Monday, March 26, 2012

~ twins tue sweet kan??? ~

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

****************

السلام عليكم ورحمة الله وبركته


salam bertemu kembali di teratak penulis yang tidak seberapa ini....
baiklah.... apa yang penulis hendak cerita pada kali ini yeaa....


petang tadi penulis menonton NONA di tv3 dan ada satu slot yang Nona tayangkan menarik hati penulis iaitu cerita tentang PASANGAN KEMBAR... slot itu mengisahkan bagaimana pasangan semua isteri yang telah dianugerahkan oleh Allah swt dengan kehadiran anak kembar di dalam keluarga mereka menjalani kehidupan seharian dengan anak2 mereka.... apa yang penulis tengok anak2 mereka sangat2 comel!!!!

~ comel ~

serius sangat comel.. rasa nak cubit2 je pipi mereka.... hehehe... ini yang kembar seiras.. ade juga yang kembar tidak seiras.... pastinya seorang ibu dan ayah itu perlu mempunyai kesabaran yang sgt2 tinggi untuk memelihara anak kembar... ini baru kembar dua.. sekiranya kembar tiga??? kembar empat atau pun lima??? waahhhh rezeki Allah mencurah2 untuk pasangan tersebut... memang meriahlah rumah nampaknya...


kembar tiga~semua hero~comel!!!!


ada suatu ketika dulu penulis jalan2 ke blog demi blog dan view satu blog yang bernama mamakembar3
dapat di lihat di situ bagaima seorang ibu dianugerahkan Allah kembar3 sekaligus.... di laman blognya ibu ini mencoretkan kisah2 tentang aktiviti harian si kembar 3.... yang bestnya penulis suka tengok gambar2 dan koleksi barang mainan ataupun pakaian kembar3 nie mesti sama semuanya.... susah nak beza diantara mereka.. cuma ibu dan ayahnya sahaja boleh cam anak2 mereka dengan pasti.... sekarang kembar 3 ini semakin dewasa mungkin sudah masuk ke taska tetapi telatah yang ibunya tulis tentang mereka dan cabaran untuk membesarkan mereka sangat menarik perhatian penulis... sekiranya pembaca berminat untuk mengetahui telatah kembar 3 ini pembaca bolehlah klik pada link yang yang penulis buat dekat atas tue...




sambil menonton slot kisah kembar tersebut bermain2 di fikiran penulis dengan pasangan kembar yang penulis kenali dan mereka juga mengenali penulis.... pasangan kembar yang pertama sudah semestinya ex-classmate penulis MASYITAH dan MASTURAH.... mereka berdua nie nak kata seiras xdelah seiras sangat sebab senang je nak beza yang mana satu masyitah yang mana satu masturah... tapi mungkin pada mereka yang baru sekali pandang akan perasan ehhh muka diaorang sama.... pada penulis yang duduk satu kelas dan pernah duduk sebelah masturah masa form2 memang kenal sangat2 la yang mana satu hehehe....




pasangan kembar seterusnya kakak senior(tua setahun je dari penulis hehe) KAK IJLAL dan KAK IJMAL mereka berdua nie muka memang sama(sebijik)... sampai sekarang penulis tak dapat nak bezakan mahupown melalui suara mereka berdua... pernah sekali tue masa berjalan ke dewan makan bertembung dengan kak ijmal(kot).. panggil dia toleh then dia senyum.. penulis tertanya pulak ehh kak ijmal ke kak ijlal yea???? mcm silap panggil je.. huhuhu.... kadang2 kakak berdua nie suka menyamar sesama sendiri... sebab kakak nie saja2 nak kenakan mereka2 yang betul2 tak dapat bezakan diaorg.. salah sorangnya penulis!!! hehehehehe




pasangan kembar seterusnya ialah kakak jiran penulis.... KAK FARHANA  dan KAK FARHADA... sebelum nie penulis tak pernah mengenali mereka pown... selepas penulis sekolah jauh dari rumah barulah penulis mengenali mereka dan family mereka kerana adik beradik meraka dari yang sulung sampai bongsu sekolah di sana juga... mereka tinggal bertentangan dengan rumah penulis... semakin mengenali kakak kembar ini apabila KAK FARHANA mendirikan rumah tangga.... mereka kembar seiras... muka memang sama.. penulis dapat bezakan antara mereka nie pown melalui cermin mata yang mereka pakai.. bentuk cermin mata mereka berbeza sedikit.... sekarang kakak kembar berdua nie sudah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan anak2 yang comei2 seperti mereka.... semoga hidup mereka terus dilimpahi rahmat oleh Allah swt....




