Friday, July 29, 2011

~~saya seorang anak nelayan~~

~~ anak nelayan yang istimewa ~~





assalamualaikum......
kembali bersua semuanya....
moga sekalian pembaca di bawah redha Illahi hendaknya.....
kali ini dengan kekosongan masa yang diperolehi terlintas diminda untuk mencoretkan sesuatu tentang keluarga penulis lagi.....

siapakah dia kali ini???? siapa lagi tak lain tak bukan ayahanda penulis yang tercinta.......
abah penulis bukanlah seorang nelayan yang sebenar tetapi minatnya terhadap kepelbagaian jenis ikan menyebabkan hobi abah akan mencari ikan setiap kali ada kekosongan masa ataupon air tengah cantik(ini istilah yang abah selalu guna setiap kali nak pi cari ikan)....




alkisahnya.....
masa zaman penulis kecik2 lagi memang hobi abah pergi mancing ikan tak pown pergi mancing udang galah... dalam sebulan mesti ada dua tiga kali abah pergi mancing..... macam2 perkakas ada dalam bilik khas yang abah asingkan untuk semua barang2 mancing.. dari sekecil2 mata kail pancing sehingga enjin bot ada di dalam bilik itu..... tinggal sampan je yang tak ada dalam rumah penulis hehehe..... kalau tak memang cukup lengkaplah segalanya ada di dalam rumah.....
selalunya kalau pancing ikan abah akan keluar awal pukul 7 pagi pi sungai pinang kerana kata abah sampan abah ada di sana.... dan pulangnya hampr pukul 7 malam.... waktu itu penulis mula teruja ikan apa abah dapat yeaa.....
dan bermula dari situ jugalah penulis mengenali kepelbagaian jenis ikan....
antara ikan yang abah selalu dpat pancing ikan siakap,ikan talapia, ikan merah, ikan tanda, ikan duri, ikan sembilang(kalau beruntung dapat yang bertelur memang best buat masak gulai) n macam2 lagi.....
tapi kalau abah pergi mancing udang galah pergi lewat skit dalam pukul 9 pagi.... baliknyaaa dalam pukul 5 petang... waktu itu paling teruja nak tengok bila abah dapat pancing udang galah yang besarrrrr dan ada sepit biru tue... owhhh itu memang best.......
aktiviti kegemaran abah ini juga telah menarik minat sahabat baiknya sekarang untuk sama2 mencari rezeki...... ke mana saja destinasi memancing mesti mereka berdua..... sampai habis satu taman nie kenal hehehe....

~~antara hasil tangkapan udang galah yang diperolehi~~



dalam sibuk2 memancing tetiba beralih arah pulak menjala udang dekat kuala gula...... memang banyak udang2 yang abah dapat bertimba jugak sehinggakan diizinkan oleh Allah pada waktu abah hendak menjala udang bersama geng2 menjalanya tv3 tengah buat rakaman dekat kuala gula rancangan WARNA WARNI kalau tak silap tajuk rancangan tersebut......
Hebatlaaaaa abah sampai masuk tv3 minat abah dan kawan2 menjala....


kemudian kisah seterusnya memancing ikan puyu..... cerok kebun kelapa sawit mana lagi abah tak pi redah semata nak cari yang ikan puyu yang saiznya sebesar tapak tangan... parit mana yang abah penulis tak pergi parit tepi bendang depan rumah orang tepi jalan semua abah penulis redah... dah minat punya pasal kan........




kemudian sejak akhir2 ini penulis rasa amat pelik apabila minat abah terhadap menjala ikan semakin menjadi2..... kampung belakang taman penulis seolah2 menjadi pesta menjala ikan kerana minat orang ramai menjala ikan semakin menggalakkan......
kenapa tetiba ramai pulak yang minat menjala nie... hurmmmmm
awalnya dulu abah penulis hanya pergi menjala ikan dengan membawa satu tong cat putih yang kecik tue je itupown kalau dapat penuh satu tong jenuh jugak nak menyiangnyaa almaklumlah ahli forum dalam rumah penulis tak bapa nak ramai...... dengan kesungguhan abah pergi menjala ikan inilah macam2 jenis iakan abah bawa balik.. dari situ jugakla penulis mula berkenalan dengan ikan2 yang baru ini pulak.. antara hasil ikan yang abah selalu dapat ikan puyu, sepat, sepat benua, keli, haruan, ikan putih, ikan lampam, ikan ubi(xtawla betul ke tak istilah nie huhuhu), ikan nipis badan dia(belida kot nmnya) n mcm2 lagi.....



