Friday, March 9, 2012

~ when drive alone ~


 Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

****************************


assalamualaikum
apa khabar pembaca yang dikasihi lagi dihormati...
moga semuanya dalam keadaan yang baik2 ceria2 dan bahgia hendaknya... insyaAllah

lama juga rasanya penulis tidak post apa2 yang berbentuk cerita kepada pembaca kan???
bukannya taknak bercerita tapi tiada cerita yang hendak diceritakan.. hehehe...
ditambah pula melihat blogger2 yang lain sangat hebat2 penulisan mereka dalam perkongsian yang bermanfaat..
masyaAllah teruja rasanya membacanya... tidak kurang juga yang menghasilkan kepelbagaian jenis puisi...
hebatnya mereka semua.... penulis pernah juga cuba2 mereka puisi tapi rasa macam tak mantap dan terkesan pown dekat jiwa bila membacanya kembali... malu je kalau dipostkan di sini hehe....

baiklah berbalik kepada tajuk post penulis untuk kali ini...
bila anda sudah memiliki lesen memandu sudah semestinya keinginan hendak membawa kereta itu adakan???
samalah juga apa yang penulis rasa... tapi bila saat lesen memandu sudah penulis miliki bukanlah sewenang2nya mak n abah penulis hendak bagi penulis drive kereta....
kadang kala penulis sentiasa tercari2 peluang macam mana nak minta dekat mak n abah penulis nak cuba drive kereta yang ada dekat rumah nie....
nampaknya memang susah nak dapat...
pernah sekali tue mak hendak ke sekolah.. saja cakap dekat mak 'mak meh kak drive kereta boleh??'
mak jawab 'takpalah mak yang drive'
penulis---kuciwa rasanya huhuhu
cuba lagi minta nak drive kereta
penulis 'mak nanti nak pi amik adik kat sekolah kan??? kak nak cuba drive kat jalan raya boleh??? alah sampai dekat SABAR pown jadilah'  ayat2 penulis dengan penuh harapan...
mak -- diam je tak jawab
penulis -- macam tak dapat je.... sob3

jam pukul 11.00pagi sudah....
gerak nak ambil adik dekat hostel dia...
mak yang drive....
kuciwa.. duduk diam je dekat sebelah mak... bila sampai dekat jalan semanggol tue tetiba mak cakap
'jalan bengkang bengkok macam nie boleh ke nak bawa???? ' sambil melalui jalan tue
penulis 'alah bawa ajelah...'
hahaha nampak macam ayat orang merajuk tak????
ish3 dah besar2 pown buat perangai... {sorry mak!!!!}
perjalanan pulang ke rumah.. samapi dekat lampu isyarat simpang empat semanggol tetiba mak tanya
' nak drive ker '
apa lagi lagi laju je jawab ' nak nak... boleh je ' hehehe hati dah berbunga2 kembali
mak pown berhentilah dekat tepi jalan n tukar driver....
dengan penuh rasa yakin {walaupun tangan ada ketar2 skit hehe} penulis drive pulang ke rumah dengan selamat...
see??? dapat juga hehehe.....
selepas tue hurmmm sebulan dua juga tak dapat nak drive sebab takde arah tujuan kalau nak drive pown..... daripada nak membazir duit minyak better duduk diam2 je dalam rumah...


3bulan berikutnya..
khamis malam
miss lin -- saya rangka dahulu surat sokongan tue then esok dekat sekolah saya suruh cikgu bm check dulu then saya jumpa pengetua ok--
penulis-- okey.. thanks miss sebab sudi tolong saya.. saya hargainya sgt2

isnin pagi
penulis--salam miss.. maaf ganggu macam mana yea surat saya tue??
miss lin--nnti bila saya dah dapat saya mesej kamu...sekrg saya xsempat lagi nak jumpa pengetua

selasa pagi
penulis-- salam miss... dah dapat yea tanda tangan pengetua.. kalau dah dapat saya ingat nak jumpa miss petang nie....
miss lin-- liyana sory sgt2... pengetua takda  kat sekolah laa pulak hari nie.. sok mungkin dia ada

hurmmm tarikh tutup dah nak dekat nie... tanda tangan surat sokongan tak settle lagi... nampaknya penulis kena pergi mengadap pengetua sendiri rasanya baru cepat sikit settle...

