Tuesday, August 16, 2011

~~ seketika tetapi sangat bermakna ~~


assalamualaikum wbt...
salam sejahtera.....
salam ramadhan......
apa khabar iman pembaca semua di dalam bulan yang mulia ini????
mudah2an semuanya berada di dalam peliharaan dan redha Illahi... insyaAllah.....

******

1 mesej di terima

" salam sahabat2 yang dikasihi.... sesiapa yang berminat untuk menjadi fasilitator untuk KEM IMAM PELAPIS pada 12-14 OGOS 2011 di SABAR sila hantarkan nama penuh, nombor ic dan nombor telefon kepada 019-*******... kerjasama anda amat dihargai... terima kasih..."

hurmmm nampaknya kem yang tertunda tempoh hari akan dilaksanakan dalam bulan Ramadhan kali ini.... Agak menarik untuk penulis join sekali... kebetulan penulis takda apa2 perancangan pada tarikh tersebut.....
selang beberapa minggu kemudian...

1 mesej di terima

"salam sahabat2 seperjuangan sekalian.... anda dikehendaki untuk hadir di SABAR pada pukul 9 pagi, hari jumaat 12 RAMADHAN untuk taklimat program kem imam pelapis..."

******


sayangnya penulis tak dapat hadirkan diri pada perjumpaan sebelah pagi... sebelah petangnya seperti yang di warwarkan semua berkumpul di dewan besar SABAR... di situlah semuanya bermula...... sedikit majlis perasmian.... ucapan dari wakil fasi , guru yang berkenaan dan dari pengetua... di situ jualah sesi perkenalan antara barisan fasi dan adik2..... dan di situ jugalah penulis perasan yang nama program ini telah bertukar... KEM IMAM PELAPIS kepada KEM IMAM MUDA..... lebih menarik..... (^_^)





esoknya seawal 4.15 penulis dengan sahabat fasi yang lain bangun dengan hajat untuk kejut adik2 untuk qiamulail.... bergerak ke bilik mereka dan ternyata adik2 kali ini sangat bagus.... mereka sudah bangun dan ada yang sudah siap bersedia untuk ke surau...... Alhamdulillah... semangat sungguh mereka kali ini.......

selepas bersahur dan solat subuh ada slot seketika bersama ustaz shamsul ariffin..... pada asalnya penulis ingat dia hanya memberi tazkirah yang ringan tetapi bila di lihat dengan adanya laptop, LCD ternyata beliau menyampaikan satu ilmu yang sangat bermanfaat bukan sahaja kepada adik2 tetapi buat diri penulis juga....... keistimewaan Al-quran yang sangat unik.....


bila ustaz shamsul sentuh bab qiraat wajah ustazah maria terus bermain di minda penulis... teringat masa belajar kkq dengan dia..... sahabat penulis berkata 'agaknya apa khabar ustazah maria sekarang???? lama betul tak dengar cerita dia' apa2pon walau di mana ustazah maria berada penulis mendoakan agar ustazah terus sihat sejahtera di samping keluarga tersayang.... insyaAllah.......


seterusnya pagi 13 Ramadhan itu diteruskan dengan slot bersama ustazah hajah jaliaton bagi menbincangkan tentang solat dan kepimpinan....... sesuailah dengan kem kita KEM IMAM MUDA sudah tentu solat perkara utama yang perlu di jaga di pelihara dan dimantapkan....


antara pengisian yang penulis sempat catat slot bersama ustazah ini yang penulis nak kongsikan sedikit dengan pembaca ialah:

tujuan solat kita :

1) MENGAJAR KITA BERDISIPLIN DENGAN MASA
--cuba renung kembali betul tak kita dapat berdisiplin dengan masa??? bila azan apa yang terlintas di minda orang yang igt akan perintah Allah???? menandakan waktu solat sudah masuk kan??? secara tidak langsung kita akan bergerak untuk mengerjakan apa yang telah di wajibkan ke atas setiap umat Islam... maka2 latih2lah diri anda solat di awal waktu..(peringatan utk diri penulis sendiri juga)


2) MEMBINA KEYAKINAN DIRI
-- setiap manusia normal sudah pasti mempunyai masalah... dan sebaik2 tempat mengadu dan memohon pertolongan adalah DIA yang maha berkuasa.. setiap kali di ahkir solat sudah pasti kita akan memohon kepadaNYA... kenapa???? kerana DIA maha berkuasa atas segalanya dan DIA dapat memberi petunjuk yang lebih baik dalam segalanya....