Bukan takat sahabat abah sahaja yang tertarik tapi habis semua pak cik2 sedara berminat dengan hobi abah... asal mereka datang transit dekat rumah penulis memang aktiviti memancing dan menjala menjadi aktiviti wajib pergi... tak sah kalau tak pergi.... pergi bawak tong cat yang besar n tinggi taw... apa lagi selepas kaum bapa pakat balik menjala kaum ibu dan anak2 dara berperanglah di dapur untuk menyiang ikan2 yang masih aktif melompat2 itu...... penulis dah biasa sangat tapi kekadang seronok tengok sepupu sepapat teruja melihat hasil jalaan(istilah bhs melayu yang betul ker nie?? entahlaa hehe) yang cukup tak disangka...
mana kan tidak kalau dapat haruan sebesar lengan..... mana kan tidak dapat ikan sepat sebesar tapak tangan......
kalau ikan darat nie tak payah buat masak lain goreng garing-garing bubuh garam kunyit pown pakat pulun makan habis cam makan keropok... itulah keseronokan sekali sekala berkumpul adik beradik... :)






sekiranya stok ikan terlampau banyak abah penulis akan buat ikan kering dan pekasam......
tentang ikan kering yang abah penulis buat memang agak special kerana masa goreng tidak ada bau yang tak menyenangakan dan boleh di makan... kadang-kadang ikan kering ikan darat nie susah nak dapat yang tak dak bau lumut... nama pown ikan darat kan......



dan the special one resepi is pekasam abah!!!!!!!! pekasam abah memang lain dari yang lain..... susah nak dapat dan di jamin sekali makan mesti nak makan lagi....... orang yang kata tak pernah makan rasa secubit je pekasam abah memang dia tidak ragu2 untuk makan......
bahan untuk buat pekasam takdala banyak sangat cuma beras garam kasar asam keping n sedikit air.....
beras kena goreng sampai garing tanpa minyak(ini memang menjadi kerja penulis sekiranya abah nak buat pekasam... bukan senang nak goreng beras sampai garing... kena kacau selalu beras dalam kuali atas api tue kalau tak beras hangit pekasam jadi tak sedap)...........




satu perkara yang penulis suka tengok bila stok pekasam banyak then nak balik kampung abah mesti packing satu demi satu.... kira berapa ramai adik-beradik yang ada... cukup tak sorang sebungkus........ dah macam berniaga kat pasar pulak..... bertuahnya jugak kepada sedara mara yang datang rumah secara tak langsung menu tengah hari ada pekasam dan sekiranya bernasib baik jadi buah tangan sikit bawa balik rumah... rezeki.....




cerita bab pekasam nie teringat dekat pak ngah manaf yang sanggup datang bagan serai dia pergi menjala ikan sendiri.... siang sendiri then suh abah buatkan pekasam.. dapatlaa tiga balang kalau tak salah siap bawak balik shah alam...... memang hebat penangan pekasam abah penulis.......
pernah juga mencadangkan kepada abah penulis cuba jual pekasam tapi abah penulis tak mahu abah lebih suka bagi je orang merasa.... buat pahala.... di hati penulis:abah memang hebat...... :)



dan sehingga saat ini abah terus menjala dan menjala untuk buat stok ikan pekasam n ikan kering...... aktiviti penulis pula menyiang menyiang dan terus menyiang ikan setiap petang......
hari2 kita akan bertemu wahai kaum kerabat ikan puyu sepat dan haruan hehehe....... (^_^)



p/s: masih memerhati dan menuntut ilmu buat pekasam sehebat abah hehehe

Saturday, July 23, 2011

~~dedikasi buat hero aminadin~~

Assalamualaikum wbt.......
bertemu kembali kita di alam maya ini..
post kali ini khas buat adik penulis satu2nya hero mak dan abah...







