Thursday, May 12, 2011

akhirnya dapat dimiliki ~~alhamdulillah~~




assalamualaikum semua....
apa khabar pembaca semua????
apa khabar iman pembaca semua?????
harapnya semua masih dibawah peliharaan Allah SWT...
sekiranya terdetik di hati kalian iman kalian semakin berkurang jangan lupa top up kanlah kembali agar segala perbuatan dan amalan seharian kita diterima oleh Allah SWT insyaAllah....

baiklah apa yang hendak di kongsi penulis kali ini yeaa..
satu pengalamn yang tak mungkin penulis lupakan...
kisahnya bermula di saat ayah penulis terus mendaftar
kan penulis untuk belajar memandu..
di dalam hati memang seronok sangat2 kerana sudah
lama penulis idamkan lesen memandu sejak lepas exam spm tapi lepas exam stpm barulah ayah penulis memberi kebenaran..
terima kasih abahku sayang kerana memberi kebenaran dan membayar yuran untuk belajar memandu(penting nie klo tak tak dapat belajar hehehe)

satu tarikh telah ditetapkan untuk mendengar sesi ceramahnya 6 jam (kalau tak silap hehe)
seawal 8 pagi sudah ada di kedai SOON kemudan di hantar oleh mereka yang telah menyumbat kami ke dalam van AMPU sehingga boleh diibaratkan sardin dalam tin....
sampai di sana penantian demi penantian akhirnya nama dipanggil..
masuklah ke bilik yang ditetapkan....
kemudian selepas ceramah 6 jam akan di uji dengan test komputer(undang2 jalan raya)
disingkatkan cerita penulis berjaya melepasi ujian itu... bersyukur sangat2....
selepas test ada lagi taklmat pasal memandu..
selepas menghadiri taklimat ini barulah lesen L akan dikeluarkan....
setelah hampir sebulan maka keluarlah lesen L yang ada gambar penulis hehehe
jadual pon di atur oleh aunty dekat SOON tue....
disebabkan penulis kerja part tyme di penang maka masa
untuk penulis balik bagan serai dan menghabiskan 10 jam latihan asyik tunda dan tertunda...
postpone dan dipostpone sehingga Aunty kedai SOON tuepon dah kenal sangat dengan nama penulis hehehe....

hari pertama latihan kereta penulis dapat cikgu yang amat GARANG!!!!!!!!!!!!!!!!!
salah sikit bebelannya masyaAllah sabar jelah.... itu tak kena ini tak kena...
kali kedua latihan memandu dari pekan bagan serai menuju ke simpang 5....
dengan mood cikgu yang garang dalam kereta penulis ambil keputusan terus mendiamkan diri dan hanya mendengar katanya.....
semasa berada di lampu isyarat bagan serai penulis doa banyak2
dalam hati agar tidak ada insan2 yang mengenali penulis saat itu berada
di situ juga sama ada mereka naik motor ataupon kereta......
hari kedua balik daripada latihan penulis sudah hilang mood untuk meneruskan latihan memandu disebabkan cikgu itu yang cara mengajarnyaa asyik nak marah2 dan tinggikan suara....penulis bila dah ada orang tinggikan suara penulis amat nervous.. bayangkan sewaktu anda memandu dia bercakap tidak berhenti... memang tak tahan...
jadi untuk latihan yang seterusnya penulis telefon
aunty itu dan minta waktu 2 mggu yang seterusnya... sorrylaa aunty saya asyik tukar2 tarikh latihan hehehe
kali ketiga latihan di ganti dengan cikgu lain....
dan dengan cara cikgu ini ajarlah penulis lepas dibahagian bukit... terima kasih banyak2 cikgu..
hai ketiga latihan rasa konfiden memandu kereta semakin kuat....
kemudian 2 mggu seterusnya kembali membuat latihan bersama cikgu yang garang itu...
rasa puas hati yang teramat apabila kali pertama cubaan di bukit bersama cikgu di dalam kereta... penulis berjaya lepas!!!!!!! memang happy tak terkata.... kemudian bila cikgu sudah tengok penulis boleh control kereta sendiri dia keluar duduk di pondok dan suruh penulis buat tiga serangkai itu dia melihat dari jauh....
lagi sekali percubaan di bukit kali ini penulis seorang diri dalam kereta...
buat seperti apa yang di ajar....
dan akhirnya lepas!!!!!!! penulis jerit sekuatnyaa sendirian dalam kereta..
rasa satu kepuasan dalam diri penulis bila di atas bukit itu lepas hehehe
tarikh terahkir latihan memandu penulis sekali lagi betukar cikgu almaklumlah hampir 3 mggu jarak postpone nyaaa hehehe....bukannya
apa niat untuk terus ambil test jpj...
kali terakhir latihan tiada apa2 sangat masalah dan dapat belajar dengan lebih relax.. :)