penulis-- abah esok kak nak pi sekolah...
abah-- pi sekolah nak buat apa???
penulis-- pasal surat tuelah... cikgu kak dah buat cuma tak sempat nak jumpa pengetua lagi.. kak ingat biar kak jelah pi jumpa pengetua minta tanda tangan dia.. tarikh tutup nak dekat dah.. takut tak sempat nak pos balik...
abah-- nak pi dengan apa???
penulis-- hurmmm nampaknya kena bawa kereta emak laa esok
abah-- takpalah macam tue... pi settlekan apa yang sepatutnya...

dengan mudah penulis dapat greenlight untuk drive kereta emak pergi sekolah yang jauhnya lebih kurang 25km dari rumah DENGAN SEORANG DIRI???
bayangkanlah dah 3bulan tak pegang langsung stereng kereta dan tak pernah drive sejauh itu atas sebab keadaan yang TERPAKSA ini nampaknya penulis kena drive seorang diri esoknya....



sepanjang perjalanan penulis ke tempat yang hendak dituju agaknya ada tak pemandu yang berada di belakang kereta penulis berkata2 seperti animasi kartun di atas???
hehehe... kata kan apa sahaja wahai pemandu2 yang lebih hebat dan cekap dari penulis... penulis baru first time dapat drive kereta 80km ke 90km sejam... kira lajulaa tue kan??? huhuhu
maklumlalah bawa kereta biasa2 je tak bolehlah nak rush sangat.... nanti berasap enjin dari depan dah tak pasal2... walaupon perjalanan penulis ada kalanya rasa lapang dan ada kalanya rasa gayat bila dikelilingi dengan lori2 treler yang besarnya 3kali ganda dari kereta penulis...
syukur alhamdulillah penulis selamat pergi ke sekolah dan kembali ke rumah tanpa ada sebarang masalah....
teruja sensorang pulak bila dapat drive jauh2 nie....

sekian sahaja dahulu kisah penulis..... pesanan penulis kepada semua pembaca yang ada lesen memandu
'pandu cermat jiwa selamat.. ingatlah orang tersayang' (^_^)

 wasalam..............

p/s : lepas nie penulis adalah lagi peluang bodek2 abah nak drive kereta pergi area pekan pb pulak hehehe....





Tuesday, February 28, 2012

~perlukah~

assalamualaikum...
salam sejahtera... semoga semua pembaca yang view blog penulis kali ini sentiasa sihat.. insyaAllah...
beberapa minggu yang lepas sambil penulis ziarah blogger yang lain penulis ada mendengar nasyidfm...
keudara satu lagu nasyid yang membuatkan penulis tertarik dengan liriknya...
lirik lagunya memang kena dengan life penulis sekarang...
lirik lagu yang menyebabkan penulis terbayang wajah mereka seorang demi seorang....

jadi penulis ingat hendak berkongsi dengan pembaca sekalian....
mendengar sambil memahami ayatnya satu persatu..


**************


~ perlukah ~
kumpulan nasyid forheart


menitis air mataku
hilangnya sahabat sejati
yang riang dikau ku merindu
persahabatan abadi




setiap detik teringatkan dikau
walaupun kau pergi membawa diri
kasih sayang kita tidak terjangkau
ditemukan impian yang murni






perlukah daku ditinggalkan
perlukah engkau melupakanku
perlukah ada rasa kesangsian
perlukah ada rasa rindu



**************





p/s : PERLUKAH??? wallahualam... biarlah tidak sering bertanya khabar tetapi doa untuk sahabat2 sentiasa diiringi selalu... insyaAllah.....

Wednesday, February 22, 2012

~ di sebalik ketenangan itu ~


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

*********************
 
السلام عليكم ورحمة الله وبكته






18 februari 2012 (malam)

abah : kakak bila keputusan keluar????

anak : tak pasti tarikhnya bila... tengok dekat web tue katanya 21 januari nanti

abah : 21??? hari apa tue??? isnin ke??

anak : rasanya selasa kot... jap2 pi tengok kalender


~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~


20 februari 2012 (malam)

abah : esok keluar kan keputusan dia...

anak : yeaa....

abah : doa banyak2.. tambah2lah solat hajat tue...

anak : insyaAllah.. baik abah... (doa??? tak pernah putus )


~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~




21 februari 2012 (pagi)


1 message received
-ABAH-
macam mana??? boleh check dah ke???


