Sunday, June 24, 2012

~ cuci-cuci sawang !!!!! ~

assalamualaikum

pembaca sekalian...
harapnya semua sentiasa sihat2 belaka dan sama2 kita mensyukuri nikmat kesihatan yang baik yang telah dihadiahkan kepada kita hari ini....
syukur alhamdulillah....

maaf mr.blog ku sayang ... lama tidak mencoretkan apa2 di sini...
selalu berkunjung untuk view mr.blog tetapi kekeringan idea hendak menulis...
bila melihat dan membaca blogger2 lain yang sangat mantap penulisan diaorang jadi semakin tidak tahu hendak mencoretkan apa2 di mr.blog...
almaklumlah penulis sekadar suka2 tulis menulis di ruangan mr.blog.... :)

melihat pada 'counting' pengunjung yang datang semuanya iklan2 belaka huhuhu....
mungkin ada juga di kalangan pembaca yang perasan lama juga penulis tidak mencoretkan apa2 di sini...

sepanjang tempoh 3 bulan yang lalu macam2 perkara yang penulis buat....
salah satunya memegang amanah sebagai pendidik ini bukan mudah... amanah yg sangat2 besar.. di tambah pula kita mengajar subjek fardhu ain kepada anak2 kecil... semuanya perlu tahap kesabaran yang tinggi melayan karenah mereka....


dalam masa yang sama apabila baru bergelar guru kafa wajib untuk menghadiri mana2 kursus yang telah di tetapkan oleh JAIP ataupun JAKIM.... baru sebulan berkhidmat penulis telah mendapat surat untuk berkursus untuk pertama kalinya di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM)


~jadual sepanjang program~



~sesi photograph~



 sekembalinya di sekolah masing2 sibuk dengan majlis ihtifal untuk sekolah2 kafa... seperti post yang penulis dah buat sebelum ini... begitulah suasananya... walaupun sederhana tetapi meriah....
kemudian diikuti pula dengan sambutan hari guru peringkat sekolah...
sekolah  penulis buat 25 Mei 2012.. sambutan yang sederhana tetapi best... buat banyak permainan tetapi anak2 murid yang main... :)

~kek sponsor~

dalam kesibukkan menraikan sambutan hari guru... penyelia pejabat agama telefon...
dia suruh pergi pejabat dan ambil surat..
yeaaa sekali lagi program berkursus untuk penulis......

kali nie memang sangat2 mengejut n jadual program dia yang boleh tahan dasyatnyaa hehehe


~ file setiap peserta perolehi~


~ tentatif program di hari pertama ~
aktiviti riadah yang mereka buat betul2 buat penulis seperti kembali di zaman sekolah menengah.. manakan tidak ada flying fox. night trekking hari kedua pula aktiviti menbasahkan diri di dalam air... belajar terapungkan diri dan ada aktiviti berakit... aktiviti berakit nie memang first time dalam hidup penulis.. jauh juga group penulis berakit.. dengan rakit yang di buat sendiri mampu menampung 11 orang dalam satu masa... mereka yang kenal penulis mesti tertanya2 :

'boleh ke penulis nie naik rakit kan??? tak tenggelam ke??? '

penulis cuma boleh jawab.. jangan pandang orang atau sesiapa saja sebelah mata... setiap orang ada kelebihan dan kemampuan masing2...
untuk kursus transfomasi ini gambar ramai2 mereka tak hantar dekat penyelia daerah masing2 lagi...


balik dari berkursus sampai rumah dalam jam 8.00 malam.. dan pukul 11.00 malam tue juga penulis kena siap2 pergi sekolah... join rombongan sekolah ke melaka n putrajaya..

penat?????
jangan di tanyalah memang teramat2 penat... sakit2 badan tak habis lagi terus pergi melaka pula...
sepanjang perjalanan penulis cuma tidur di dalam bus... hehehe

~ bermalam di kompleks rakan muda ~


~ putrajaya~


sekembalinya dari melaka n putrajaya menghabiskan sisa2 cuti sekolah dengan pulang ke kampung di perlis indera kayangan... tapi balik kampung kali nie rasa tak best sebab mungkin sorang2... adik takde!! boring juga...

1 message received :
aina - salam taw tak miss lin dapat pindah sekolah di kelantan???-

di pagi hari terima mesej yang mengejutkan... apa lagi terus mesej miss lin.. tanya betul ke khabar yang diterima... miss membalas betul... buka sekolah nie dia sudah mula bekerja di sekolah yang baru...
penulis berasa sangat2 dukacita dan sedih... cikgu yang penulis agak rapat akan kembali di kampung halamannya... waktu itu sekadar berharap dapat berjumpa dengan miss sebelum dia pulang ke kelantan....


Alhamdulillah planning untuk berjumpa dengan miss sebelum dia pulng ke kelantan menjadi.. pergi berjumpa dengan dia di rumah sewanya... kemudian penulis keluar makan2 n minum2 dengan miss... saat2 terakhir ingin pulang penulis bersalaman dengan miss.. dan miss memeluk penulis... penulis rasa sebak sangat2 waktu tue... penulis akan sentiasa merindui telatah miss lin selepas ini....


~ bersama rakan seperjuangan stpm dgn miss lin.. guru muet terbaik kami ~



hari pertama sekolah melihat info di papan tulis :

- Ujian lisan & syafawi Al-Quran
- Ujian bertulis 18 jun - 22 jun 2012

penulis sudah set dlam mind penulis lepas nie bersedialah untuk marking kertas2 periksa mereka.... agak banyak juga untuk di tanda... selaku guru kelas juga penulis kena buat kad laporan pencapaian pelajar untuk ditanda tangani oleh ibu bapa... inilah pengalaman pertama penulis buat sendiri untuk pelajar2 penulis.. selalunya penulis tengok abah penulis saja yang buat untuk pelajar2 dia.. kini giliran penulis pula...

isnin pagi...

1 mesangge received
from : bos kak salma

' salam liyana nanti pergi pejabat agama yea.. ambil surat liyana pergi kursus '

suprise!!!!!! kursus lagi... aduhai... rasa macam baru je lepas pergi kursus...
sudahla minggu pergi kursus tue agak sibuk menanda kertas2 periksa pelajar2 nie...
berkorban masa juga pergi berkursus 3 hari 2 malam di INTIM

apa yang best untuk kursus kali ini... pengisian dia sama dengan kursus yang penulis dan guru2 baru dari bagan serai pernah pergi... rasa kelakar pula bila penceramah pown pelik kenapa kami di hantar sampai dua kali untuk kursus ini... saya berharap kepada en.penyelia cadangkanlah nama orang lain pula untuk sesi kursus berkursus nie...