tanggal 24 julai 1994 telah lahirlah seorang putera yang dinanti2kan....
rasanya ketika itu penulis masih berusia lingkungan 3 tahun dan masih tidak mengerti kehadiaran ahli baru dalam keluarga......
setelah usia penulis meningkat 6 tahun barulah segala cerita zaman kanak2 bersama adik dapat dirungkai dek gambar2 yang di ambil oleh abah....




inilah gamabar adik penulis semasa kecil comelkan?????
berdasarkan cerita emak tersayang adik dulu suka sangat pakai baju melayu biru nie then bila dah pakai mulalaa melakukan pelbagai posing untuk orang amil gambar dia..
lagi satu kisah adik ada sepasang baju yang berwarna merah putih ala-ala uniform orang kerja kfc dulu... kalau tak dapat pakai baju tue dia mengamuk tak sudah sehingga emak terpaksa sorok baju tersebut dari pandangan adik kerana nanti adik dah tak mahu pakai baju yang lain....

peristiwa berikutnya yang paling tak dapat dilupakan apabila kepala telah benjol dan lebam dek gara-gara di ketuk oleh adik dengan raket badminton itu..... geram sangat rasa nak balas balik bagi kepala adik benjol juga... tapi apakan daya kakak memang selalu kena beralah....


adik terus menjalani kehidupan di sekolah rendah di sksp 2 tahun sktm 4 tahun...... malah adik telah dapat seorang pengawas dan ketua pengawas sekolah masa darjah 6... mesti adik sangat berbangga waktu itu.... malah adik popular di sekolah sebab selalu masuk macam2 acara yang dipertandingkan....... tidak kurang juga gosip2 adik ngan budak tersebut tutttt... sampai sekarang abah dok ngusik adik dengan budak itu hehehe.....


walaupon adik anak manja dalam keluarga (anak bongsu memang selalu gitu) emak dan abah tetap mahu adik masuk sekolah berasrama... biar boleh hidup berdikari sikit...... dengan berkat doa mak dan abah adik dapat tawaran ke smka kerian.....





bermula dari situ jualah penulis dapat melihat banyak perubahan dalam diri adik maklumlah semakin matang dan semakin dewasa..... paling ketara adik makin tinggi daripada penulis..... :)
di smka juga macam2 perkara yang mengajar adik lebih berfikiran matang.. adik amat aktif di sekolah... semua game yang ada adik nak join sampai abah naik risau tengok adik kerja main je pergi wakil sekolah sana sini.... satu lagi yang mnjadi kejutan kepada penulis apabila adik akat adik masuk kumpulan nasyid sekolah.... soalan pertama yang keluar dari mulut penulis-- adik pandai nyayi ke??--tak pernah dengar pon--ada ke orang dengar adik nyanyi???--huhuhu kejam sungguh soalan penulis.. rupa2nya adik hanya bermain gendang.. ingatkan jadi penyanyinyaa hehehe.....







SMKA Kerian sebuah sekolah yang cukup kuat dengan team nasyidnyaaa.... kalau masuk pertandingan mesti dapat meraih nombor kemenangan.. dan bermula saat itulah adik semakin popular di dalam sekolah mahupon luar sekolah kerana ada title 'budak nasyid Smka'.....
kekadang junior2 penulis dekat af dulu pon tak habis2 nak berkenalan dengan budak2 nasyid SMKA.... penulis hanya mendiamkan diri kalau mereka tahu salah seorangnnya adik penulis jenuh nak kasi nombor telefon kat diaorang...hehe...




tahun terakhir adik di SMKA dapt juga adik menyarung uniform sekolah berwarna unggu itu....(bukan baju batik smka tue)... tahniah adik dapat juga jadi pengawas sekolah... satu tanggungjawab dan amanah yang agak berat semasa berada di sekolah menengah..... bila sudah jadi pengawas secara tak langsung adik akan menjadi contoh kepada junior2 yang lain.... tahniah kerana mendapat kepercayaan penuh oleh cikgu untuk lantik adik sebagai pengawas sekolah...






