dapat bergerak sekali
bermula sesi ziarah di rumah ustaz pahim kemudian rumah sir khairol

di rumah sir khairol mula beramai..
termasuklah pasangan pengantin baru kita puan ashikin dan suami
bergambar time!!!!
biar gambar menceritakan suasananya


memenuhi ruang tamu rumah sir khairol

baru 5 yang bersua muka



girls only!!



pengantin baru ^^



 # gambar rasmi 1 #

Destinasi seterusnya rumah penulis
bihun goreng n kuih raya... simple je tuepown risau bihun tak habis sebab tak ramai yang join kali nie..
terima kasih kepada dua tiga lagi rakan kita masih sudi join di saat2 akhir konvoi kita niee

ruang tamu 1

ruang tamu 2

# candid gambar rasmi 1 #

# candid gambar rasmi 2 #

# done gambar rasmi di destinasi ke dua #





Seterusnya konvoi raya bergerak ke rumah umi sarimah
seperti biasa kedatangan kami di sambut meriah dengan usikkan umi yang tak sudah2
apa yang best umi hidangkan kami kuih raya dengan balang2nya sekali..
tak payah susah2 nak beli bekas2 kuih yang kebanyakkan rumah orang lain ada guna....
sempoi habis...

muka penat ke??




tak sudah bergambar lagi ^^

# gambar rasmi di destinasi yang terakhir #





Alhamdulillah selesai sudah untuk tahun ini... dapat bertemu bertukar cerita terkini dengan kawan2 sekelas zaman sekolah... Kebanyakannya tahun akhir dalam medan perjuangan menuntut ilmu mereka.. moga allah permudahkan urusan kalian di tahun akhir sebagai graduan tahun hadapan...



Uji mata sedikit.. 
Gambar konvoi raya tahun lepas dan konvoi raya tahun ini
Sila nyatakan sebanyak mana perbezaan yang terdapat gambar
Kepada mereka yag dapat menjawab dengan tepat akan di beri hadiah istimewa
Sila tuntut hadiah kepada penulis >__< 
Selamat Mencuba!!!!

 







Saturday, July 27, 2013

weekend!!!!

Assalamualaikum wbt...
Salam bertemu kembali di blog penulis yang agak bersawang ini  ^^
Salam Ramadhan ke 18
Macam mana dengan amal kita masuk ramadhan ke 18?? banyak dah kumpul pahala???
InsyaAllah sama2 kita usahakan yang lebih baik..

Untuk post kali nie penulis hendak berkongsi alkisah weekends Ramadhan di Perlis!!!!
Excited?? semestinya sebab waktu inilah sedara mara sepupu sepapat pakat berkumpul di rumah tokwan...
Bila dapat jumpa sepupu nie memang seronok bersembang... tak abih2 cerita yang boleh di kongsi..
memang happening..
Juadah?? usah di tanya macam2 belaka manakan tidak kerabat ramai macam orang datang kenduri kan...
apa2pown yang penulis paling suka murtabak di sana memang awsome!!!!!! besar n tebal... 
buka puasa penulis makan murtabak je dah cukup menu lain tak sentuh pown takpe ^^

aneka makanan



guna cawan polistrin je.. kerabat ramai.. seng pakai terus buang hehe-bicara tokchik-
InsyaAllah mengikut perancangan encik abah tahun nie beraya di Perlis
Quit excited sebab tahun nie majoriti balik Perlis mesti meriah..
Konfem masak untuk hari raya macam masak kenduri... hohoho get ready untuk berpent lelah di dapur nanti

Tahun nie juga kakak sepupu ipar(ade ke istilah nie?? hehe) beraya di sini juga...
Anak2 sedara ramai belakalah nampaknya kali niee....

pinjam anak dia kejap amik gambar!!!


budak pemurah senyuman-geram2-


pic nie orang lain yang over senyumnya
Seperkara lagi kakak dan abang sepupu ada buat bisnes baru....
Florist Home memang sekali masuk kedainya rsa tertarik nak beli sebab bunga2 dia tersangatlah cantik dan bungan2 nampak hidup walaupown bunga plastik... seriusly puan emak mesti suka kalau dapat tengok kedai nie... view sikit gambar dlam kedai

picture 1


picture 2

picture 3

model tetap kita -free of charge hehe-
p/s : sekian dahulu  untuk post kali ini.... post akan datang tak tahulah pulak bila :)
wasalam.....

Monday, July 15, 2013

Fenomena KIBAK n KIJAF

Assalamualaikum
Salam bertemu kembali mr.blogku sayang
Lama betul tak coret2 conteng2 apa di sini
Sekarang dah masuk bulan RAMADHAN
Alhamdulillah syukur masih di beri peluang bertemu di bulan mulia ini..


note kibak

KIBAK n KIJAF
Apa cerita sebenarnya kan..
Senang cerita Kibak -kelas bahasa arab n Kijaf-kelas jawi
Pelajar2nya adalah guru2 kafa sendiri

Seronok juga sebenarnya belajar di kelas2 nie
mengimbau zaman2 persekolahan
Cuma suasana yang berbeza sebab kebanyakkan pelajar2nya golongan 30an 40an n 50an
Jadi penulis dalam kategori termudalah golongan 20an hehehe
Kelas bukan sekadar kelas belajar bukan sekadar belajar
Ada exam juga okey!!!!
Ramai juga kawan2 penulis bertanya
"ehh biar betul takkanlah kerja guru kafa pown ade exam"
 penulis jawab : " betul laaa kenapa?? tak percaya ke?? hehe "