~ sesi bergambar ~


sekembalinya di rumah... ada satu perkara yang sedang menanti penulis dengan penuh setia....
menanti penulis dengan harapan penulis dapat menyelesaikannya sebelum hari isnin tiba...

~ set soalan untuk di tanda ~


lepas satu satu kerja penulis kena laksanakan... dalam kesibukkan menanda jawapan pelajar....

satu mesej masuk dalam handphone :
" assalamualaikum.... macam mana planning kita???? "

mesej kedua : 
" REUNION ALERT!!! sesiapa yang boleh datang pada sekian sekian sila beri nama pada sekian sekian..."


owhhh penulis hampir terlupa bab ini....  perkara yang cukup penting juga untuk plan supaya pada hari berkenaan semuanya berjalan dengan lancar...


hari walimah classmate... dia mengharap sangat penulis dan sahabat2nya datang untuk memeriahkan majlis dia... kebetulan sesama kami juga jarang berjumpa.. jadi pada hari bahagia dia itu.. dia berharap kami semua dapat bertemu dan mengukuhkan lagi ukhuwah antara kami....
barakallah sahabatku...
InsyaAllah penulis dan sahabat2 dari utara akan menyusul beramai2 ke walimah awak masyitah... :)
nantikan kehadiran kami di sana hehehe.....


akhir kata... sudah tidak tahu hendak tulis apa.... moga2 segala apa yang penulis lakukan dan laksanakan setiap hari setiap waktu setiap saat tidak sia2 dan diberkati oleh Allah swt..... Amin... (^___^)


Friday, May 18, 2012

~ 16 MEI ??? ~

assalamualaikum wbt ....

salam bertemu kembali di blog penulis yang tidak seberapa ini...

' 16 MEI '

seperti yang semua sedia maklum 16 MEI adalah hari sambutan meraikan semua guru2 di Malaysia

*dalam masa yg sama tarikh nie juga besday seorang guru penulis... Selamat hari lahir cikgu Wana....

seperti tahun2 sebelum ini bila tiba hari 16 Mei penulis mesti menanti kepulangan emak dan abah dari pulang bekerja

namun berbeza untuk tahun ini.. penulis sendiri akan meraikannya..

papan tulis di bilik guru

" mesyuarat jam 9.00pagi pada 16 mei 2012.. semua guru dikehendaki datang "

hurmmm mesti mesyuarat hendak buat sambutan nie.. tpi kenapa guru besar pilih tarikh sepatutnya diraikan sebagai tarikh mensyuarat...
banyak songeh pulak penulis nie... hehehe....

semasa mesyuarat rasa sangat susah hendak percaya.. mesyuarat untuk buat sambutan di sekolah...
kita planning game untuk cikgu n pelajar
kita yang main
kita yang beli hadiah...
kelakar rasanya.. hehehe

sekolah rendah kan jadi semua gurulah kena memainkan peranan penting untuk memastikan perjalanan aktiviti berjalan dengan baik...
mengimbau zaman penulis di tingkatan 6
yang mana kami selaku pelajar tingkatan 6 menjadi ketua untuk handle majlis sambutan hari guru di sekolah..
kamilah yang merangka segala permainan cikgu2 dan kami jugalah yang merangka segala anugerah2 khas yang hendak diberi kepada cikgu2....
memang seronok.....

sesi persekolahan petang bermula...
sebelum sesi pembelajaran bermula datanglah seorang demi seorang ke bilik guru memberi hadiah kepada ustazah2 mereka.....
meriah sungguhlaa budak2 nie bagi hadiah..
penulis tidak mengharapkan apa2 sebab penulis baru memegang amanah menjadi seorang pendidik di situ..
mungkin masih ramai yang tak berapa kenal lagi bagaimana penulis nie mengajar..
penulis sendiri pown tak habis lagi menghafal nama mereka semua hehehe...

masuk kelas seperti biasa untuk memulakn sesi pelajaran di kelas 4 ibnu khaldun tetiba datang seorang

' ustazah selamat hari guru '
sambil menghulurkan hadiah dari tangannya...
penulis menyambut dengan ucapan terima kasih...
tetiba-tiba datang lagi seorang demi seorang...


dah buka balutannya.. xsempat nak snap masa blum buka hehe :)



 17 Mei 2012

pergi  ke sekolah seperti biasa (amanah nak kena ajar anak didik ilmu agama nie)
waktu pertama subjek Al-quran... baru hendak memulakan kelas tetiba ada yang bagi salam di luar kelas..
sambil malu2 menghulurkan hadiah yang ada dekat tangan dia..
kelakar betul melihat anak2 kecil nie yang segan2 nak cakap dengan kita...
menyambut pemberian dengan senyuman dan ucapkan terima kasih
habis dua waktu yang pertama kembali di bilik guru untuk ambil buku subjek lain untuk kelas yang seterusnya...
terkejut melihat atas meja penulis ada beberapa lagi hadiah di letakkan...
alahai anak2 didikku ini... rajin sungguhlaa bagi hadiah hehehe



hadiah yang diterima untuk hari kedua :)




bila abah melihat penulis tengah buka balutan hadiah dekat meja di ruang tamu tue abah tegur
" amboi baru je kerja dah banyak dapat hadiah.. sakan juga naaa kat sekolah tue "

penulis
" alah abah budak2 biasalah.. orang bagi kita amik je hehe "


terkejut dapat hadiah tudung n sejadah tue.. memang lain dari yang lain.. tersentuh rasa di jiwa.....