dan tahun ini juga adik akan berhadapan dengan satu peperiksaan besar.. apa yang penulis jangkaan adik mampu mendapat result yang cemerlang bagi mak dan abah bangga macam result pmr adik dulu.....adik kan hero mesti dapat yang 'terbaik punyaa!! ' hehehe



dan akhir sekali pada tanggal 24 julai 2011 ini penulis ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR BUAT ADIK YANG KE-17.... satu2nya hero dalam keluarga yang penulis boleh buli.... dah besar adik penulis nie yaaa.... lpeas ini adik akan merasa kehidupan di alam universiti pula.... cinta cintun buang jauh2 dulu yeaaaa (^_^).....
semoga adik terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi..... dan menjadi anak kebanggaan mak dan abah!!!!! InsyaAllah.....







p/s: berita gembira yang adik dapat baru2 ini dia tidak terpilih dalam plkn.. tahniah!!! hehehe...

Thursday, July 21, 2011

~~ Saya menggemarinya.. Anda bagaimana???~~

Assalamualaikum
bersua kembali bersama mr.blogku sayang ini
tidak dilupakan juga pembaca yang terus sudi singgah di sini...

Dalam meniti kehidupan di atas muka bumi yang semakin di mamah usia sudah pasti kita sering di uji dan terus di uji oleh Allah SWT agar tidak pernah leka dengan keindahan dunia yang bersifat sementara.....

Penulis sendiri tidak terkecuali daripada menhadapi ujian tersebut..
setiap kali ujian itu datang penulis cuba kuatkan hati penulis dengan berkata "Allah sayang kamu.. sebab itu Allah selalu uji kamu agar kamu tidak pernah melupakan DIA"......
Namun empangan air mata masih tidak mampu di tahan.. seringkali pecah menjadi
butiran-butiran jernih yang mengalir tanpa pintanya......




Dikala kekuatan diri itu terkikis sedikit demi sedikit penulis kembali membuka pesanan-pesanan ringkas yang ada di dalam telefon tangan kesayangan penulis... Penulis tidak akan pernah jemu untuk membaca semua pesanan-pesanan itu walaupon sudah beribu kali di ulang membacanya kerana bagi penulis semua kata-kata azimat tersebut merupakan peringatan untuk diri penulis agar sentiasa bermuhasah diri bahawa banyak lagi perkara yang penulis perlu pelajari dalam menjalani liku-liku kehidupan di muka bumi ini........




"kadang-kadang kita berdoa untuk kuat tapi banyak pula dugaan datang, kadang-kadang kita minta cerdik tapi masalah pula yang timbul, kadang-kadang kita minta kebahagiaan tapi huru hara pula jadinya...... Dugaan menjadikan mental kita kuat,masalah menjadikan kita berfikir, huru hara menjadikan kita tabah... Hebatkan Allah.... Ada hadis mengatakan-->Telah berkata jibrail: Wahai Tuhan, Engkau sampaikanlah hajat hambaMu itu, maka Allah menjawab:biarkan hambaku itu, kerana aku mencintai suaranya..."

< from --> MAH >




"Yakin pada Allah bukanlah mengharapkan terkabulnya segala harapan, yakin pada Allah bukanlah keindahan nikmat, yakin pada Allah adalah meletakkan keREDHAan pada ketentuanNYA, rasa bahagia dengan ujian walaupun perit.... di situ air mata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, indahnya tarbiyah Allah,tersirat rahmat dan hikmah, di uji kita sebagai tanda kasih sayangNYA..."

< from --> NSJ >





"Ujian itu adalah salah satu TARBIYAH daripada Allah"

< from --> NAZMI>





" Ingatlah Allah dalam hatimu , nescaya tiada duka untukmu... Ingatlah Allah dalam hatimu, nescaya musibah dunia tiada buatmu.... Kelmarin Allah membantumu dan selamanya Allah tetap membantumu..."