ANAK reply
belum lagi... ada khabar kata esok pulak baru boleh check


calling!!!
-ABAH-


answer --
abah : jadi macam tue pulak ker???
anak : aahhh mungkin ramai sangat kot.. sistem tak boleh nak proses hari nie...
abah : yeker... xpelah kita tunggu esok pulak laa yeaa...
anak : hurmmm.......




~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~

22 februari 2012(pagi)


1 mesangge received
-ABAH-
macam mana?? dapat ke???

ANAK reply
tak boleh nak check lagi...

~abah balik kerja~
menatap skrin komputer bersama

KEPUTUSAN
--harap maaf--

abah : betul ke check dekat link tue...

anak : yeaa... mereka yang lain semua check dekat link yang ini....

abah : tak sampai ke surat tue yeaa....

anak : ----(diam)-----

abah : { menelefon sekian sekian sekian }

-lepas solat asar menonton televisyen-

abah : mungkin lambat sikit kot..sistem dia lambat nak proses ke.. mana nak tahu esok lusa check jdi lain keputusan dia..

anak : entahlah abah... tak tahu nak cakap macam mana... cuma apa yang kakak tahu sesiapa terpilih sabtu nie semua pakat2 pi daftar...

abah : sabtu nie????? biar betul???

anak : yea... itulah yang depa kata...

abah : -----(diam)------

anak : takpelah abah.... tak kisahlah dapat ke tak... ada rezeki adalah dalam masa terdekat nie... kalau takda... kakak plan perkara lain pulak..... {berkata2 dgn setenang yang mungkin... bukan untuk tenangkan diri sendiri sahaja tetapi tenangkan juga mereka yang mendengar kata2 dan melihat raut wajah kita}


~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~


jauh di sudut hati jiwa mana tak tersentap sekiranya seorang ayah yang lebih teruja ingin tahu keputusan itu daripada tuan empunya diri...
hati anak mana yang tidak bergoncang di saat ayah yang begitu teruja ingin tahu keputusan.. sama2 melihat di skrin komputer dan keputusannya hambar sahaja...
hati anak mana yang tidak tersentuh pabila sejurus selepas itu suara ayah membuat panggilan telefon dengan nada yang serak2 basah.....

sekiranya anda menjadi ANAK itu.. berada di dalam situasi itu.. apa yang anda hendak lakukan???

jalan yang terbaik pada waktu itu berlagak TENANG.. SETENANG TENANGNYA dalam menyusun kata2.... berfikir ke arah yang lebih positif!!!!
akhir sekali TERSENYUMLAH selagi termampu di hadapan mereka......


" Jika sesuatu itu milik kita , sesulit apapun jalannya apapun rintangannya, pasti akan menjadi milik kita kerana 
memang untuk kita....
tetapi jika sesuatu itu bukan milik kita walaupun mudah jalannya walaupun bersusah payah kita ingi mendapatkannya , tidak akan pernah jadi milik kita kerana memang bukan untuk kita... "







p/s : belum ada rezeki lagi... memang kadangkala penantian itu satu penyeksaan tetapi satu penantian itu akan terbalas dengan satu kebahagiaan yang kita sendiri tidah pernah terfikir... Allah tahu apa yang terbaik.... Do not give up, the beginning is always the hardest.... redha and smile!!!! (^_^)


Thursday, January 26, 2012

~ just a while with them ~

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

******************

 السلام عليكم ورحمة الله وبركتة

salam bertemu kembali buat pembaca yang masih sudi view blog penulis yang tidak seberapa ini....
Alhamdulillah setinggi-tinggi rasa syukur penulis panjatkan buat Illahi kerana dengan izinNya sekali lagi penulis diberikan peluang untuk mencoretkan sesuatu di sini....

satu ayat yang sering kali kita dengar
' KITA HANYA MAMPU MERANCANG TETAPI ALLAH YANG MENENTUKAN SEGALANYA'
Alhamdulillah akhirnya perancangan yang di buat dari hujung tahun lepas tertunda-tunda hingga awal tahun 2012 terlaksana juga.... ribuan terima kasih buat sahabat penulis ekin dan anisah yang merancang mini rehlah ini... satu plan untuk sama2 kembali bertemu sahabat2 yang masih bercuti dan mengukuhkan lagi ikatan ukhuwah antara kita semua....