 18 MEI 2012

masuk ke bilik guru terlihat satu file kemas di ikat dengan reben...
ada lagi yang bagi hadiah untuk hari ketiga nie... tersenyum sendiri melihat hadiah yg terletak di atas meja penulis dan semua guru2 yang lain termasuk guru besar... :)

file angry birds!!!!

apapun hadiah bukanlah segala2nya..
pada penulis jasa seorang guru tidak boleh di bayar dengan hadiah tetapi
cukuplah sekadar memberi perhatian di dalam kelas...
jangan melawan kata2 mereka....
mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam pelajaran...

dahulu penulis juga seorang pelajar
sesungguhnya penulis sangat2 menghormati guru2 penulis
malah penulis selalu memjadikan mereka sebagai idola untuk mengecapi apa yang penulis inginkan semasa berada di alam persekolahan..
jasamu oh guru memang tidak dapat dipamerkan kerana pengorbanan mu dalam mendidik seorang insan itu sangat2 mulia....

akhir kata2 utk post sempena hari guru ini

Dengan rasa rendah hati saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru2 saya sama ada yang mengajar saya ataupun tidak di
Sk Seri Pinang
Sk Teluk Medan
Mahad Attarbiyah Al-Islamiyah , Perlis (MATRI)
SMK Abu Bakar Al-Baqir
SABK Al-Falah

tidak dilupakan juga untuk pkngah manaf makngah con paklang lit maklang misnah pakjang hashim maksu zirah dan semua pakcik2 sedara n makcik2 sedara yang bergelar seorang guru

tidak dilupakan juga buat sepupu2 yang berkerjaya sebagai seorang guru -kak na -kak ngah -kaklong filza dan semua sepupu sepapat yang berkenaan

tidak ketinggalan juga jiran2 di kiri kanan depan mahupun belakang rumah saya Selamat hari Guru diucapkan {rasanya kiri kanan depan belakang semua pakat keje cikgu nie hehehe} juga kepada kakak2 jiran saya terutama kak long anis , kak long syakirah n kak cik nisa.....

selamat hari guru juga kepada kawan2 n kenalan2 yang bakal jadi guru shikin nisah wardah masni dayat habib mazidah atiqah hanisah dan semua yang bakal2 bergelar seorang guru

selamat hari guru juga buat rakan yang saya pernah bekerja part tyme dulu di transit penang kak ieda kak pah kak su fizah dayah ustaz hilmi dan semua warga kerja di transit n tadika tahfiz fitrah

akhir sekali INI INSAN YANG PALING PENTING DALAM HIDUP SAYA....
Selamat Hari Guru diucapkan kepada Ayahanda tercinta(cikgu Hazidin) dan bonda tersayang(cikgu Aminah).... kalian berdua adalah guru saya yang pertama kedua dan buat selamanya di dalam hati ini(tak mampu di ganti yang lain).....

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA YANG BERGELAR SEORANG GURU!!!!!





p/s: ramai sungguh kenalan saya bekerja seorang guru rupanya hehehe :)


 












Monday, May 14, 2012

~ Majlis Ihtifal SRAR n SABK 2012 ~

assalamualaikum wbt...

13 MEI 2012

seperti yang termaktub di papan putih dekat sebelah meja di dalam bilik guru...
majlis ihtifal akan diadakan pada tarikh tersebut... melihat telatah anak murid sibuk berlatih nasyid....
main2 je diaorang nie.. mengamuk juga ustazah yang melatih diaorang..
penulis sekadar tolong2 apa yang patut sebab baru lagi di sekolah tue jadi tolong je semua ustazah2 lain melatih pelajar2 yang masuk pertandingan....

*************

Kak Salmah (GB)

" Liyana hari Ahad nanti boleh ke tolong bawa budak ke Azharuljannah??? "

Penulis 

" InsyaAllah boleh... takde masalah " dalam hati{Azharuljannah... jauh juga tue... kena berani2kan diri jugalah...}

Kak Salmah (GB)

" Baik... nanti kita kena buat persediaan dewan untuk pertandingan hafazan Al-quran perempuan... mungkin hari sabtu pagi... semua guru kena pergi ke sana..... takpe apa2 yang terkini nanti saya tulis dekat papan putih tue... Liyana rujuk dekat situ yea.... "

sekadar mengangguk menandakan faham apa yang dikatakan....


                                

Tibalah hari yang dinantikan... disebabakan pelajar kena ada di Azharuljannah pukul 7.30 pagi
penulis juga kena keluar rumah awal... perjalanan dari rumah ke sekolah 15 minit ....
dari rumah ke sekolah Azharuljannah 25minit..
jadi kena pergi sekolah dulu ambil budak then kena patah balik ke Azharuljannah.... masa yang diperlukan adalah lebih kurang 40minit...
jadi sebelum pukul 7pagi dah keluar rumah....
kebetulan hujan agak lebat awal pagi tue langit di luar masih gelap...
emak penulis yang mula risau....

emak
'takpe ke nak keluar nie??? gelap lagi dekat luar tue... sebab hujan.. ke nak mak hantarkan je???? '

penulis 
'tak pe mak kejap je gelapnyer tue... nanti cerahlaaa.... hujan pun dah renyai2 je nie'
dengan penuh confident menjawab huhuhu...
bukannya apa kesian pulak dekat mak nak hantar n nak kena ambil balik pulak....


beberapa koleksi gambar sepanjang majlis berlangsung :

pentas utama



nasyid perempuan taufikiah sedang menanti giliran




nasyid lelaki taufikiah berdebar menanti giliran



















persembahan pertama nasyid perempuan.. serba biru..                                                                            



hafazan lelaki        














marhaban


























sebahagian penonton di dewan nasyid perempuan

serba merah!!!



marhaban



syarahan bahasa arab


khutbah


testing bunyi dulu

juara nasyid kita..

adik nie teror main kerincing tue... hebat2



 ada satu kumpulan nasyid ini melihat warna baju penulis terus terdetik dalan hati... ehhh baju diaorang macam kumpulan nasyid SMKA KERIAN yg terkini.... penulis terus gelar diaorang junior smka... kemudian lihat persembahan diaorang... gaya persembahan.. lagu yang dinyanyikan rasa macam pernah dengar... hurmmmm xpelah mungkin penulis je rasa macam tue.. ade rakam sikit diaorng nyanyi sambil mengayakan lagu tue... serius macam nasyid student SMKA... balik rumah cerita dekat adik penulis... adik penulis pown tengok n dengarlah video yang cuma seminit yg penulis rakam... adik penulis kata ' laaaa depa nie naynyi lagu yang sekolah adik buat... nie lagu kami nie....'
huhuhu kantoi sudah kumpulan nasyid nie... mesti depa tengok kat youtube lagu n gaya persembahan... patutlah penulis rasa macam pernah tengok gaya persembahan diaorang hehe....

junior SMKA Kerian... huhu


giliran membuat persembahan sudah tiba...