< from --> NAS>





" Ya Allah permudahkanlah sahabat yang ku kasihi ini menduduki imtihan duniaMU...
Jadikanlah debaran jiwanya disebabkan risau jika gagal melamar redhaMU....
Dengarkanlah rintihannya yang sanggup bersusah payah demi ilmuMU....
Belailah jiwanya di saat dia terkulai lemah agar terhindar dia dari mengharapkan selain dariMU..
Wahai Allah yang Maha Pengasih ku rela cagarkan satu-satunya simpulan ukhwah nan rapuh ini andai ia mampu menjadi mahar agar sahabtku ini layak mendapat perhatianMu... kerana aku tahu tiada yang lebih membahagiakan melainkan MERAIH KEJAYAAN DI JETI PRSINGGAHAN INI untuk terus di bawa pulang ke kampung akhirat nanti.....
Bitaufiq wan najah..... Amin.... "

< from --> MAH>




" Jangan berbicara sebegitu... setiap orang Allah sudah tentukan rezekinya masing-masing.. Apa yang penting kita kena selalu bersyukur dengan apa yang kita miliki.. Allah sentiasa bersama orang yang sabar..... ujian untuk kita semuanya berbeza.. mungkin Allah menguji kamu(penulis) dengan pelajaran.. orang lain berlainan pula ujiannya... apa yang pnting kita redha dan tak pernah berputus asa dengan rahmatnya.... mungkin seronok melihat kejayaan orang lain di sana sini tetapi tak semestinya mereka tidak di uji....
biasalah namapon manusia.. apa yang penting kasih sayang kita pada Allah sentiasa mengalir dan tak pernah berhenti.. waktu susah kita kena selalu ingat yang kita milik Allah dan Allah berhak mengambil dan memberi apa yang dikehendakiNYA..."

< from --> NWMZ>




" Kita pohon kekuatan, Allah beri kesulitan untuk jadikan kita kuat... Kita pohon keteguhan hati, Allah beri masalah untuk diatasi... Kita pohon keyakinan, Allah beri ujian untuk memantapkan iman dan jiwa.. Kadang kala kita tak dapat apa yang diingini, namun kita sentiasa dapat apa yang kita perlukan kerana DIA tahu apa yang terbaik buat kita.. "

< from --> MAH>






syukran jazilan jiddan kepada semua sahabat2 penulis yang sudi memberi pesanan-pesanan sebegini... sesungguhnya penulis amat menghargainya kerana dengan pesanan-pesanan sebegitu sekurang-kurangnya dapat penulis 'polish' kembali saki baki kekuatan yang ada dalam diri ini..............




Wednesday, July 6, 2011

asif jiddan

assalamualaikum semua........

masyaAllah bersawang sungguh di sini.... asyik lalu tinjau2 sahaja
tp tuan punya blog jarang sesangat dah update huhuhuhu.......
maaflah wahai mr blog ku sayang..... masih mencipta dan mereka ayat2 terindah untuk dikongsi dengan kamu mr blog..... iyealah bukan senang nak tackle kamu yang sangat pendiam ini hehehe....
pergi merantau selama sebulan kejap.. mencari2 pengalaman di samping memuhasabah diri....
banyak cerita menarik boleh kongsi tapi belum boleh dikhaborkan sekarang..
masih mencari satu masa yang sesuai......
walau apapown penulis takkan pernah lupakan kehadiran mr blog dalam hidup penulis.. aicehh hehehe....
begitu juga rakan2 blog yang sudi view blog penlis yang tidak seberapa nie(ade ke yang tengok????? berperasaan sendiri je nie hehehe)

wallahualam........

Friday, June 3, 2011

‎~•♥•~ rindu antara kita terubat jua ‎~•♥•~







assalamualaikum.......
alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah swt
untuk bernafas lagi pada hari ini...
setelah sekian lama tangan ini tidak mencoretkan sesuatu di sini..
kali ini penulis datang merajinkan tangan penulis untuk menaip dan mencoretkan sesuatu kenangan di sini bersama mereka yang tidak pernah penulis lupakan.....

perancangan demi perancangan hati penulis berbunga2 tatkala mesej yang diterima ada sahabat dan sepupu penulis ingin menyerang rumah penulis beberapa hari.....
dalam minda hajat hendak membawa mereka berjalan2 di sekitar kawasan petempatan penulis... tapi apakan daya manusia hanya mampu merancang tetapiAllah yang menentukan.....
khabar tiket keretapi telah habis dalam tempoh 3 hari terdekat telah membantutkan perancangan......
mungkin tiada rezeki unuk meluangkan masa bersama mereka kali ini.....
penulis pasrah dan berfikir mungkin ada hari yang lebih baik Allah telah aturkan untuk pertemuan kami semua......

khabar gembira dari ayahanda ingin pulang kekampung secara tiba-tiba membuatkan penulis terfikir untuk berjumpa mereka di sana......
mesej di hantar dan perancangan di atur........

