Friday, July 29, 2011

~~saya seorang anak nelayan~~

~~ anak nelayan yang istimewa ~~





assalamualaikum......
kembali bersua semuanya....
moga sekalian pembaca di bawah redha Illahi hendaknya.....
kali ini dengan kekosongan masa yang diperolehi terlintas diminda untuk mencoretkan sesuatu tentang keluarga penulis lagi.....

siapakah dia kali ini???? siapa lagi tak lain tak bukan ayahanda penulis yang tercinta.......
abah penulis bukanlah seorang nelayan yang sebenar tetapi minatnya terhadap kepelbagaian jenis ikan menyebabkan hobi abah akan mencari ikan setiap kali ada kekosongan masa ataupon air tengah cantik(ini istilah yang abah selalu guna setiap kali nak pi cari ikan)....




alkisahnya.....
masa zaman penulis kecik2 lagi memang hobi abah pergi mancing ikan tak pown pergi mancing udang galah... dalam sebulan mesti ada dua tiga kali abah pergi mancing..... macam2 perkakas ada dalam bilik khas yang abah asingkan untuk semua barang2 mancing.. dari sekecil2 mata kail pancing sehingga enjin bot ada di dalam bilik itu..... tinggal sampan je yang tak ada dalam rumah penulis hehehe..... kalau tak memang cukup lengkaplah segalanya ada di dalam rumah.....
selalunya kalau pancing ikan abah akan keluar awal pukul 7 pagi pi sungai pinang kerana kata abah sampan abah ada di sana.... dan pulangnya hampr pukul 7 malam.... waktu itu penulis mula teruja ikan apa abah dapat yeaa.....
dan bermula dari situ jugalah penulis mengenali kepelbagaian jenis ikan....
antara ikan yang abah selalu dpat pancing ikan siakap,ikan talapia, ikan merah, ikan tanda, ikan duri, ikan sembilang(kalau beruntung dapat yang bertelur memang best buat masak gulai) n macam2 lagi.....
tapi kalau abah pergi mancing udang galah pergi lewat skit dalam pukul 9 pagi.... baliknyaaa dalam pukul 5 petang... waktu itu paling teruja nak tengok bila abah dapat pancing udang galah yang besarrrrr dan ada sepit biru tue... owhhh itu memang best.......
aktiviti kegemaran abah ini juga telah menarik minat sahabat baiknya sekarang untuk sama2 mencari rezeki...... ke mana saja destinasi memancing mesti mereka berdua..... sampai habis satu taman nie kenal hehehe....

~~antara hasil tangkapan udang galah yang diperolehi~~



dalam sibuk2 memancing tetiba beralih arah pulak menjala udang dekat kuala gula...... memang banyak udang2 yang abah dapat bertimba jugak sehinggakan diizinkan oleh Allah pada waktu abah hendak menjala udang bersama geng2 menjalanya tv3 tengah buat rakaman dekat kuala gula rancangan WARNA WARNI kalau tak silap tajuk rancangan tersebut......
Hebatlaaaaa abah sampai masuk tv3 minat abah dan kawan2 menjala....


kemudian kisah seterusnya memancing ikan puyu..... cerok kebun kelapa sawit mana lagi abah tak pi redah semata nak cari yang ikan puyu yang saiznya sebesar tapak tangan... parit mana yang abah penulis tak pergi parit tepi bendang depan rumah orang tepi jalan semua abah penulis redah... dah minat punya pasal kan........




kemudian sejak akhir2 ini penulis rasa amat pelik apabila minat abah terhadap menjala ikan semakin menjadi2..... kampung belakang taman penulis seolah2 menjadi pesta menjala ikan kerana minat orang ramai menjala ikan semakin menggalakkan......
kenapa tetiba ramai pulak yang minat menjala nie... hurmmmmm
awalnya dulu abah penulis hanya pergi menjala ikan dengan membawa satu tong cat putih yang kecik tue je itupown kalau dapat penuh satu tong jenuh jugak nak menyiangnyaa almaklumlah ahli forum dalam rumah penulis tak bapa nak ramai...... dengan kesungguhan abah pergi menjala ikan inilah macam2 jenis iakan abah bawa balik.. dari situ jugakla penulis mula berkenalan dengan ikan2 yang baru ini pulak.. antara hasil ikan yang abah selalu dapat ikan puyu, sepat, sepat benua, keli, haruan, ikan putih, ikan lampam, ikan ubi(xtawla betul ke tak istilah nie huhuhu), ikan nipis badan dia(belida kot nmnya) n mcm2 lagi.....



