Friday, January 6, 2012

~saya jatuh cinta???~

   بسم الله الرحمن الرحيم
~~ dengan menyebut nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang~~

assalamualaikum...... 
salam kembali ke blog penulis yang tidak seberapa ini.....
apa khabar pembaca sekalian??
moga sihat2 sentiasa disamping keluarga dan orang yang tersayang dan sentiasa dibawah kasih sayang  ALLAH SWT...
pertamanya kepada pembaca mengenali penulis janganlah anda terkejut membaca tajuk post kali nie.... :)
penulis bukanlah nak kata yang penulis sudah jatuh cinta tetapi ada satu gambar yang menarik perhatian penulis untuk menghuraikannya....

credit to hilal asyraf

gambar ini penulis dapat daripada seorang penulis yang semakin melonjak hebatannya dalam penulisan dakwah yang bermanfaat untuk semua... dia juga merangkap senior penulis sewaktu penulis sekolah lama dahulu.... conteng2 yang dia buat ini pada penulis membawa makna yang sangat mendalam kepada mereka yang merasakan mereka sudah jatuh cinta....
apa yang boleh dikatakan sekiranya anda sudah jatuh cinta pada seseorang jangannlah memikirkan keseronokan bercinta itu sahaja tetapi fikirlah juga tanggungjawab yang anda bakal pikul sekiranya anda benar2 mahu sehidup semati dengan insan yang anda cintai di samping mendapat redha Allah swt sepanjang tempoh ikatan perkahwinan itu....
inilah satu peta minda yang dihasilkan oleh saudara hilal asyraf yang memikirkan tanggungjawab yang bakal dia pikul setelah bersama dengan bakal isterinya (penulis sgt mengenali bakal isterinya ini hehe (^_^) )... semoga apa yang tertulis di situ menjadi realiti dan kalian terus berbahagia hingga ke syurga.. Amin....
{siapakah hilal asyraf??? anda boleh klik pada nama dia di atas ini}

pembaca faham tak peta minda yang dihasilkan???? tak berapa nak reti baca macam mana??? baiklah mari penulis tolong anda semua baca....


~saya jatuh cinta

~ bila jatuh cinta ingin bersamanya ke SYURGA - bersamanya di kebun dan taman yang indah - bersamanya menikmati sungai dari pelbagai jenis - bersamanya makan jaudah yang enak - bersamanya bahagia selamanya-

~maka saya perlu  *kuat-tingkatkan diri  *mampu-menyara kehidupan  
*berusaha-dengan lebih keras *matang-tentang duniawi dan ukhrawi

~agar saya tidak jatuh ke NERAKANYA kerana di neraka  *di beri makan buah zaqqum  
*di beri minum air tembaga panas  *di bakar , di seksa dan di azab 
*selama2nya menderita



walaupon hanya satu peta minda yang ringkas tetapi mempunyai pesanan peringtan dan mesej yang sangat berguna kepada sesiapa sahaja yang membacanya.....
pada penulis inilah TANGUNGJAWAB yang PERLU KITA FIKIR sebelum kita benar2 ingin menyatakan bahawa " SAYA SUDAH JATUH CINTA "


gambar : credit to rusydee artzz
Indahnya andai dia(kpda bakal suami penulis hehe) mampu jadi Imamku, menuntunku jalan bersamanya ke dua syurga ; 
syurga cinta & Syurga DIA ♥



p/s : tahun 2012 ramai senior2 penulis bakal mendirikan rumahtangga... tahniah buat kalian... tidak kurang juga khabar2 dari sahabat handai penulis sendiri bakal mengikat tali perkahwinan tahun ini.. awal jodoh sahabat2 semua.... dapat merasa nasi minyak korang hehehehe..... mabruk jiddan buat kalian... moga ikatan yang halal itu terus kukuh hingga ke syurga kelak.... amin.....




3 comments:

  1. teringin nak tahu siapa wanita itu..nma dia ada 'tengku' eh?? bg la tahu..hee..

    i fall in love ^^

    ReplyDelete
  2. buat sementara ini biarlah dirahsiakan dahulu seperti mana saudara hilal merahsiakannya... hehehe....
    doa2kan jelah moga jodoh mereka hingga ke syurga....

    ur fall in love????
    suprise!!!! siapakah gerangannya itu??? :)

    ReplyDelete
  3. huhu..ok la..xsabar nak tahu..^^

    oh..nak tahu..tgu 4 taun lg..2 pn kalu masih bernafas di alam ini.. ^_^

    wo ai ni..

    ReplyDelete