beberapa keping koleksi gambar sudah cukup untuk menggambarkan betapa eratnya ukhuwah antara kita... (^__^)

sebelum perjalanan jauh bergerak



meninjau2 port yang sesuai nak berkelah nie...


dah sampai bentang2 tikar siap2lah hidangkan makanan
bakal ' PUAN ' sedang sibuk menyedok nasi ayam... :)




sedap sedap sedap


bekalan makanan kami... yang simple2 saja






entah apa yg dilakukan mereka~menikmati keindahan alam agaknya~

















kami!!!!! (^_^)



















senyum2
senyum2


serius memang real candid ~pic yg penulis paling suka (^_^)~



seperti biasa mereka di bawah ini juga orang penting sebab mereka baik hati tolong sediakan transport untuk kami yang agak ramai ini huhu.... terima kasihlah banyak2!!!!!



ini sajalah classmate lelaki yang dapat join...

selesai sesi menjamu selera kembali dalam kelompok masing2... waktu2 macam inilah peluang hendak bertanya apa yang terkini dan perkembangan terbaru perjalanan menuntut ilmu sahabat2 sekalian... apa yang penulis perasan masing bertanya ' berapa tahun lagi pakat2 habis study??? ' hehehe.... Alhamdulillah semuanya pakat2 grad sama2 nanti yea...


               ~~ mini usrah kami ~~

selepas sesi makan2 dan sembang2 isu terkini alang2 dapat keluar jauh2 nie mulalah ekin n nisah merancang nak ke mana lagi... sebab petang masih muda(huhu ada ke istilah nie?? entahlah)
destinasi yang di pilih BUKIT LARUT.... elok juga ekin plan sebab penulis tak pernah lagi menjejakkan kaki ke situ... hehehe... nama je orang perak aduhai... just berada di kaki bukit... tak berdayalah nak daki bukit tengah2 panas nie :)














macam ini jelah bukit larut rupanya... (ayat orang yang tak pernah ke situ-penulislah orangnya hehe)
then ada salah sorang dari kami ajak pergi muzium taiping....
dah rasa macam rombongan sekolah pulak... lepas satu satu tempat bersejarah nak pergi...
bergeraklah kami semua ke muzium taiping..
sebenarnya penulis pown memang tak pernah pergi muzium nie... asyik lalu je itu pown kalau pergi taiping... rasanya pergi taiping pown setahun sekali huhuhu... macam last year pergi taiping sebab ada test komputer untuk lesen then dah tidak pernah langsung menjejakkan kaki ke taiping... dasyat kan....
kadang2 ada sedara2 yang datang hendak pergi jalan2 taiping memang penulis cakap awal2 penulis tak tahu area jalan dekat sana... setakat nak pergi zoo taiping itu pown penulis main agak2.... (^_^)


muzium ohh muzium

last destination is ban pecah... di sebabkan ramai sahabat2 penulis tak pernah pergi ban pecah jadi perjalanan terus menuju ke sana.... apa yang best sepanjang perjalanan bila dah sampai di tepi laut adalah penulis dapat snap gambar permandangan yang sangat cantik..... teruja2...

subhanallah sangat indah dan tenang


sebelum berakhirnya post untuk kali ini ada satu kisah yang penulis mahu share

number plat telah di hitamkan... :)


apa kena mengena gambar kereta di atas dengan kisah penulis????
ceritanya bermula.... (cewah dah macam penulis cerpen pulak hehe)
inilah kereta yang penulis naik dari taiping ke ban pecah... dari ban pecah ke bagan serai....
driver??? dah tentu bukanlah penulis hehehe... salah seorang classmate lelaki yang drive sebab selalunya orang lelaki nie cekap sikit bab2 memandu kereta....
kesimpulan yang penulis dapat buat sepanjang berada di dalam kereta sebagai penumpang yang setia sehingga ke destinasi yang terakhir MEMANG DAHSYAT.....
mana ke tidak sahabat penulis yang drive nie belajar di CHINA.. sekali balik cuti ke malaysia dah nak kena bawa kami naik kereta....


kejadian pertama masa dekat muzium... dia terlebih agak untuk side parking alih2 terlanggar tembok kat depan... tak pasal2 bercalar sikit dah kereta bahagian depan... mujurlah tak kemik.... tak tahulah apa dia nak jawab dekat ayahnya nanti hehehe....