3) MEWUJUDKAN RASA KEIKHLASAN DALAM DIRI
--keikhlasan dari segi apa yang kita nak faham... sudah pastilah keikhlasan kita semasa melakukan ibadat tersebut... adakah kita laksanakan semata2 kerana Allah atau sebab ada orang tengok???? sebab nak kena puji kita bagusnya melaksanakan ibadat?????? selalu solat dekat surau sebab ada orang kita suka selalu solat di situ juga???? pikir2lah sendiri :)


4) MENGAJAR KITA BERSUCI DARI HADAS DAN SIFAT2 MAZMUMAH
-- apa yang penulis faham pada point yang terakhir ini solat dapat mengelakkan kita dari melakukan perkara2 yang tidak baik kerana insyaAllah sekiranya kita pandai menjaga solat kita secara tidak langsung segala amalan kita akan berada di bawah satu kawalan yang berjaga2 kerana kita sentiasa berfikir akan kewujudan Allah swt yang boleh melihat segala aktiviti kita sepanjang masa....


apa yang menarik slot bersama ustazah ini rasanya bukan ceramah untuk adik2 sahaja tetapi kita barisan fasi pon terkena jugak.... senyum2 jelah dari belakang hehehehe........



seterusnya sudah ibarat perbincangan perdana oleh adik2 dan barisan fasi untuk memeriahkan slot forum kita..... pelbagai gelagat penulis dapat perhatikan semasa di library SABAR.... ada yang ambil buku setebal2nya untuk mencari maklumat.. adik2 penulis sendiri pulak tak habis2 dengan mereka ayat-ayat untuk forum mereka... disebabkan bilangan kerusi tak cukup di atas lantai celah-celah meja pown tidak menjadi masalah untuk perbincangan dilakukan..... fasi2 juga tak henti2 bercakap memberi cadangan dan idea untuk adik2......



~~kegigihan adik2 kumpulanku mencari maklumat~~



~~masing-masing sibuk mencari maklumat~~




~~walaupon bersila di celah2 meja tidak menghalang dari terus berbincang~~



~~walaupon berdiri idea terus dicurahkan untuk beri yang terbaik~~




~~dan mereka yang selesa di atas kerusi merancang sesuatu yang telah menggamatkan majlis dengan tawaan para fasi yang memahami apa maksud mereka~~





seterusnya adalah slot semak tahsin solat adik2..... slot ini adik2 akan di semak cara bacaan dan cara mereka menunaikan solat di samping bacaan2 di dalm solat... di harap adik2 dapat perbetulkan apa yang adik2 silap sepanjang adik2 melaksanakan solat..... insyaAllah.....


~~sekitar suasana menyemak tahsin solat adik2~~




hari kedua selepas berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah... kekosongan masa telah di isi dengan perkongsian pengalaman seorang sahabat penulis yang belajar di perantauan.....