mereka juga sudah membuat persembahan



ber'posing' seketika selepas membuat persembahan... :)

sepanjang majlis berlangsung tidak dinafikan ramai dikalangan mereka yang penulis kenal... terutama sekali kawan2 penulis yg pakat2 jadi guru kafa... kemudian penulis juga dapat berjumpa dengan ustazah penulis yang pernah mengajar penulis di Azharuljannah masa tahun 5....
dan seseorang yang paling tidak dijangka....
beliau pernanh mengajar KKQ di SABAR tahun 2008 dahulu... kemudian tahun berikutnya beliau pindah sekolah terus lost contact..... siapa sangka pertemuan ini betul buat penulis rasa hepi sangat.. syukur alhamdulillah.....

beliau ialah USTAZAH MARIA bersama anaknya yang comel!!!!

mumy n shakir


 pertemuan yang tidak disangka ini menyebabkan penulis kembali terkenangkan zaman persekolahan.. kelas KKQ bersama ustazah maria nie... zaman sekolah memang indah...


jam sudah menunjukkan pukul 2.30 petang...
penat??? jangan disoal memang sangat2 penat ke hulur ke hilir melayan budak2 nie
menanti waktu pulang ke rumah saja nie...
waktu sesi penyampaian hadiah Alhmdulillah... sekolah penulis dapat juga memperolehi kemenangan dari beberapa pertandingan yang ada....
tepat jam 3.15petang majlis bersurai
jalan cepat2 tempat parking kereta start enjin.. budak2 yang naik pagi tadi semua dah ada dalam kereta
penulis pecut!!!!!{jangan tiru tabiat ini huhuhu}
tengah2 drive bebudak dalam kereta sedang sedap tidur lena... penat sungguh diaorang nie... kesian pown ade hehe...

apa2pown pengalaman berada di dalam majlis ini satu pengalaman yang seronok.... semua orang ceria di samping kanak2 yang riang ria n kiut miut.....
semoga segalanya selepas ini berjalan dengan lebih baik dan dipermudahkan segalanya.....















Friday, April 27, 2012

~ perkenalan antara saya dan mereka ~

السلا م عليكم ورحمة الله وبركته

*************

salam sejahtera buat semua pembaca yang masih sudi view blog penulis untuk kali ini....
semoga pembaca sekalian diberikan kesihatan yang sebaiknya oleh Allah swt...

fasa satu : taaruf

genap 2 minggu sudah bergelar seorang pendidik...
macam2 celoteh yang ada bila bersama kanak2 riang ini...
alkisahnya bermula bila sesi taaruf di dalam kelas
hari pertama bermula dengan pelajar tahun 4 Ibnu Khaldun merangkap kelas yang penulis kena pegang
sebagai guru kelas... sesi perkenalan penulis minta mereka kenalkan diri dengan memberitahu beberapa perkara

1) nama
2) sekolah pagi di mana
3) nama ayah apa ( kot2 kenal huhu)
4) nama ibu apa (kot2 kenal jugak)
5) ayah kerja apa ( kalau cikgu tnya pulak sekolah mana... mana nak taw kot anak cikgu2 penulis hehe)
6) ibu kerja apa (sebabnya sama seperti diatas ini hehe)
7) rumah di mana (mana nak taw kot2 ade duduk setaman dgn penulis huhu)


fasa kedua : sesi pembelajaran bermula


bermula dengan kelas tahun 4 subjek al-quran... untuk hari selasa subjek al-quran bahagian tadarus..
asalnya penulis ingat bila tadarus semua pelajar baca sama2 surah2 yang berkaitan... tetapi guru dia yang sebelum ini buat dengar mereka mnegaji seorang demi seorang...
melihat jam di tangan dalam tempoh satu jam sempatkah nak mendengar 34 orang pelajar dalam kelas nie...
bila mendengar seorang yang mengaji kat depan confirm yang lain pakat 'hingaq' kat belakang..
dah nama pown budak2 kan... mulalah mencari idea apa nak buat suruh mereka senyap sementara menunggu giliran mengaji...
idea datang!!!!
belek2 buku asas tilawah al-quran tahun 4 terlihat  ( سورة اليل)  ada 21 ayat.. cukup panjang nie bolehlah mengelak daripada kelas dari riuh rendah.....

penulis : baiklah smementara tunggu giliran kamu mengaji semua buka buku tilawah muka surat 16... salin surah al-lail nie dari mula sampai habis....

pelajar : banyaknyaaaaa!!!!! ustazah....

penulis : {dalam hati - erkkk banyak ke yeaaa huhuhu-} okey2 kamu salin sampai ayat sepuluh tapi kalau kamu bising kena salin sampai habis... faham....

pelajar : faaaahaaaaaam ustazah!!!!

penulis : baik bagus.....

seorang demi seorang datang mengaji dekat penulis... ada seorang pelajar dia datang mengaji muqaddam... penulis tidak kisahlah janji dia mengaji depan penulis.. sekurang2nya penulis boleh tahu siapa yang boleh baca dengan lancar atau tidak...

pelajar : bismillahirahmanirahim...
 - ba baris atas ba jim baris bawah ji dal baris dua atas dan... "bajidan"..... 
sa baris bawah si fa baris atas fa ba baris dua di hadapan bun..."sifabun" -

penulis : {tersenyum sorang2 jap... uishhh teruja dengar dia baca huhu} ehhhh jap2.... kamu baca je terus tak payah mengeja... dengan ustazah mengaji tak perlu mengeja....

21 tahun sudah berada di atas muka bumi serius penulis sendiri tak pernah pergi belajar ngaji tok guru ajar time mengaji mengeja macam tue.... memang special sungguhlaa hafizuddin sorang nie.... teruja penulis dibuatnya hehehe

kemudian sesi belajar macam biasalah kelas penulis kebanyakkannya pelajar tak dapat membaca jawi dengan lancar... tapi kena bagi mereka cuba baca juga diikuti dengan rakan2 sekelas yang lain....
minggu kedua sudah semestinya tak banyak lagi nama yang penulis hafal.... disebabkan itulah mata penulis menjeling-jelinglaaa dengan tag nama mereka yang terjahit di baju(pelajar lelaki) tudung (pelajar perempuan)...

penulis : baik.... haaa kamu zulhelmi... bangun baca perenggan yang pertama

aiman : ehhhhh macam mana ustazah taw nama dia???

