Assalamualaikum wbt....
salam Ramadhan buat semua pembaca yang masih sudi view page yang tak seberapa ini....
alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana masih memberi kita peluang untuk merasai nikmat bulan Ramadhan pada tahun ini... dengan kesempatan yang ada ini penulis ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah berpuasa dan melaksanakan amalan yang insyaAllah akan diberikan pahala berlipat kali ganda pada bulan yang mulia ini.... amin...
Apabila bulan Ramadhan menjelma sudah pasti berkait rapat dengan ibadah berpuasa yang mana pada bulan Ramadhan diwajibkan ke atas semua umat Islam untuk berpuasa selama
1 bulan.... Malah bulan Ramadhan jugalah ganjaran pahala dilipat kali gandakan berbanding bulan-bulan yang lain.... sesungguhnya satu bulan yang sangat istimewa diberikan oleh Allah kepada umat manusia untuk merebut peluang beramal ibadat dengan lebih daripada biasa kepadaNYA....
Sebelum berbicara dengan lebih lanjut ingin penulis kongsikan bersama apa yang kita faham dengan puasa?????
definisi dari segi bahasa --> menahan diri
definisi dari segi istilah -->menahan diri dari makan dan minum untuk suatu jangka masa yang tertentu
berkaitan dengan tajuk untuk entry kali ini... apa yang dimaksudkan oleh penulis bahawa Ramadahan bulan latih tubi????
Sebaik bulan Ramadhan, jarang ada Muslim yang masih di luar rumah ataupun pulang lewat. Rata-ratanya akan memastikan diri sudah berada di rumah... Sekelip mata sahaja , masjid-masjid dan surau-surau akan dipenuhi jemaah yang bersedia mengalu-ngalukan kedatangan Ramadhan dengan solat terawih...
Sedar atau tidak sebenarnya sepanjang bulan Ramadhan kita banyak melakukan latih tubi...
Latih tubi??? ya..... ibadah yang dilakukan itu kita melaksaankan berterusan sehingga satu bulan...... kini akiviti harian kita telah bertukar menjadi luar biasa... tidakkah anda semua perasan akan latih tubi tersebut?????
Antara aktiviti yang bersifat latih tubi ialah:
*PUASA dengan menahan lapar dan dahaga
-sesungguhnya kita sangat teruji dengan cuaca yang panas terik pada siang hari... itulah cabarannya menguji tahap kesabaran....
*SOLAT SUNAT seperti terawih , witir , tahajud dan sebagainya lagi
-kemungkinan di hari-hari lain kita boleh melaksanakan pelbagai jenis solat sunat tetapi solat terawih hanya ada di dalan bulan Ramadhan yang mulia...
*MELAZIMKAN SOLAT BERJEMAAH di masjid atau surau
-Bila datangnya bulan Ramadhan kebanyakan surau-surau dan masjid-masjid dipenuhi semua lapisan masyarakat tak kira muda atau tua kerana dengan satu tujuan untuk beribadat kepada Allah....... InsyaAllah
*MEMBACA AL-QURAN dan bertadarus
-Bulan Ramadhan jugalah ramai di kalangan kita berazam untuk menghabiskan 30 juzuk....
*MENAMBAH ILMU melalui pelbagai medium
-bulan Ramadhan jugalah kepelbagaian kisah para anbiya' sirah-sirah nabi cerita-cerita yang mulia dan sebagainya lagi telah disajikan di media masa dan media cetak....
*BANGUN AWAL , seawal jam 5 pagi untuk bersahur
-Hari-hari kebiasaan yang lain bukanlah mudah bangun seawal 5 pagi.. selalunya pukul 6 pagi baru bangun tidur (^_^)
*Banyak BERSEDEKAH
-dapat menambah pahala sambil memuhasabah diri dengan kesusahan yang orang lain sedang hadapi....
Seperti mana latih tubi intensif bagi menghadapi peperiksaan , maka latih tubi pada bulan Ramadhan adalah persediaan untuk kita menjadi Muslim yang lebih bertaqwa menghadapi hari-hari yang penuh cabaran dan ujian selepas Ramadhan nanti.....
Mungkin ada lagi ibadah kita yang bersifat latih tubi yang kita tidak sedari....
Jadi dengan sedikit info yang diperolehi ini sama2lah kita tingkatan diri kita dengan melaksanakan latih tubi ini untuk persediaan kita menghadapi liku-liku kehidupan di atas muka bumi yang semakin mamah di makan usia(nasihat untuk diri penulis juga insyaAllah).......
p/s: post kali ini terilham apabila membaca majalah solusi edisi terkini.. dengan sedikit info yang di ambil di dalamnya penulis telah menulis kembali dengan gaya bahasa yang lebih santai dan senang difahami... insyaAllah..... terima kasih kepada semua yang membaca....... moga kita sama-sama dapat mengamalkan ilmu yang diperolehi... (",)
No comments:
Post a Comment