cerita pasangan kembar seterusnya ialah anak kepada ustazah penulis semasa penulis bersekolah di tingkatan 4 dan 5.... ustazah azlinda dikurniakan dengan dua cahaya mata sekaligus pada malam nuzul al-quran... masyaAllah malam yang sangat mulia..... pada reunion kelas yang lepas penulis dengan sahabat2 penulis pergi menziarah ustazah dan ingin melihat anaknya yang comel2 tue.... memang teruja rasanya bila melihat 2 bayi yang sama wajahnya sedang asyik terlena... terdetik di hati penulis macam manalah agaknya ustazah buat yea kalau dua2 nie nangis serentak... kena banyak2 bersabar nie.. itulah dikatakan pengorbanan seorang ibu....

nada dan najah ~muka sama~





pasangan kembar yang seterusnya ialah AINA dan ALIA... si kecil molek yang tak duduk diam... banyak cakap lari sana lari sini.... kita yang tengok pown naik penat... tapi kerenah diaorang bisingkan rumah sangat kiut... di sebabkan muka mereka sama(sebijik) so memang xdapat dibezakan mana satu aina dan alia.. penulis sendiri pown setiap kali dapat pegang tanya diaoran mesti tanya ehh nia aina ke alia??? hehehe.. apalah sangat yang budak berumur 2 tahun tue akan jawab kan.. mesti diaorang pown dah boring orang asyik tanya soalan tue....
lihatlah gambar alia n aina.. gaya ikat rambut pown sama.. macam mana tak konpius~yg baju merah tue abah penulis bukan ayah kpda si kecil itu hehe~
okey kenapa gambar nie abah penulis jeling kat kamera macam tue sebabnya hanya abah dapat pegang dua kembar nie sekali dan dapat capture gambar macam nie... penulis dan sepupu sepapat yang lain berusaha untuk dapatkan gambar si kembar kecik nie sekali tapi sorang ada sorang lagi kat lain... penat betul main kejar2 dengan diaorang nie... dan satu perkara yang best disebabkan kami tak dapat nak beza mana satu aina dan alia ibu kepada si kembar telah memakaikan mereka berdua rantai emas kecil yang tertulis nama mereka sendiri.. jadi setiap kali dapat pegang mana2 si kecik nie tengok rantai nama apa haa tawlaaa mana alia mana aina... huhu kelakar betul rasanya.. sepupu penulis ada cakap 'xpe senang je nak panggil nama yang mana satu lepas nie sebab dua2 ada -nametag- hehehe ' ..... (^_^)





jauh penulis sembang2 pasal pasangan kembar yang lain ini... tetapi sebenarnya ada kembar yang tiap2 hari penulis jumpa sembang makan sama2... dia paling dekat dengan penulis setiap hari... cuma tak berapa nak perasan sangat yang mereka ini adalah kembar..... SIAPAKAH GERANGANNYA??????
tadaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!


paksu sidan n paksu sidin(abah penulis!!!)
nama 'femes' mereka sidan dan sidin... memang susah nak percaya kan mereka nie kembar.. penulis sampai sekarang masih mencari2 persamaan di wajah mereka... kalau pembaca teror cuba cari apa yang sama??? huhuhu..... inilah yang dikatakan kembar tak seiras.....
penulis ingat lagi setiap kali balik kampung jumpa sedara mara yang ramai dan bertemu dengan tok2 sedara yang jarang2 ketemu mesti depa akan tanya dekat penulis 'nie anak sapa???' kalau sebelum nie penulis akan jawab 'anak hazidin' dan respon mereka macam kenal tak kenal... jadi penulis cuba jawab cara yang lain bila orang tanya 'nie anak sapa??' 
penulis akan jawab 'anak sidin'
respon mereka 'owhhh anak sidin ka... amboi dah besaq anak depa semua naa.. sidin nie yang dok kat perak tue kan???? sidin niekan kembaq dengan si sidan '
penulis tersenyum sambil mengiakan sapa apa yang mereka kata... kenal pulak kalau cakap sidin tapi hazidin tak kenal huhuhu (nama popular mestilah org igt kan) hurmmmm abah abah.....