penulis : {tersenyum sendiri hehe} ustazah kan teror... semua nama kamu ustazah taw... (cewahhh sekali sekala kena berlakon skit depan budak2 nie hehe)

kejadian yang sama semasa sesi pembelajaran dalan kelas tahun 1.... tahun 1 faham2 ajelah kalau pelajar dalam kelas ada 30orang... mesti ada segelintir dok wat keje lain masa kita dok mengajar dekat depan...

penulis : haa kamu yang dekat belakang sekali {sambil jeling2 nama di bajunya} hazman... dok main apa dekat belakang... buku tue buka muka surat berapa????

terus kelam kelibut dia buka buku....

muhammad : ehhh macam mana ustazah tahu nama dia hazman????

okey... sekali lagi membalas persoalan itu dengan senyuman.... alahai kan nama korang ade dekat baju masing2.... kejadian nie mengingatkan penulis masa sekolah dekat SABAR... keluar peraturan pelajar wajib jahit LENCANA SEKOLAH dan TAG NAMA di baju/tudung masing2.... sebagai seorang pelajar baru sudah semestinya penulis rasa sangat2 tak best sebab nanti mesti senang je cikgu nak panggil untuk jawab soalan ke apa2 ke.... memang tak boleh nak mengelaklaaa perkara nie(jgn tiru tabiat ini tak elok huhu)


bagi pelajar tahun 4 dan 5 mereka ada amali solat di masjid yang berhampiran dengan sekolah ...  setiap hari memang akan solat berjemaah dengan mereka... apa yang best setiap kali nak pergi solat di masjid semua pakat nak berebut bawa beg telekung penulis.... aduhai.... jenuh jugakla sampai penulis terpaksa buat giliran okey hari nie kamu esok kamu pulak lusa kamu... haaa lebih adil kan... klo tak dok berebut mahunya putus beg telekung penulis tue huhu....

lagi satu perkara semasa berjalan memang kadang kala tangan penulis akan berada di atas bahu sesiapa pelajar perempuan yang berjalan seiringan dengan penulis... di sebabkan mereka nie kecik2 je jadi senanga nak letak tangan atas bahu diaorang... penulis tak kisah siapa2 je yang berjalan seiring dengan penulis dialah yang penulis letak... tak menyangka... tengah2 berjalan tue ada seoarang bersuara

pelajar perempuan : ustazah mana aci jalan pegang bahu dia...

penulis : {terus angkat tangan... terdetik dalam hati... errkkkk salah ke apa yang penulis buat tue yea... takkanlah yang pown mereka nak jeles... aduhai.... kelakarlaa mereka nie... }

pernah juga sekali tue pelajar tahun 4 kelas yang lagi satu

mereka : alaaaaa ustazah nie asyik jalan dengan depa je...

penulis : {errkkk????} diaorang asyik kerumun ustazah.... xpe2 nnti kamu pulak kerumun ustazah bolehlaaa jalan sekali dengan ustazah....

mereka : wei!!!! asyik hangpa je jalan dengan ustazah... tepilahhh bagi kami pulak jalan dengan ustazah

perlukah sampai sebegitu rupa????? alahai nama pown budak2......

ada juga yang boleh nak jalan dengan penulis dia buat mcam nie
lepas solat di masjid datang sorang nie pegang tangan penulis dan berbisik sesuatu... penulis pown dengarlah apa yang dia nak ckapkan

balqis : ustazah nanti balik nak berjalan dengan ustazah

penulis : owhhh okey2... {dalam hati perlulah begitu??? kena main 'cop2' nak jalan dgn penulis??? huhu}

ada kejadian yang lain pulak masa berjalan semua pakat nak pegang tangan kita... tangan penulis ada dua saja yeaa..... jadi untuk bertindak adil sebab nanti ada mata2 yang memandang rasa cemburu semasa berjalan....

penulis : jalan di hadapan.... jangan pegang ustazah!!!!!! {terpaksa ckap macam tue okey walaupun tak sampai hati sebenarnyaaaa huhuhu)

ada lagi satu kisah.. tengah dok kalut lipat kain telekung sebab pelajar lelaki dah habis solat jadi kena cepat jugaklah nak siap2 lipat nak kena follow pelajar perempaun melintas jalan raya nie... 

siti : ustazah ustazah...

penulis : yeaa kenapa???

siti : saya nak jadi anak ustazah boleh tak????

penulis : {erkkk apasal tetiba je pulak nie... penulis cuma meng'ignore'kan soalannya dan terus mencapai beg telekung }

sambil tengok2 suis kipas dah tutup datang lagi siti nie...

siti : ustazah saya nak jadi anak ustazah boleh???

fatin : ustazah dia nak jadi anak ustazah... saya nak jugak.....

penulis : haippp ustazah tak kawin lagi mana boleh ada anak....

fatin : ustazah amikla anak angkat

penulis : tak naklaa anak angkat... ustazah nak anak sendiri..

siti : ustazah kawinlaaa cepat... boleh ada anak.. boleh saya jadi anak ustazah

penulis : ewahhh pandailaa kamu... kamu ingat kawin tue senang ker???? {aduhai budak2 kalau di layan makin menjadi2 jawabnya}

kadang kala bila hari2 berhadapan dengan diaorang nie kelakar pulak rasanya cemburu dgn perkara yang tak sepatutnya berebut perkara yang tak sepatutnya direbutkan....
mereka cuma mahukan PERHATIAN.... itu sajalah yang penulis boleh simpulkan... mungkin usia penulis sama usia sama dengan kakak2 ataupun abang2 diaorang jadi mereka anggap penulis mcam kakak diaorang je kan...

apa2pown time melawak bergurau senda usik mengusik kita gelak sama2 yea tapi time belajar kita belajar yeaaaa don't play2 naaaaa hehehe....