kejadian kedua masa pergi ke ban pecah... ikut kereta viva hitam kat depan... alih2 punyalah jauh bawak pusing.. sampai ke hujung ban pecah viva hitam jalan... laju tinggalkan kami di belakang... tidakkah dia tahu bahawa driver kat belakang nie jalan masuk tebuk pown dia tak pernah masuk alih2 terus bawa ke jalan yang sungguh mencabar bila kereta berselisih?? aduhai....
selisih2 punya pasal sampai 3KALI side miror belah kiri langgar pokok.... kalau sekali tak kisah sangat...
ini 3KALI okey!!!!! syukurlah tak tercabut side miror tue... satu lagi perkara bila selisih dengan kereta rasanya jarak 1 inchi je penulis yang ada dalam kereta risau kalau2 calarkan kereta orang... tak pasal2 je nanti.... dalam kereta kami yang sebagai penumpang kejap2 jerit panggil nama driver.... mana ke tidak macam nak langgar pokok kat sebelah jalan tue... driver??? dia gelak je... sabar jelah.... apa yang best dia boleh kata :
~ kadang2 pengalaman perlu dibayar dengan wang ringgit ~
kalau dah hentam kereta orang lain memang kena jawab dengan wang ringgit nampaknya... hehehe... 



kejadian ketiga sewaktu keluar dari simpang ban pecah....
ini memang sungguh tak tahu nak cakap macam mana...
kebarangkalian untuk selamat cuma 50% 
lagi 50% memang nak kena langgar.... 
boleh dia keluar simpang dalam keadaan kereta yang datang cuma tinggal 50meter jaraknya????
memang kecut perut juga kami semua dalam kereta......
kalau sesiapa yang ada lemah jantung ke memang tidak digalakkan untuk berada dalam keadaan itu... gerenti kena serangan jantung...
bila dah lepas melintas tanpa berlaku apa2 pelanggaran pakat2 gelak tak sudah dalam kereta...
memang berani mati sungguh melintas jalan macam tue.... sabar jelah....


walau apa2 pown Alhamdulillah semuanya sampai ke rumah masing2 dengan selamat...
sebelum ini pernah juga menaiki kereta yang pemandunya agak2 lasak tetapi berada di dalam 
kereta myvi itu memang satu pengalaman , pengajaran dan belajar sesuatu tentang pemanduan kereta....


akhir kalam terima kasih kepada semua yang join.... terutama sekali yang sudi bawa kereta..... dapat juga bawa kami berjumpa dengan sahabat2 yang lain..... terima kasih juga kepada ekin dan nisah yang masak nasi ayam special :) ..... moga ukhuwah antara kita terus kekal hingga akhirnya.....


 
وسلام
 
************






p/s : sekadar coretan santai untuk memenuhi ruangan blog penulis... berjuta kemaafan sekiranya ada yang tidak berpuas hati dengan apa yang penulis ceritakan... pada penulis semua yang berlaku dan pertemuan kita yang singkat ini memberi satu kenangan terindah bagi permulaan tahun 2012.... semoga Allah memberikan  kesempatan kepada kita dan semua sahabat2 classmate kita dapat berkumpul lagi bagi mengukuhkan lagi ikatan ukhuwah antara kita semua...... ukhuwah fillah abadan abadaa.... (^__^)

-ini baru sebahagian gambar... kalau sahabat2 nak gambar2 yang lain bolehlah datang rumah n transfer mana2 gambar yang sahabat2 berkenan...-







Tuesday, January 24, 2012

~ dia lagi ~


Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang

***********
assalamualaikum....


saat handphone berbunyi terpapar namanya.. penulislah orang yang paling gembira....... serius cakap memang rindu sangat dekat dia...