Hari : Selepas hari isnin sebelum hari rabu :)
Tempat : Sungai Batu Pahat , Perlis
Waktu : setelah munculnya nur dari langit

penulis memulakan perjalanan menuju ke batu pahat bersama sepupu penulis...
setibanya di sana menanti kehadiran sahabat lama bersama adik beradiknya.........
melihat dari jauh kenderaan itu terlihat wajahnya.... yaaa penulis rindu akan wajah itu dan tidak menyangka hampir tiga tahun tidak pernah ketemu hari ini dapat lagi bertentang mata dengannya...... di dalam hati bersyukur tidak terhingga dengan
ikatan ukhwah yang Allah berikan antara kami masih kuat dan tidak terputus.....



peluang yang diberikan ini digunakan sebaik2nya dengan berkongsi cerita dan segala pengalaman di tempat belajar masing-masing...
sungguh tidak disangka sahabat baik penulis di MATRI bertemu dengan sahabat baik penulis di SABAR dan mereka menjadi kawan baik di tempat mereka menuntut ilmu sekarang..... terasa kecilnya dunia ini dari utara hingga selatan mereka bertemu dan banyak cerita di kongsi..... seolah2 sahabat di MATRI mampu menyelami kisah penulis di SABAR dan sahabat di SABAR dapat menyelami kisah2 penulis semasa di MATRI....... masyaAllah.... cantiknya ukhwah yang Allah aturkan untuk kita.....






dalam keasyikan berkongsi cerita ternyata sahabatku ini n sepupuku dalam proses untuk menguruskan sesuatu program..... sahabatku beria-ria mengajak penulis untuk join bersama mereka dan meminta penulis menemani dia sebagai urus setia bahagian multimedia kerana dia keseorangan..... sepupuku hanya tersenyum sebab dia kena urus yang senang je hehehe....... wahhhhh program2 seperti ini memang dirindui... penulis di pujuk rayu lagi dengan di umpan bahawa ramai lagi sahabat2 batch sama dgn penulis yang join program tersebut azimah jalilah najihah n beberapa kakak2 senior MATRI.... malahan junior2 MATRI yang penulis dah ramai tak kenal turut serta..... jauh di sudut hati penulis teringin sangat nak join dan berada kembali di dalam kelompok itu yang
agak lama penulis tinggalkan...... namun ada beberapa perkara yang menyebabkan penlis tak dpat nak join :

1) masih ada urusan keluarga yang penulis perlu selesaikan sebelum kembali ke Perak

2) penulis tak join mesyuarat yang pihak urusetia buat jadi kehadiran penulis mungkin menganggu kerja2 kalian

3) nmpknya kehadiran junior kita lebih ramai dari batch kita s
udah semestinya penulis akan menjadi perhatian kalau datang ke situ di tambah pula banyak yang tertukar nama penulis dgn sepupu penulis kerana kami di katakan kembar lain ayah lain mak masa kat MATRI(hehehehe alasan tak berapa nak releven tapi itulah hakikatnya hehehe)

jadi kepada sahabatku atiqah penulis berharap sangat anda tidak berkecil hati dengan ketidakhadiran penulis untuk menemani anda di meja hadapan pentas semasa program hehehe..... apa2pown kerja keras anda menghasilkan video gimik hingga tak tidur malam tidak sia2..... good job.... video gimik pown best penulis dah tengok hehehe.....



pertemuan kita yang seketika itu sudah cukup bermakna buat penulis... semoga suatu hari nanti
kita dapat bertemu lagi mencoretkan kenangan2 indah kita bersama..........




