Friday, March 9, 2012

~ when drive alone ~


 Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

****************************


assalamualaikum
apa khabar pembaca yang dikasihi lagi dihormati...
moga semuanya dalam keadaan yang baik2 ceria2 dan bahgia hendaknya... insyaAllah

lama juga rasanya penulis tidak post apa2 yang berbentuk cerita kepada pembaca kan???
bukannya taknak bercerita tapi tiada cerita yang hendak diceritakan.. hehehe...
ditambah pula melihat blogger2 yang lain sangat hebat2 penulisan mereka dalam perkongsian yang bermanfaat..
masyaAllah teruja rasanya membacanya... tidak kurang juga yang menghasilkan kepelbagaian jenis puisi...
hebatnya mereka semua.... penulis pernah juga cuba2 mereka puisi tapi rasa macam tak mantap dan terkesan pown dekat jiwa bila membacanya kembali... malu je kalau dipostkan di sini hehe....

baiklah berbalik kepada tajuk post penulis untuk kali ini...
bila anda sudah memiliki lesen memandu sudah semestinya keinginan hendak membawa kereta itu adakan???
samalah juga apa yang penulis rasa... tapi bila saat lesen memandu sudah penulis miliki bukanlah sewenang2nya mak n abah penulis hendak bagi penulis drive kereta....
kadang kala penulis sentiasa tercari2 peluang macam mana nak minta dekat mak n abah penulis nak cuba drive kereta yang ada dekat rumah nie....
nampaknya memang susah nak dapat...
pernah sekali tue mak hendak ke sekolah.. saja cakap dekat mak 'mak meh kak drive kereta boleh??'
mak jawab 'takpalah mak yang drive'
penulis---kuciwa rasanya huhuhu
cuba lagi minta nak drive kereta
penulis 'mak nanti nak pi amik adik kat sekolah kan??? kak nak cuba drive kat jalan raya boleh??? alah sampai dekat SABAR pown jadilah'  ayat2 penulis dengan penuh harapan...
mak -- diam je tak jawab
penulis -- macam tak dapat je.... sob3

jam pukul 11.00pagi sudah....
gerak nak ambil adik dekat hostel dia...
mak yang drive....
kuciwa.. duduk diam je dekat sebelah mak... bila sampai dekat jalan semanggol tue tetiba mak cakap
'jalan bengkang bengkok macam nie boleh ke nak bawa???? ' sambil melalui jalan tue
penulis 'alah bawa ajelah...'
hahaha nampak macam ayat orang merajuk tak????
ish3 dah besar2 pown buat perangai... {sorry mak!!!!}
perjalanan pulang ke rumah.. samapi dekat lampu isyarat simpang empat semanggol tetiba mak tanya
' nak drive ker '
apa lagi lagi laju je jawab ' nak nak... boleh je ' hehehe hati dah berbunga2 kembali
mak pown berhentilah dekat tepi jalan n tukar driver....
dengan penuh rasa yakin {walaupun tangan ada ketar2 skit hehe} penulis drive pulang ke rumah dengan selamat...
see??? dapat juga hehehe.....
selepas tue hurmmm sebulan dua juga tak dapat nak drive sebab takde arah tujuan kalau nak drive pown..... daripada nak membazir duit minyak better duduk diam2 je dalam rumah...


3bulan berikutnya..
khamis malam
miss lin -- saya rangka dahulu surat sokongan tue then esok dekat sekolah saya suruh cikgu bm check dulu then saya jumpa pengetua ok--
penulis-- okey.. thanks miss sebab sudi tolong saya.. saya hargainya sgt2

isnin pagi
penulis--salam miss.. maaf ganggu macam mana yea surat saya tue??
miss lin--nnti bila saya dah dapat saya mesej kamu...sekrg saya xsempat lagi nak jumpa pengetua

selasa pagi
penulis-- salam miss... dah dapat yea tanda tangan pengetua.. kalau dah dapat saya ingat nak jumpa miss petang nie....
miss lin-- liyana sory sgt2... pengetua takda  kat sekolah laa pulak hari nie.. sok mungkin dia ada

hurmmm tarikh tutup dah nak dekat nie... tanda tangan surat sokongan tak settle lagi... nampaknya penulis kena pergi mengadap pengetua sendiri rasanya baru cepat sikit settle...

penulis-- abah esok kak nak pi sekolah...
abah-- pi sekolah nak buat apa???
penulis-- pasal surat tuelah... cikgu kak dah buat cuma tak sempat nak jumpa pengetua lagi.. kak ingat biar kak jelah pi jumpa pengetua minta tanda tangan dia.. tarikh tutup nak dekat dah.. takut tak sempat nak pos balik...
abah-- nak pi dengan apa???
penulis-- hurmmm nampaknya kena bawa kereta emak laa esok
abah-- takpalah macam tue... pi settlekan apa yang sepatutnya...

dengan mudah penulis dapat greenlight untuk drive kereta emak pergi sekolah yang jauhnya lebih kurang 25km dari rumah DENGAN SEORANG DIRI???
bayangkanlah dah 3bulan tak pegang langsung stereng kereta dan tak pernah drive sejauh itu atas sebab keadaan yang TERPAKSA ini nampaknya penulis kena drive seorang diri esoknya....



sepanjang perjalanan penulis ke tempat yang hendak dituju agaknya ada tak pemandu yang berada di belakang kereta penulis berkata2 seperti animasi kartun di atas???
hehehe... kata kan apa sahaja wahai pemandu2 yang lebih hebat dan cekap dari penulis... penulis baru first time dapat drive kereta 80km ke 90km sejam... kira lajulaa tue kan??? huhuhu
maklumlalah bawa kereta biasa2 je tak bolehlah nak rush sangat.... nanti berasap enjin dari depan dah tak pasal2... walaupon perjalanan penulis ada kalanya rasa lapang dan ada kalanya rasa gayat bila dikelilingi dengan lori2 treler yang besarnya 3kali ganda dari kereta penulis...
syukur alhamdulillah penulis selamat pergi ke sekolah dan kembali ke rumah tanpa ada sebarang masalah....
teruja sensorang pulak bila dapat drive jauh2 nie....

sekian sahaja dahulu kisah penulis..... pesanan penulis kepada semua pembaca yang ada lesen memandu
'pandu cermat jiwa selamat.. ingatlah orang tersayang' (^_^)

 wasalam..............

p/s : lepas nie penulis adalah lagi peluang bodek2 abah nak drive kereta pergi area pekan pb pulak hehehe....





No comments:

Post a Comment