~bila di bilik guru sensorang sambil menanti giliran masuk kelas~gambor kabur almaklumlah guna camera henset cap ayam je hehehe~ mOOd:sesambil wat ringkasan mengajOr!!! hehe


*************


وسلا م


Sunday, April 15, 2012

~kembali menimba pengalaman~


السلام عليكم ورحمة الله وبركته



Alhamdulillah lafaz syukur yang tidak terhingga dari bibir penulis pabila mengetahui

'ANDA BERJAYA SESI TEMUDUGA YANG LEPAS.. TAHNIAH ' 

akhirnya khabar gembira untuk mengubati hati penulis yang sekian lama dinantikan sampai juga....
satu penantian yang penulis rasa cukup cukup panjang untuk diri penulis....
lafaz kalimah syukur juga kedengaran di bibir emak dan abah penulis....
penantian penulis ibarat penantian untuk mereka juga....
bergenang juga mutiara jernih di mata penulis saat itu...
senyuman sebaik2 senyuman mampu kembali terukir di bibir penulis..
malah lebih membahagiakn hati pabila emak dan abah juga mengukir senyuman lega untuk anak mereka ini...





walaupun tawaran yang diterima tidaklah sehebat mereka di luar sana tetapi penulis sangat2 menghargainya...
walaupun pada mereka di luar sana menganggap tawaran ini tiada apa2 yang istimewa tetapi pada penulis tawaran ini adalah hadiah dari Allah SWT kepada penulis untuk kembali bangun meneruskan kehidupan seperti sediakala... biarlah dipandang dengan kepelbagaian kekurangan di mata mereka tetapi penulis tidak kisah akan semua itu.. biarlah penulis mengisi kekurangan itu dan memperbaikinya untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.....


kembali memegang amanah sebagai seorang pendidik... mengingatkan penulis semasa bekerja di transit tahfiz fitrah awal tahun 2011 yang lalu.....
pelbagai karenah anak2 kecil ini penulis kena melayan....
semua itu mengajar penulis untuk memahami jiwa dan hati seseorang yang bergelar kanak-kanak...


Hari pertama mendaftarkan diri sebagai guru baru di SRAR Taufiqiah Addiniah, Alor Pongsu agak mendebarkan jantung penulis.... sebelum berjumpa dengan guru besar sekolah berbual2 dahulu dengan guru2 yang ada di situ.. barulah penulis tahu yang sekolah ini ada sesi pagi dan petang..
waktu ini penulis berharap agar dapat mengajar pada sesi petang... guru2 yang ada juga ramah berbual dengan penulis menjadikan penulis berasa lebih selesa untuk menjadi rakan sekerja mereka....


Kehadiran guru besar yang menghulurkan tangan mengejutkan penulis.. Alhamdulillah guru besar di sekolah ini perempuan.. tidaklah berasa kekok sangat untuk berbual mahupun berhadapan dengan beliau..
keramahan beliau bertanyakan soalan menjadikan penulis lebih selesa dan kurang sedikit gemuruh dalam hati.... berbincang pasal jadual waktu kelas.... penulis terus diamanahkan untuk menjadi guru kelas Tahun4.... selepas sesi berbincang dengan guru besar penulis kembali meninjau jadual waktu kelas....
sekarang kelas Tahun 1 subjek ibadah...
memang penulis tidak membuat apa2 persediaan untuk mengajar sebab tak tahu dapat subjek apa lagi kan waktu tue.. jadi untuk hari ini penulis cuma mengambil kesempatan untuk berta'aruf dengan anak2 murid yang baru....
Apa yang seronoknya mereka nie excited sungguh bila ada guru baru datang mengajar...
sesi perkenalan seperti biasa.. terpaksa menaikkan sedikit volume suara sebab kelas bersebelahan jdi agak terganggu dengan kebisingan kelas sebelah.... ada sekali tue sampai terbatuk juga dibuatnya... inilah kesannya bila tak pernah cakap kuat2... sekali cakap kuat sikit terus kering anak tekak jadinya hehehe...

penulis : baik kamu nama apa???

pelajar 1 : muhd amsyar danial

penulis : ayah kamu nama apa???

pelajar 1 : [tersipu2 tersenyum] tak tahulah ustazah...

penulis : laaa nama ayah kamu sendiri takkanlah kamu tak tahu... ish3... okey nama penuh kamu apa???

pelajar 1 : muhd amsyar danial bin othman..

penulis : jadi nama ayah kamu othman laa kan... baik ayah kamu kerja apa???

pelajar 1 : {diam tersipu2 senyum... jawabnya tak jgak...}

pelajar 2 : ustazah dia tak taw ayah dia kerja apa sebab mak dengan ayah dia dah ber'pecah'

penulis : ber'pecah'??? {tersenyum sendiri kejap huhuhu} amboi kamu pulak lebih tau pasal ayah dia yeaa...


seronok juga melayan karenah anak2 murid nie.... comel2 je semuanya....
apapun jauh di sudut hati penulis semoga ini satu permulaan yang baik untuk diri penulis....
semoga semuanya menjadi semakin baik dan bertambah baik....
tempuhilah semua ini dengan berlapang dada, ikhlas seikhlas yang mungkin.. insyaAllah ganjaran yang Allah nak beri lagi berharga...
semoga kasih Allah sentiasa mengiring penulis, mak abah penulis, adik penulis, sahabat2 penulis,
kawan2 penulis, kenalan2 penulis dan paling penting KAMU yang sedang membaca post penulis utk kali ini...... :)

والسلام


p/s: sekian dahulu coretan untuk kali ini... mungkin selepas ini blog penulis akan penuh dengan kisah kanak2 riang ini... senyuman mereka membahagiakan hati penulis melihatnya.... :)

Tuesday, April 3, 2012

~ layan seketika ~

السلام عليكم ورحمة الله وبركته


datang kembali di teratakku yang tidak seberapa ini...
semoga pembaca yang view blog penulis kali ini berada dalam keadaan yang sihat hendaknya....

minggu lepas penulis layan lagu-lagu dekat youtube..
secara tidak sengaja penulis clik satu lagu yang bertajuk RAHMAT UJIAN-MESTICA
sekali dengar terus menyebabkan penulis jatuh hati dengan lirik lagu ini
ya... sememangnya lagu ini sangat sesuai bagi mereka yang merasa hampir berputus asa pabila sering kali di uji dan terus di uji...

penulis mendengar lagu ini entah berapa kali selepas download... memang sangat2 suka dengan lirik lagu ini..
macam mana lagunya itu???
seperti apa yang pembaca sedang dengar... itulah dendangan lagunya..... :)
semoga kita sama2 terus diberikan kekuatan oleh Allah untuk menharungi ujiannNYA..

Allah uji kita sebab Allah sayang dekat kita...... ingat tue!!!! (^_^)


penulis kongsikan lirik lagunya dengan pembaca sekalian yeaa...



