Tuesday, May 3, 2011

‎~•♥•~ eRti seBuaH perSahaBatan ‎~•♥•~





~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa, kecuali diri sendiri…

Tetapi.. dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana…

Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,

Begitulah juga dia, tetapi kita sering terlupa akan hal itu..

Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita,

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya

Kita tidak memberinya peluang untuk menerangkan keadaannya

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri..

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti,

Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati,

Kita beri seribu alasan memaksa dia menerima alasan kita,

Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…?

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa… tapi kita sering terlupa

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami

Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya,

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan,

Harapan dan impian juga kita luahkan,

Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita,

Hingga kadang-kadang terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita,

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya...? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah…?

Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai?

Kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila dia terasa lemah, agar dia tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?

Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita…

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…

Kerana dia juga seorang manusia , ada rasa takut, bimbang, sedih dan kecewa..

Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat disisinya sebagai kekuatan..

Kita selalu melihatnya ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan… Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan

Renungilah, hargailah sebuah persahabatan kerana di sebaliknya tersimpul segalanya…

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~



No comments:

Post a Comment