permulaan perbualan mendengar ketawanya riang... mashaAllah kamu memang terbaik sebab sentiasa happy setiap kali menelefon.....
macam2 kita sembang dan bincangkan....
dari tajuk pasal belajar hinggalah bab temu jodoh(ops!!!!) (^_~)
rasanya words yang lebih penulis suka gambarkan 'seorang imam dalam institusi sesebuah keluarga'
walaupon di luar dia bukanlah seorang imam masjid bukanlah seorang yang cukup menghafaz 30juzu' 
al-quran dan bukanlah seorang ustaz namun cukuplah dia boleh menjadi seorang imam yang terbaik buat penulis dan keluarga penulis...
betul tak sahabatku???? (penulis tahu saat ini mesti kamu tengah senyum sensorang hehe)


apa lagi yea yang kita bincangkan... hurmmmmm a lot of story kan....
2 jam panggilan melalui handphone... ukhwah itu lebih indah dari bercinta kan??? hehe
perbincangan dari hati ke hati....
tyme ketawa kita ketawa tyme masuk bab sedey2 bergenang juga air mataku...
well u really know me right????

satu ayat yang buat penulis rasa terharu sangat bila kamu cakap
' suka sangat dapat sembang dengan penulis sebab penulis banyak tahu pasal kamu '

penulis pown nak cakap
' penulis pown sangat seronok dapat bersembang dengan kamu.... sebab kamu juga faham penulis bagaimana.... walaupown kita jarang dan susah sangat2 nak jumpa tetapi penulis berasa sangat rapat dengan kamu '

kamu cakap
' yea.... walaupon kita jauh tapi hati2 kita sangat rapat... hati kmi n hati yana ada duduk rapat2 taw'

kamu buat penulis tersenyum lagi...... really miss u sis!!!

Ya Allah ya tuhanku..
berikanlah penulis peluang untuk bertemu dan bertentang mata dengannya
satu pertemuan yang boleh mengukuhkan lagi ikatan ukhuwah kami
satu pertemuan yang boleh kami sama2 bina kekuatan diri kembali
dalam menempuhi ujian2 yang Engkau berikan...
satu pertemuan yang boleh mengubat kerinduan di dalam hati2 kami....
sesungguhnya kami hanya mampu merancang dan Engkau maha berkuasa untuk melancarkan segala pertemuan di antara kami itu.....
mudah2an Engkau perkenankanlah hajat hati hambamu yang lemah lagi hina ini....




Monday, January 16, 2012

~ januari 2012 ~

~ dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ~

*********

separuh sudah dari bulan januari 2012
mengharapkan apa2 khabar gembira untuk mengubat duka lara yang masih terpendam di dalam hati
namun apakan daya masih di dalam sebuah penantian yang belum pasti

saban hari terus memujuk hati sendiri
agar bersabar dan redha dengan semua ketentuan dari Illahi
rezeki diri sendiri tidak sebaik rezeki yang diterima oleh mereka yang lain

kerisauan di wajah ibu dan ayah jelas kelihatan
melihat anaknya ini tidak bernasib baik seperti anak2 orang lain di luar sana
semuanya masih dalam proses penantian yang terus bermain teka teki di minda

satu soalan yang di soal oleh orang lain di sekeliling
masih mampu di jawab dengan senyuman dan berlapang dada
tetapi bila soalan yang sama di tanya oleh seorang ibu
diri ini tidak mampu untuk menyeka air mata dari terus mengalir
penangan soalan dari suara ibu ibarat satu tikaman yang sangat menusuk diri
rasa bersalah teramat yang masih terbuku di dalam hati terus menyerpa
berusaha untuk menjawab dengan senyuman yang manis
tetapi gagal.... gagal.... gagal......
maafkan saya wahai ibuku....

Ya ALLAH ya tuhanku
saban hari aku tidak pernah putus berdoa kepadamu
sesungguhnya aku redha akan semua ketentuan yang Engkau berikan kepadaku
mungkin bukan rezeki aku lagi buat masa ini
Engkau ingin memberikan aku kesempatan untuk mempelajari tentang kehidupan
dan Engkau memberi kesemptan ini agar aku belajar sesuatu dengan setiap apa yang aku lihat
aku perhatikan aku baca dan apa yang aku dengar
kerana aku tahu Engkau sedang merancang sesuatu yang lebih baik untukku....
cuma satu sahaja ya Allah yang aku sangat2 merayu padaMu
berikanlah aku kekuatan untuk berhadapan dengan semua ini
kekuatan untuk berhadapan dengan mereka semua
kekuatan untuk menjawab persoalan mereka dan
terutama sekali kekuatan untuk berhadapan dan bertentang mata dgn ibu ayahku sendiri
kekuatan untuk terus tersenyum manis di hadapan ibu ayahku sendiri
supaya aku tidak kelihatan sangat lemah
kerana aku yakin mereka akan bertambah risau sekiranya melihat aku terus bersikap demikian....
kekuatan diri dan kekuatan hati...
hanya itulah yang aku memohon padaMu ya Allah..
perkenankanlah permintaan hambaMu yang lemah lagi hina ini
sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa Maha Pengasih dan lagi Maha Penyayang...
Amin......