Rahmat Ujian
~MESTICA~


 Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar

Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir

Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan

Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

ulang c/o

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

ulang c/o 2x

Allah rindu mendengarkan

Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu






Monday, March 26, 2012

~ twins tue sweet kan??? ~

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

****************

السلام عليكم ورحمة الله وبركته


salam bertemu kembali di teratak penulis yang tidak seberapa ini....
baiklah.... apa yang penulis hendak cerita pada kali ini yeaa....


petang tadi penulis menonton NONA di tv3 dan ada satu slot yang Nona tayangkan menarik hati penulis iaitu cerita tentang PASANGAN KEMBAR... slot itu mengisahkan bagaimana pasangan semua isteri yang telah dianugerahkan oleh Allah swt dengan kehadiran anak kembar di dalam keluarga mereka menjalani kehidupan seharian dengan anak2 mereka.... apa yang penulis tengok anak2 mereka sangat2 comel!!!!

~ comel ~

serius sangat comel.. rasa nak cubit2 je pipi mereka.... hehehe... ini yang kembar seiras.. ade juga yang kembar tidak seiras.... pastinya seorang ibu dan ayah itu perlu mempunyai kesabaran yang sgt2 tinggi untuk memelihara anak kembar... ini baru kembar dua.. sekiranya kembar tiga??? kembar empat atau pun lima??? waahhhh rezeki Allah mencurah2 untuk pasangan tersebut... memang meriahlah rumah nampaknya...


kembar tiga~semua hero~comel!!!!


ada suatu ketika dulu penulis jalan2 ke blog demi blog dan view satu blog yang bernama mamakembar3
dapat di lihat di situ bagaima seorang ibu dianugerahkan Allah kembar3 sekaligus.... di laman blognya ibu ini mencoretkan kisah2 tentang aktiviti harian si kembar 3.... yang bestnya penulis suka tengok gambar2 dan koleksi barang mainan ataupun pakaian kembar3 nie mesti sama semuanya.... susah nak beza diantara mereka.. cuma ibu dan ayahnya sahaja boleh cam anak2 mereka dengan pasti.... sekarang kembar 3 ini semakin dewasa mungkin sudah masuk ke taska tetapi telatah yang ibunya tulis tentang mereka dan cabaran untuk membesarkan mereka sangat menarik perhatian penulis... sekiranya pembaca berminat untuk mengetahui telatah kembar 3 ini pembaca bolehlah klik pada link yang yang penulis buat dekat atas tue...




sambil menonton slot kisah kembar tersebut bermain2 di fikiran penulis dengan pasangan kembar yang penulis kenali dan mereka juga mengenali penulis.... pasangan kembar yang pertama sudah semestinya ex-classmate penulis MASYITAH dan MASTURAH.... mereka berdua nie nak kata seiras xdelah seiras sangat sebab senang je nak beza yang mana satu masyitah yang mana satu masturah... tapi mungkin pada mereka yang baru sekali pandang akan perasan ehhh muka diaorang sama.... pada penulis yang duduk satu kelas dan pernah duduk sebelah masturah masa form2 memang kenal sangat2 la yang mana satu hehehe....




pasangan kembar seterusnya kakak senior(tua setahun je dari penulis hehe) KAK IJLAL dan KAK IJMAL mereka berdua nie muka memang sama(sebijik)... sampai sekarang penulis tak dapat nak bezakan mahupown melalui suara mereka berdua... pernah sekali tue masa berjalan ke dewan makan bertembung dengan kak ijmal(kot).. panggil dia toleh then dia senyum.. penulis tertanya pulak ehh kak ijmal ke kak ijlal yea???? mcm silap panggil je.. huhuhu.... kadang2 kakak berdua nie suka menyamar sesama sendiri... sebab kakak nie saja2 nak kenakan mereka2 yang betul2 tak dapat bezakan diaorg.. salah sorangnya penulis!!! hehehehehe




pasangan kembar seterusnya ialah kakak jiran penulis.... KAK FARHANA  dan KAK FARHADA... sebelum nie penulis tak pernah mengenali mereka pown... selepas penulis sekolah jauh dari rumah barulah penulis mengenali mereka dan family mereka kerana adik beradik meraka dari yang sulung sampai bongsu sekolah di sana juga... mereka tinggal bertentangan dengan rumah penulis... semakin mengenali kakak kembar ini apabila KAK FARHANA mendirikan rumah tangga.... mereka kembar seiras... muka memang sama.. penulis dapat bezakan antara mereka nie pown melalui cermin mata yang mereka pakai.. bentuk cermin mata mereka berbeza sedikit.... sekarang kakak kembar berdua nie sudah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan anak2 yang comei2 seperti mereka.... semoga hidup mereka terus dilimpahi rahmat oleh Allah swt....




cerita pasangan kembar seterusnya ialah anak kepada ustazah penulis semasa penulis bersekolah di tingkatan 4 dan 5.... ustazah azlinda dikurniakan dengan dua cahaya mata sekaligus pada malam nuzul al-quran... masyaAllah malam yang sangat mulia..... pada reunion kelas yang lepas penulis dengan sahabat2 penulis pergi menziarah ustazah dan ingin melihat anaknya yang comel2 tue.... memang teruja rasanya bila melihat 2 bayi yang sama wajahnya sedang asyik terlena... terdetik di hati penulis macam manalah agaknya ustazah buat yea kalau dua2 nie nangis serentak... kena banyak2 bersabar nie.. itulah dikatakan pengorbanan seorang ibu....

nada dan najah ~muka sama~





pasangan kembar yang seterusnya ialah AINA dan ALIA... si kecil molek yang tak duduk diam... banyak cakap lari sana lari sini.... kita yang tengok pown naik penat... tapi kerenah diaorang bisingkan rumah sangat kiut... di sebabkan muka mereka sama(sebijik) so memang xdapat dibezakan mana satu aina dan alia.. penulis sendiri pown setiap kali dapat pegang tanya diaoran mesti tanya ehh nia aina ke alia??? hehehe.. apalah sangat yang budak berumur 2 tahun tue akan jawab kan.. mesti diaorang pown dah boring orang asyik tanya soalan tue....
lihatlah gambar alia n aina.. gaya ikat rambut pown sama.. macam mana tak konpius~yg baju merah tue abah penulis bukan ayah kpda si kecil itu hehe~
okey kenapa gambar nie abah penulis jeling kat kamera macam tue sebabnya hanya abah dapat pegang dua kembar nie sekali dan dapat capture gambar macam nie... penulis dan sepupu sepapat yang lain berusaha untuk dapatkan gambar si kembar kecik nie sekali tapi sorang ada sorang lagi kat lain... penat betul main kejar2 dengan diaorang nie... dan satu perkara yang best disebabkan kami tak dapat nak beza mana satu aina dan alia ibu kepada si kembar telah memakaikan mereka berdua rantai emas kecil yang tertulis nama mereka sendiri.. jadi setiap kali dapat pegang mana2 si kecik nie tengok rantai nama apa haa tawlaaa mana alia mana aina... huhu kelakar betul rasanya.. sepupu penulis ada cakap 'xpe senang je nak panggil nama yang mana satu lepas nie sebab dua2 ada -nametag- hehehe ' ..... (^_^)