Seriusly sangat bagus sekurang2nya guru2 kafa dapat memantapkan lagi ilmu yang sedia ada untuk disampaikan kepada kanak2 ribena di sekolah...
Bila ada exam barulah tahu tahap kemampuan diri faham setakat mana... (nervous nak exam)

Apa2pown penulis mengharap agar exam untuk semester yang pertama ini tidak mengecewakan...
hendak seribu daya tak hendak seribu dalih...
Semoga Allah permudahkan segalanya... Amin....

note kijaf




Saturday, June 1, 2013

Akademi Perkusi



akademi perkusi seni


Perkusi...
Satu lagi ilmu baru yang dipelajari
Pada permulaanya terpinga-pinga juga sebab tidak tahu langsung apa yang dimaksudkan
Kini Alhamdulillah semakin mengerti dan menyukai Ilmu ini ^_^

Perkusi membawa maksud
~ alat muzik yang dimainkan secara di ketuk, di layang, di goncang atau di garikan....
~ istilah ~ menjerumus kepada objek yang berirama

Selama dalam kursus inilah penulis mengetahui segala nama2 alat muzik yang kebanyakkan pelajar2 sekolah guna untuk persembahan nasyid... sebelum nie semuanya penulis hentam panggil gendang...
Kali pertama kursus penulis didedahkan dengan teknik pukulan pada alat muzik seperti congga / jembe
Barulah penulis tahu yang hendak memukul congga itu ada caranya dan ada 'tone'nya yang tersendiri..
bukan main hentam je mengetuk..

Base open Base close
Open open Open close
Slap open Slap close

inilah di antara teknik yang perlu di hafal untuk menghasilkan tone yang betul
#apa2pown slap yang paling susah... sampai2 lebam2jari nak mengetuk untuk menghasilkan tone yang betul


sama2 belajar memukul dengan cara yang betul

kursus sebegini benar2 penuh dengan pengisian yang bermanfaat untuk membantu anak2 didik di sekolah dalam persembahan nasyid mereka untuk ihtifal

#disebabkan tahun ini penulis diamanahkan 'handle' pelajar nasyid jadi penulis memang sangat2 berminat dengan ilmu

Sebelum kursus berakhir para fasi melakukan sedikit demo yang mana semua rentak yang diperdengarkan akan kami pelajari....
Penulis teruja juga mendengar lepas satu satu rentak yang diperdendangkan sambil berfikir
*aku akan main rentak2 tue semua ke nanti?? susah nak percaya

encik2 fasi

semangat2


30 Mei 2013 yang leps berlngsung lagi kursus perkusi ini
Kali ini kami semua berlatih dengan pattern2 rentak di dewan besar
Kali ini kami di ajar dengan 3 pattern yang baru
~ Tumbao   H/T/S/T/H/T/O/O
~ Plena  B/S/B/O/B/S,S/B/O
~ Guaguanco  B/O/B#/B/B/O/O/B

kalau tak belajar memang tak tahu apa benda semua nie...
bak kata encik akramin tadi :
'ini baru 3pattern kita belajar.. ada lagi 50pattern'
50???? 3pattern nie pown agak berterabur lagi nak menghafal dan nak mengetuk....
Seperti biasa tone slap memang seadanya tak sekuat tone encik2 fasi tue ketuk..
bila berusaha ketuk kuat sikit hasilnyaaa jeng jeng jeng
#tapak tangan menjadi sangat merah dan lebam2 kembali berada di jari2ku





kursus kali ke 2


Sememang menyeronokkan belajar semua ini
Boleh hilangkan seketika pening2 memikirkan kanak2 ribena di sekolah
#nak lepaskan pown boleh sebenarnya... pukul gendang tue puas hehehe ^^




Thursday, May 16, 2013

~ purple day??? ~



Assalamualaikum
Kembali bersua di mr. blog kesayangan penulis...

Setelah diamanahkan  untuk 'handle' pelajar2 nasyid untuk majlis ihtifal sesi 2013
maka sesi pencarian bermula....
Sesi latihan juga hampir setiap hujung minggu
memang teruk sikitlaa duit minyak kereta untuk bulan nie hehehe ^^
insyaAllah berbaloi dengan usaha yang dilaksanakan

latihan setiap petang waktu persekolahan




sesi latihan di hujung minggu


sesi latihan terakhir sebelum ihtifal esoknya


12 Mei 2013
Inilah hari penentunya
debaran semakin terasa.. bukan kata mereka yang hendak buat persembahan di depan juri
penulis selaku guru pengiring pown terasa debarannya...
mereka di hadapan jantung penulis yang berdegup kencang

kini di hadapan
Akhirnyaa selesai sudah...
hati terasa sangat lega
dan sekarang menunggu keputusan pula...

sebelum tue snap gambar2 keceriaan mereka
purple sana sini :)


pic 1 - with ustazah saniah


pic 2 -  with guru2 pengiring

pic 3 - with guru2  ^^

pic 4 - senyum3

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
walaupun sekadar tempat KETIGA
It's not bad dears...
tempat KETIGA dari 16penyertaan kira okeylaa tue ^^
Tahun depan kita usaha lagi yeaaa... 


tahun ini peserta nasyid dapat merasa naik pentas... tahniah!!!!

 akhir kalam setakat ini dahulu perkongsian hari2 penulis dengan kanak2 ribena
wasalam

p/s: apa motif tajuk purple day tue??? actually saja sesuka letak sebab xtahu nak letak tajuk apa hehe..
salam sayang dari penulis untuk semua... ^_^