cara side parking yang betul (gambar hiasan)



(inilah salah satu kereta yang penulis gunakan semasa membuat latihan memandu)


baiklah kita teruskan cerita kita.. tarikh untuk test jpj telah ditetapkan....
seperti biasa seawal 8 pagi sudah ada di SOON dan kami semua akan di sumbat ke dalam van ibarat ikan sardin untuk bergerak ke AMPU.....
taklimat oleh seorang cikgu di AMPU untuk test motokar dan motosikal....
kemudian kelihatan kelibat encik-encik jpj yang semunya serius belaka muka.....
membuatkan tahap kegerunan untuk diuji semakin menjadi-jadi
Allah izin cuaca pada saat itu hujan yang teramat lebat... kilat
sambung menyambung.... guruh berdentam dentum... sehingga ujian untuk motosikal terpaksa diberhentikan seketika...
tetapi bagi motokar ujian bahagian 3(di jalan raya tetap diteruskan)
menanti dan terus menanti nama dipanggil dan saat nama dipanggil cuba relaxkan diri...
masuk kedalam kereta walaupon masa itu hujan lebat(maka terpaksa diredah)..
dengan sebaiknya cuba memandu... tak kaci fail!!!!!! hehe
alhamdulillah di jalan raya penulis tiada masalah.. laluan A yang ditetapkan juga tiada masalah buat penulis......
syukur alhamdulillah
debaran seterusnya apabila hujan renyai2 ma
ka ujian tetap dijalankan juga...
maka beredah lagi dengan hujan menuju pondok menggu giliran untuk diuji bahagian 2(3 serangkai -bukit,3penjuru,side parking)
sambil menunggu melihat calon yang lain mula dahulu
di bukit sekiranya mengundur percubaan pertama dan kedua maka fail lahh anda...
takutnyaaa tak lepas...
nama dipanggil cuba konfidenkan diri cubaan pertama encik jpj suruh undur...
jantung dah berdegup kencang gilerrr takot tak lepas kali kedua sebab kalau tak lepas bukit jadi yang lain tak boleh buat......
sambil selawat banyak2 dalam hati alhmdulillah..... lepas!!!!!
seterusnya tiga penjuru dan side parking
dari jauh kelihatan muka encik jpj dekat pondok itu sangat serius...
just ignore him yang penting bagi lulus(sambil memujuk hati sendiri)
alhamdulillah dengan izin Allah penulis berjaya meghadapi semua ujian memandu ini..
walaupon terpaksa meredah hujan yang agak lebat dari tempat di uji ke office rasanya berbaloi penulis berjaya lulus dan selamat duit penulis hehehe

akhir kata terima kasih dekat mak abah yang ulang alik ambil dan hantar ke SOON,terima kasih aunty SOON yang selalu menerima panggilan dari penulis untuk tukar2 tarikh :), terima kasih kepada cikgu2 yang mengajar, terima kasih kerani2 dekat AMPU yang selalu terjerit2 panggil nama penulis hehehe, dan terima kasih buat encik2 jpj yang mukanya memang agak mengerunkan tetapi disebabkan hari hujan mungkin sejuk hati encik2 untuk bagi penulis lulus :)
dan akhir sekali tahniah buat diri penulis sendiri!!!!!!!!!!! :)







wassalam..............

No comments:

Post a Comment