jauh penulis sembang2 pasal pasangan kembar yang lain ini... tetapi sebenarnya ada kembar yang tiap2 hari penulis jumpa sembang makan sama2... dia paling dekat dengan penulis setiap hari... cuma tak berapa nak perasan sangat yang mereka ini adalah kembar..... SIAPAKAH GERANGANNYA??????
tadaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!


paksu sidan n paksu sidin(abah penulis!!!)
nama 'femes' mereka sidan dan sidin... memang susah nak percaya kan mereka nie kembar.. penulis sampai sekarang masih mencari2 persamaan di wajah mereka... kalau pembaca teror cuba cari apa yang sama??? huhuhu..... inilah yang dikatakan kembar tak seiras.....
penulis ingat lagi setiap kali balik kampung jumpa sedara mara yang ramai dan bertemu dengan tok2 sedara yang jarang2 ketemu mesti depa akan tanya dekat penulis 'nie anak sapa???' kalau sebelum nie penulis akan jawab 'anak hazidin' dan respon mereka macam kenal tak kenal... jadi penulis cuba jawab cara yang lain bila orang tanya 'nie anak sapa??' 
penulis akan jawab 'anak sidin'
respon mereka 'owhhh anak sidin ka... amboi dah besaq anak depa semua naa.. sidin nie yang dok kat perak tue kan???? sidin niekan kembaq dengan si sidan '
penulis tersenyum sambil mengiakan sapa apa yang mereka kata... kenal pulak kalau cakap sidin tapi hazidin tak kenal huhuhu (nama popular mestilah org igt kan) hurmmmm abah abah.....




akhir kalam... seronok sebenarnya bercerita kisah kembar ini... tambah2 pula kalau kita mengenali si kembar dari kecil... mesti macam karenah ada... kembar dua dah meriah apatah lagi mereka yang dianugerahkan sehingga kembar 3 dan 4.... pada penulis mempunyai cahaya mata nanti bukanlah suatu perkara yang mudah... seorang ibu dan ayah kena betul2 kuat dari segi mental dan fizikal dalam melayan karenah anak2 mereka... bukannya semua yang mempunyai anak senang untuk menjaganya.. kadangkala Allah menguji tahap kesabaran mereka untuk menjaga dan memelihara kurniaan yang tidak terhingga itu....
kenapa penulis berkata sedemikian???

penulis pernah menemani sepupu penulis yang yang terpaksa duduk berjauhan dengan suaminya disebabkan tempat kerja mereka tidak sama... sepupu penulis baru sahaja dikurniakan cahaya mata yang pertama... kasihan dia yang kena sorang2 menjaga anak di kala malam menjelma penulis pergi menemani dia...
hampir 2 bulan penulis tinggal bersama dia dan anaknya...
melalui pengalaman di situ penulis dapat lihat bagaimana seorang ibu yang mempunyai kerjaya perlu membahagiakan masanya sebaik mungkin untuk bekerja dan menjaga anak.. timbul rasa kasihan bila ada hari2 tertentu anaknya menangis tak henti2 setiap kali waktu maghrib..
penulis sendiri pown naik risau juga.... dalam tempoh dua bulan tue penulis dah boleh hafal waktu pukul berapa yang anak dia akan jaga menangis nak minum susu dan waktu itulah tukar lampinnya... kadang kala pukul 2 pagi.. kadang kala 3 pagi.... setiap kali anaknya menangis mesti penulis pown tersedar dari tidur.... ada masanya anaknya tak mahu tidur dan terus menangis sampai pukul 5pagi...

semuanya ini mengingatkan penulis kepada emak penulis.... terdetik di hati penulis mesti masa penulis kecik2 dulu emak pown tak cukup tidur melayan karenah penulis kan..... sebab emak penulis juga bekerja.... waktu itu dapat merasakan betapa tabahnya dan kuatnya emak menjaga kami adik beradik(walaupon tak ramai tapi kesannya tetap terasa kan??? ) itu belum di kira dengan pengorbanan emak dok usung penulis kesana kesini selama 9bulan....

kesimpulannya di sini apa sahaja yang perlu dihadapi kita kena sentiasa berusaha menguatkan tahap MENTAL dan FIZIKAL di samping pengisian rohani yang mantap untuk kita menghadapi apa jua yang Allah telah rancangkan dan apa yang telah ditakdirkan untuk kita.....
CAHAYA MATA adalah anugerah yang paling mulia bagi pasangan yang sudah membina baitul muslim untuk mencorak dan mendidik anak2 supaya menjadi seorang insan yang terbaik di mata Allah..... insyaAllah
setiap pasangan yang membina baitul muslim mestilah menpunyai hasrat untuk memiliki zuriat sendiri kan???? sekiranya dapat yang kembar nie kiranya Allah bagi bonus lahhh untuk kalian.... (^_^)



p/s : rasa seronok pula bila tengok orang lain ada anak kembar... jadi buat sahabat2 yang sudah mendirikan baitul muslim semoga kalian terus berbahagia disamping insan tersayang dan akan dikurniakan mujahid dan mujahidah yang comei2 belaka nanti insyaAllah.... buat sahabat2 yang bakal mendirikan baitul muslim mabbruuuk 'alaih penulis ucapkan... semoga apa yang dirancangkan untuk majlis walimah nanti berjalan dengan lancar dan diberkati oleh ALLAH SWT... (awal jodoh korang... khaborlah2 kat penulis yeaa walimah korang bila...) dan buat sahabat2 yang masih 'single' hehehe kita pakat2 habiskan belajar dulu yeaa... yang sudah berkerja part time ataupun yang sudah bekerja tetap jagalah diri elok2... usah risau sekiranya masih belum berpunya.. insyaAllah ade tue... (cewahhhhh!!! ) hehehehe..... smile!!!! (^____^)