~~berkata2 di hadapan ibarat seorang penceramah berjaya :)~~




apa yang penulis dapat dengar seketika yang di kongsi oleh sedara ahmad naim ini... kehidupan mereka di sana untuk menyebarkan sesuatu tentang agama telah dihadkan.. hendak buat salinan tentang agama juga orang kedai tak berani kerana undang2 negara mereka begitu... cuba di fikir kembali kita sekarang di boleh dapatkannya dengan mudah di kedai2 buku... boleh copy dan disebarkan tanpa sebarang sekatan tetapi sejauh manakah tahap keinginan kita untuk mendalami dan memperolehi maklumat2 tentang agama yang sedemikian???? (muhasabah sebentar peringatan untuk diri penulis juga)



selepas solat isyak dan terawih secara berjemaah slot untuk forum diteruskan dengan jayanya....
pelbagai pesembahan kreatif yang ditunjukkan oleh adik2 disamping mendapat tajuk2 yang hebat untuk dikupas dan di bincangkan bersama......
dan diikuti dengan slot memuhasabah diri....... hakikat manusia memang mudah lupa.. maka tidak hairanlah sekiranya slot memuhasabah diri ini sering kali di laksanakan dalam apa sahaja program agar kita sama2 dapat memberi peringatan kepada diri sendiri bahawa hidup di dunia ini bukan mengecapi keseronokan dan harta benda sahaja tetapi kita kena selalu beringat bahawa Allah telah memberi kita peluang hidup di muka bumi ini untuk beramal ibadat dengannya bukan hidup kita hanya dunia semata-mata.........




hari terakhir di KEM IMAM MUDA hanyalah kata2 amanat terakhir barisan fasi dengan adik2 , sesi bergambar dan sedikit majlis penutup..... pada majlis penutup telah di hadiri oleh penolong kanan 1 SABAR bagi memeriahkan majlis....... juga ucapan2 , nasihat2 dan harapan dari ketua komander fasilitator ustaz hafizul husni, ummi sarimah dan pk 1 sendiri... harapan mereka agar kem yang mereka lalui ini memberi banyak manfaat.....


selepas sesi penyampaian sijil adik2 telah diberi peluang sekali lagi untuk menyanyikan lagu tema mereka (HAMBAMU) untuk terus membakar semangat mereka apabila tamatnya kem ini...



~~menyanyi dengan penuh semangat dan senyuman~~






~posing abang2 fasi yang lebih bersemangat dari adik2 (^_^)~




semasa sesi bergambar juga macam2 reaksi ada.... senyum sikit.. senyum nmpak gigi.. tak senyum... hehehe.... dan sedikit gambar antara kita barisan fasi yang penulis dah edit skit (^_^)


~~azwan habib n fizree tiada dalam gambar... mungkin mereka ada komitmen yang lain~~






dan akhir sekali peluang yang ada ini penulis dah ucapkan selamat pengantin baru kepada komander yang telah menjayakan program ini iaitu sedara hafizul husni dan isterinya kak syafiyah......


~~semoga ikatan ini terus kukuh hingga ke syurga... amin...~~





bagi penulis menyertai sebagai fasilitator kali nie bukan setakat handle program adik2 tetapi dah ibarat mini reunion untuk kelas penulis...... walaupon kehadiran kami yang perempuan hanya 4 orang tetapi kehadiran sahabat lelaki yang ramai menyebabkan penulis berasa batch kita yang ramai jadi fasi hehehe... apa2 pown satu gambar yang telah di snap dan di edit oleh penulis... kenang-kenangan 2011!!!!





p/s: alhamdulillah... akhirnyaaa siap juga post penulis kali ini.... pertama kali buat post yg byk kena upload gambar... sabar menunggu... di harap semua pembaca terhibur... dan sekiranya ada tulisan2 yang xsedap dibaca harap dimaafkan kerana penulis juga hanyalah seorang insan biasa.... wallahualam........ (^_^)

5 comments:

  1. Tahniah kawan-kawan. Sesungguhnya Ukhuwah itu sungguh amat sangat INDAH :-)

    ReplyDelete
  2. suka ayat kamu nisah..... klo kita lagi ramai mesti lagi meriah.. (^_^)

    ReplyDelete
  3. subhanallah...seronoknya...rugi xdpt ikut skali..
    moga usaha kalian mdpt redha dri Allah..amin..

    ReplyDelete
  4. ~anna husna~~

    alhamdulillah.... mudah2an sedikit usaha ini dpt membantu adik2.... salam ukhwahfillah... (^_^)

    ReplyDelete