~~teristimewa buatmu~~

walau molekul hidrogen pecah sekalipun,
walau sejitu mana ikatan H2O
setiaku padamu sebagai sahabat
tiada sisihan relatif sekukuh bak ikatan DNA
itulah erti sebuah PERSAHABATAN.......



best LOVE from u to me




seandainya 1 hari nanti kita terpisah,
maka utuslah berita walau sepatah...
seandainya 1 hari nanti kita berjauhan,
maka abadikanlah segala kenangan....
seandainya 1 hari nanti persahabatan kita terkubur tak bernisan,
maka usahlah dikesalkan mengapa kita dipertemukan..
anggaplah semua ini pengalaman yang mengajar kita untuk menghargai pertemuan........






sahabatku...
biarpun daku bukannya angin yang mampu mendinginkan pantai hatimu,
bukannya tanah yang mampu disemai benih segalanya,
bukannya bintang yang mampu bersinar terus di kamar kehidupanmu,
namun..... daku adalah sahabatmu
yang sentiasa ada sekiranya kau memerlukan diriku....
jutaan terima kasih segala yang tercipta antara kita
daku begitu senang dengan segala yang ada padamu
dan daku sangat2 bahagia mepunyai sahabat sepertimu................




Saturday, May 21, 2011

perasaan itu lagi



perasaan itu

sekali lagi datang menerjah di hati ini
hanya mampu disambut dengan linangan air mata
mengalir laju di pipiku
tanpa mampu mengeluarkan sebarang kata-kata.....




perasaan itu

datang lagi mengimbau kembali saat-saat terdahulu
yang cukup perit di rasa
cukup berat ditanggung
cukup kelat untuk di telan
cukup lama bertahan menebalkan muka
memekakkan telinga
penuh dengan lakonan yang menguasai diri
ukiran senyuman yang di paksa oleh diri
semata-mata tidak mahu kelihatan lemah di hadapan mereka.....



perasaan itu

datang lagi merobek-robek hati ini
entah kali ke berapa datang bertandang
tanpa sekalipon di undang
setiap kali adanya harapan yang menggunung tinggi
pastinya perasaan itu seiringan bersama walaupun kehadirannya
mengundang ketidakselesaan diri.......


perasaan itu

terus menghantui diri ini
sehingga terhakis semua pengharapan di dalam hati
demi sekelumit kegembiraan yang ingin diperolehi
demi secebis kegirangan yang di damba sekian lama
semuanya hampir musnah kerana perasaan itu........




p/s: mood tak bapa nak okey tak tahu nak luahkan pada siapa....rekaan spontan untuk mngurangkan rasa terpendam ini.... maaf!!!!!!

Friday, May 20, 2011

muhasabah (^_^)


assalamualaikum wbt...
semoga semua pembaca di bawah peliharaan Allah swt... insyaAllah..
kali ini penulis mahu berkongsi apa yang penulis perolehi semasa penulis berlayar seorang diri dalam dunia maya ini..... sebenarnya banyak manfaat yang akan diperolehi sekiranya mengunakan kemudahan ini ke arah yang betul.......

apa pula yang bakal di kongsi oleh penulis????
satu artikel yang membuatkan sekali penulis baca pasti nak baca berkali-kali kerana sebelum ini kita sendiri tidak pernah terpikir sedemikian rupa.......
tahniah di ucapkan kepada mereka yang berjaya mengolah satu perkara penting bagi kita semua sebagai umat islam.....
marilah sama-sama kita memuhasabah diri kita yang sering melakukan kesilapan ini agar tidak terus leka dengan keindahan dunia yang semakin dimamah usia ini.....




~~TALIAN TERBAIK BUAT KITA~~

Talian terus 24jam tanpa operator,tanpa bil...Alias Free...

Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".

Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."

Atau....

Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:

"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."

Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat respons seperti ini:

"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,

Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka,silakan tunggu sampai Anda tiba di sini!!"

Atau mungkin juga Anda mendengar ini :

Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok."

atau...

Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."

Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!!

Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pernah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa
pemanggilnya secara pribadi.

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434

2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini :28443483

2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul"

Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil..

Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!

Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya

Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut"

7 Kalimah ALLAH:

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. ..mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu... mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

note :dari teman terbaek ku dunia akhirat..insya ALLAH....moga ALLAH mencucuri rahmatNYA...hingga hujung nyawa...amin...

Dikongsi dari group Ilmu Dunia Dan Akhirat *


p/s-->mudah2an perkongsian kali ini bermanfaat untuk kita semua.... renung-renungkanlah..... :)