perasaan itu
sekali lagi datang menerjah di hati ini
hanya mampu disambut dengan linangan air mata
mengalir laju di pipiku
tanpa mampu mengeluarkan sebarang kata-kata.....
perasaan itu
datang lagi mengimbau kembali saat-saat terdahulu
yang cukup perit di rasa
cukup berat ditanggung
cukup kelat untuk di telan
cukup lama bertahan menebalkan muka
memekakkan telinga
penuh dengan lakonan yang menguasai diri
ukiran senyuman yang di paksa oleh diri
semata-mata tidak mahu kelihatan lemah di hadapan mereka.....
perasaan itu
datang lagi merobek-robek hati ini
entah kali ke berapa datang bertandang
tanpa sekalipon di undang
setiap kali adanya harapan yang menggunung tinggi
pastinya perasaan itu seiringan bersama walaupun kehadirannya
mengundang ketidakselesaan diri.......
perasaan itu
terus menghantui diri ini
sehingga terhakis semua pengharapan di dalam hati
demi sekelumit kegembiraan yang ingin diperolehi
demi secebis kegirangan yang di damba sekian lama
semuanya hampir musnah kerana perasaan itu........
p/s: mood tak bapa nak okey tak tahu nak luahkan pada siapa....rekaan spontan untuk mngurangkan rasa terpendam ini.... maaf!!!!!!
No comments:
Post a Comment