assalamualaikum wbt....
salam sejahtera...
salam ramadhan buat semua pembaca yang masih sudi menjenguk di teratak penulis yang tidak seberapa ini.....
semoga semuanya berada dalam limpahan nikmat yang diredhai Allah... InsyaAllah....
sedikit perkongsian dalil:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ
وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ
فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ
أُخَرَ يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ
تَشْكُرُونَ وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur'an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah). Oleh itu, sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan maka hendaklah ia berpuasa dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir (lalu ia berbuka) maka (wajib baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur”. ( Al-Baqarah: 185).
RAMADHAN...... RAMADHAN...... RAMADHAN.......
semakin hari semakin meninggalkan kita....
sayu rasanya di hati bila terpaksa melepaskan RAMADHAN pergi lagi buat tahun ini... sudah pasti penulis akan merindui kehadiran RAMADHAN lagi pada tahun hadapan... namun sempatkah penulis menemuinya lagi????? masih berpeluangkan penulis meluangkan masa2 yang cukup bermanfaat bersama-sama dengan RAMADHAN lagi......
duduk bersendirian sambil memikir kembali....adakah peluang yang Allah telah hadiahkan kepada kita iaitu bulan Ramadhan telah dipenuhi dengan amalan2 yang bermanfaat??????
ataupun kita masih leka dengan kenikmatan dunia yang bakal berakhir suatu ketika nanti???
tepuk dada tanyalah iman.... akan kualiti ibadat kita terhadap Allah SWT.....
penulis tertarik melihat status facebook rakan2 penulis.. guru penulis... malah group2 yang penulis join semuanya banyak post akan peringatan2 semasa berada di dalam bulan Ramadhan.... tidak kurang juga berkongsi ilmu dengan menyatakan kepelbagaian kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan... kepelbagaian jenis hadis2 dan dalil2 yang ditulis agar kita tidak terus leka..... saling memperingati kehadiran lailatul qard... mengingatkan kelebihan 10 malam terakhir dan sebagainya lagi.... Alhamdulillah......
namun begitu cuba kita rungkaikan lagi semua amalan2 kita di sepanjang bulan yang mulia adakah semuanya dilakukan benar-benar IKHLAS KERANA ALLAH SEMATA-MATA atau sebaliknya???????
pergi menunaikan solat terawih adakah IKHLAS KERANA ALLAH atau saja hendak meramaikan ahli di masjid@surau ataupun hendak menunjuk kepada sahabat handai yang muka kita ada solat di masjid@surau ataupun sebab lepas solat terawih ada moreh ataupun sudah menjadi adat asal bulan ramadhan mesti ada terawih di masjid@surau jadi pergi jelah ataupun ada sebab2 yang lain??????--nauzubillah semoga Allah pelihara hati2 kita dari mempunyai niat sebegini--
berpuasa di siang harinya sanggup tidak makan dan minum sebab ada orang tengok(padahal Allah sedang memerhati tak sedar pulak) ataupun berpuasa sebab orang lain puasa ataupun berpuasa sebab boleh 'diet' ataupun berpuasa sebab takut adik2 yang kecik2 ejek tak puasa....
--sesungguhnya berpuasalah kita IKHLAS SEMATA-MATA KERANA ALLAH--
dalam menunaikan solat2 sunat yang lain seperti solat taubat solat hajat solat tasbih solat tahhajud dan sebagainya lagi adakah benar-benar IKHLAS KERANA ALLAH atau atas sebab kawan aku buat solat tersebut aku tak buat nanti malulah bila ada orang tanya(mahu menunujukkan diri bahawa dia juga ada buat solat2 tersebut) ataupun kawan2 roomate pakat bangun buat solat sunat takkan kita nak terus tidur ataupun saja memasang niat bangun solat sunat pada awal2 pagi untuk menunjukkan dekat roomate atau housemate yang kita nie baik selalu buat amalan solat2 sunat ini..... jadi yang mana satu????--rugilah ibadat2 kalian yang mulia itu sekiranya sekadar untuk menunjuk baik terhadap yang lain..... KEIKHLASAN beribadat SEMATA-MATA KERANA ALLAH lebih penting dari segalanya.. --
jadi di sini penulis ingin mengajak diri penulis sendiri dan kepada seluruh umat Islam terutama pembaca yang membaca post penulis kali ini marilah kita sama2 memanfaatkan semua ibadat2 kita ini dan melaksanakannya IKHLAS SEMATA-MATA kerana ALLAH SWT...... berdoalah kepada Allah agar semua ibadat2 kita semua doa2 kita pada bulan yang mulia ini diterimanya, dimakbulkan olehNYA dan diberikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda untuk dijadikan bekalan di sana nanti.... sesungguhnya kehidupan kita di dunia ini hanyalah sementara....
p/s: sama2lah kita saling memperingati kerana manusia itu mudah lupa..... manfaatkan diakhir2 Ramadhan ini dengan sebaik-baiknya.......
No comments:
Post a Comment