Bukan takat sahabat abah sahaja yang tertarik tapi habis semua pak cik2 sedara berminat dengan hobi abah... asal mereka datang transit dekat rumah penulis memang aktiviti memancing dan menjala menjadi aktiviti wajib pergi... tak sah kalau tak pergi.... pergi bawak tong cat yang besar n tinggi taw... apa lagi selepas kaum bapa pakat balik menjala kaum ibu dan anak2 dara berperanglah di dapur untuk menyiang ikan2 yang masih aktif melompat2 itu...... penulis dah biasa sangat tapi kekadang seronok tengok sepupu sepapat teruja melihat hasil jalaan(istilah bhs melayu yang betul ker nie?? entahlaa hehe) yang cukup tak disangka...
mana kan tidak kalau dapat haruan sebesar lengan..... mana kan tidak dapat ikan sepat sebesar tapak tangan......
kalau ikan darat nie tak payah buat masak lain goreng garing-garing bubuh garam kunyit pown pakat pulun makan habis cam makan keropok... itulah keseronokan sekali sekala berkumpul adik beradik... :)






sekiranya stok ikan terlampau banyak abah penulis akan buat ikan kering dan pekasam......
tentang ikan kering yang abah penulis buat memang agak special kerana masa goreng tidak ada bau yang tak menyenangakan dan boleh di makan... kadang-kadang ikan kering ikan darat nie susah nak dapat yang tak dak bau lumut... nama pown ikan darat kan......



dan the special one resepi is pekasam abah!!!!!!!! pekasam abah memang lain dari yang lain..... susah nak dapat dan di jamin sekali makan mesti nak makan lagi....... orang yang kata tak pernah makan rasa secubit je pekasam abah memang dia tidak ragu2 untuk makan......
bahan untuk buat pekasam takdala banyak sangat cuma beras garam kasar asam keping n sedikit air.....
beras kena goreng sampai garing tanpa minyak(ini memang menjadi kerja penulis sekiranya abah nak buat pekasam... bukan senang nak goreng beras sampai garing... kena kacau selalu beras dalam kuali atas api tue kalau tak beras hangit pekasam jadi tak sedap)...........




satu perkara yang penulis suka tengok bila stok pekasam banyak then nak balik kampung abah mesti packing satu demi satu.... kira berapa ramai adik-beradik yang ada... cukup tak sorang sebungkus........ dah macam berniaga kat pasar pulak..... bertuahnya jugak kepada sedara mara yang datang rumah secara tak langsung menu tengah hari ada pekasam dan sekiranya bernasib baik jadi buah tangan sikit bawa balik rumah... rezeki.....




cerita bab pekasam nie teringat dekat pak ngah manaf yang sanggup datang bagan serai dia pergi menjala ikan sendiri.... siang sendiri then suh abah buatkan pekasam.. dapatlaa tiga balang kalau tak salah siap bawak balik shah alam...... memang hebat penangan pekasam abah penulis.......
pernah juga mencadangkan kepada abah penulis cuba jual pekasam tapi abah penulis tak mahu abah lebih suka bagi je orang merasa.... buat pahala.... di hati penulis:abah memang hebat...... :)



dan sehingga saat ini abah terus menjala dan menjala untuk buat stok ikan pekasam n ikan kering...... aktiviti penulis pula menyiang menyiang dan terus menyiang ikan setiap petang......
hari2 kita akan bertemu wahai kaum kerabat ikan puyu sepat dan haruan hehehe....... (^_^)



p/s: masih memerhati dan menuntut ilmu buat pekasam sehebat abah hehehe

2 comments:

  1. salam, yana!! terbaik!! (part pekasam memang best) jangan lupa post mai sini sikit (^_^)

    ReplyDelete
  2. wslam....
    pekasam tue bagan serai saja ada hehehe ;)

    ReplyDelete