akhir kalam... seronok sebenarnya bercerita kisah kembar ini... tambah2 pula kalau kita mengenali si kembar dari kecil... mesti macam karenah ada... kembar dua dah meriah apatah lagi mereka yang dianugerahkan sehingga kembar 3 dan 4.... pada penulis mempunyai cahaya mata nanti bukanlah suatu perkara yang mudah... seorang ibu dan ayah kena betul2 kuat dari segi mental dan fizikal dalam melayan karenah anak2 mereka... bukannya semua yang mempunyai anak senang untuk menjaganya.. kadangkala Allah menguji tahap kesabaran mereka untuk menjaga dan memelihara kurniaan yang tidak terhingga itu....
kenapa penulis berkata sedemikian???

penulis pernah menemani sepupu penulis yang yang terpaksa duduk berjauhan dengan suaminya disebabkan tempat kerja mereka tidak sama... sepupu penulis baru sahaja dikurniakan cahaya mata yang pertama... kasihan dia yang kena sorang2 menjaga anak di kala malam menjelma penulis pergi menemani dia...
hampir 2 bulan penulis tinggal bersama dia dan anaknya...
melalui pengalaman di situ penulis dapat lihat bagaimana seorang ibu yang mempunyai kerjaya perlu membahagiakan masanya sebaik mungkin untuk bekerja dan menjaga anak.. timbul rasa kasihan bila ada hari2 tertentu anaknya menangis tak henti2 setiap kali waktu maghrib..
penulis sendiri pown naik risau juga.... dalam tempoh dua bulan tue penulis dah boleh hafal waktu pukul berapa yang anak dia akan jaga menangis nak minum susu dan waktu itulah tukar lampinnya... kadang kala pukul 2 pagi.. kadang kala 3 pagi.... setiap kali anaknya menangis mesti penulis pown tersedar dari tidur.... ada masanya anaknya tak mahu tidur dan terus menangis sampai pukul 5pagi...

semuanya ini mengingatkan penulis kepada emak penulis.... terdetik di hati penulis mesti masa penulis kecik2 dulu emak pown tak cukup tidur melayan karenah penulis kan..... sebab emak penulis juga bekerja.... waktu itu dapat merasakan betapa tabahnya dan kuatnya emak menjaga kami adik beradik(walaupon tak ramai tapi kesannya tetap terasa kan??? ) itu belum di kira dengan pengorbanan emak dok usung penulis kesana kesini selama 9bulan....

kesimpulannya di sini apa sahaja yang perlu dihadapi kita kena sentiasa berusaha menguatkan tahap MENTAL dan FIZIKAL di samping pengisian rohani yang mantap untuk kita menghadapi apa jua yang Allah telah rancangkan dan apa yang telah ditakdirkan untuk kita.....
CAHAYA MATA adalah anugerah yang paling mulia bagi pasangan yang sudah membina baitul muslim untuk mencorak dan mendidik anak2 supaya menjadi seorang insan yang terbaik di mata Allah..... insyaAllah
setiap pasangan yang membina baitul muslim mestilah menpunyai hasrat untuk memiliki zuriat sendiri kan???? sekiranya dapat yang kembar nie kiranya Allah bagi bonus lahhh untuk kalian.... (^_^)



p/s : rasa seronok pula bila tengok orang lain ada anak kembar... jadi buat sahabat2 yang sudah mendirikan baitul muslim semoga kalian terus berbahagia disamping insan tersayang dan akan dikurniakan mujahid dan mujahidah yang comei2 belaka nanti insyaAllah.... buat sahabat2 yang bakal mendirikan baitul muslim mabbruuuk 'alaih penulis ucapkan... semoga apa yang dirancangkan untuk majlis walimah nanti berjalan dengan lancar dan diberkati oleh ALLAH SWT... (awal jodoh korang... khaborlah2 kat penulis yeaa walimah korang bila...) dan buat sahabat2 yang masih 'single' hehehe kita pakat2 habiskan belajar dulu yeaa... yang sudah berkerja part time ataupun yang sudah bekerja tetap jagalah diri elok2... usah risau sekiranya masih belum berpunya.. insyaAllah ade tue... (cewahhhhh!!! ) hehehehe..... smile!!!! (^____^)



2 comments:

  1. anisah pown comel jugak... hehehe..... suka tgok muka budak2... :)

    ReplyDelete