**********

p/s : melayan mood sensorang malam ini........


Friday, January 6, 2012

~saya jatuh cinta???~

   بسم الله الرحمن الرحيم
~~ dengan menyebut nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang~~

assalamualaikum...... 
salam kembali ke blog penulis yang tidak seberapa ini.....
apa khabar pembaca sekalian??
moga sihat2 sentiasa disamping keluarga dan orang yang tersayang dan sentiasa dibawah kasih sayang  ALLAH SWT...
pertamanya kepada pembaca mengenali penulis janganlah anda terkejut membaca tajuk post kali nie.... :)
penulis bukanlah nak kata yang penulis sudah jatuh cinta tetapi ada satu gambar yang menarik perhatian penulis untuk menghuraikannya....

credit to hilal asyraf

gambar ini penulis dapat daripada seorang penulis yang semakin melonjak hebatannya dalam penulisan dakwah yang bermanfaat untuk semua... dia juga merangkap senior penulis sewaktu penulis sekolah lama dahulu.... conteng2 yang dia buat ini pada penulis membawa makna yang sangat mendalam kepada mereka yang merasakan mereka sudah jatuh cinta....
apa yang boleh dikatakan sekiranya anda sudah jatuh cinta pada seseorang jangannlah memikirkan keseronokan bercinta itu sahaja tetapi fikirlah juga tanggungjawab yang anda bakal pikul sekiranya anda benar2 mahu sehidup semati dengan insan yang anda cintai di samping mendapat redha Allah swt sepanjang tempoh ikatan perkahwinan itu....
inilah satu peta minda yang dihasilkan oleh saudara hilal asyraf yang memikirkan tanggungjawab yang bakal dia pikul setelah bersama dengan bakal isterinya (penulis sgt mengenali bakal isterinya ini hehe (^_^) )... semoga apa yang tertulis di situ menjadi realiti dan kalian terus berbahagia hingga ke syurga.. Amin....
{siapakah hilal asyraf??? anda boleh klik pada nama dia di atas ini}

pembaca faham tak peta minda yang dihasilkan???? tak berapa nak reti baca macam mana??? baiklah mari penulis tolong anda semua baca....


~saya jatuh cinta

~ bila jatuh cinta ingin bersamanya ke SYURGA - bersamanya di kebun dan taman yang indah - bersamanya menikmati sungai dari pelbagai jenis - bersamanya makan jaudah yang enak - bersamanya bahagia selamanya-

~maka saya perlu  *kuat-tingkatkan diri  *mampu-menyara kehidupan  
*berusaha-dengan lebih keras *matang-tentang duniawi dan ukhrawi

~agar saya tidak jatuh ke NERAKANYA kerana di neraka  *di beri makan buah zaqqum  
*di beri minum air tembaga panas  *di bakar , di seksa dan di azab 
*selama2nya menderita



walaupon hanya satu peta minda yang ringkas tetapi mempunyai pesanan peringtan dan mesej yang sangat berguna kepada sesiapa sahaja yang membacanya.....
pada penulis inilah TANGUNGJAWAB yang PERLU KITA FIKIR sebelum kita benar2 ingin menyatakan bahawa " SAYA SUDAH JATUH CINTA "


gambar : credit to rusydee artzz
Indahnya andai dia(kpda bakal suami penulis hehe) mampu jadi Imamku, menuntunku jalan bersamanya ke dua syurga ; 
syurga cinta & Syurga DIA ♥



p/s : tahun 2012 ramai senior2 penulis bakal mendirikan rumahtangga... tahniah buat kalian... tidak kurang juga khabar2 dari sahabat handai penulis sendiri bakal mengikat tali perkahwinan tahun ini.. awal jodoh sahabat2 semua.... dapat merasa nasi minyak korang hehehehe..... mabruk jiddan buat kalian... moga ikatan yang halal itu terus kukuh hingga ke syurga kelak.... amin.....