Monday, March 26, 2012

~ twins tue sweet kan??? ~

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

****************

السلام عليكم ورحمة الله وبركته


salam bertemu kembali di teratak penulis yang tidak seberapa ini....
baiklah.... apa yang penulis hendak cerita pada kali ini yeaa....


petang tadi penulis menonton NONA di tv3 dan ada satu slot yang Nona tayangkan menarik hati penulis iaitu cerita tentang PASANGAN KEMBAR... slot itu mengisahkan bagaimana pasangan semua isteri yang telah dianugerahkan oleh Allah swt dengan kehadiran anak kembar di dalam keluarga mereka menjalani kehidupan seharian dengan anak2 mereka.... apa yang penulis tengok anak2 mereka sangat2 comel!!!!

~ comel ~

serius sangat comel.. rasa nak cubit2 je pipi mereka.... hehehe... ini yang kembar seiras.. ade juga yang kembar tidak seiras.... pastinya seorang ibu dan ayah itu perlu mempunyai kesabaran yang sgt2 tinggi untuk memelihara anak kembar... ini baru kembar dua.. sekiranya kembar tiga??? kembar empat atau pun lima??? waahhhh rezeki Allah mencurah2 untuk pasangan tersebut... memang meriahlah rumah nampaknya...


kembar tiga~semua hero~comel!!!!


ada suatu ketika dulu penulis jalan2 ke blog demi blog dan view satu blog yang bernama mamakembar3
dapat di lihat di situ bagaima seorang ibu dianugerahkan Allah kembar3 sekaligus.... di laman blognya ibu ini mencoretkan kisah2 tentang aktiviti harian si kembar 3.... yang bestnya penulis suka tengok gambar2 dan koleksi barang mainan ataupun pakaian kembar3 nie mesti sama semuanya.... susah nak beza diantara mereka.. cuma ibu dan ayahnya sahaja boleh cam anak2 mereka dengan pasti.... sekarang kembar 3 ini semakin dewasa mungkin sudah masuk ke taska tetapi telatah yang ibunya tulis tentang mereka dan cabaran untuk membesarkan mereka sangat menarik perhatian penulis... sekiranya pembaca berminat untuk mengetahui telatah kembar 3 ini pembaca bolehlah klik pada link yang yang penulis buat dekat atas tue...




sambil menonton slot kisah kembar tersebut bermain2 di fikiran penulis dengan pasangan kembar yang penulis kenali dan mereka juga mengenali penulis.... pasangan kembar yang pertama sudah semestinya ex-classmate penulis MASYITAH dan MASTURAH.... mereka berdua nie nak kata seiras xdelah seiras sangat sebab senang je nak beza yang mana satu masyitah yang mana satu masturah... tapi mungkin pada mereka yang baru sekali pandang akan perasan ehhh muka diaorang sama.... pada penulis yang duduk satu kelas dan pernah duduk sebelah masturah masa form2 memang kenal sangat2 la yang mana satu hehehe....




pasangan kembar seterusnya kakak senior(tua setahun je dari penulis hehe) KAK IJLAL dan KAK IJMAL mereka berdua nie muka memang sama(sebijik)... sampai sekarang penulis tak dapat nak bezakan mahupown melalui suara mereka berdua... pernah sekali tue masa berjalan ke dewan makan bertembung dengan kak ijmal(kot).. panggil dia toleh then dia senyum.. penulis tertanya pulak ehh kak ijmal ke kak ijlal yea???? mcm silap panggil je.. huhuhu.... kadang2 kakak berdua nie suka menyamar sesama sendiri... sebab kakak nie saja2 nak kenakan mereka2 yang betul2 tak dapat bezakan diaorg.. salah sorangnya penulis!!! hehehehehe




pasangan kembar seterusnya ialah kakak jiran penulis.... KAK FARHANA  dan KAK FARHADA... sebelum nie penulis tak pernah mengenali mereka pown... selepas penulis sekolah jauh dari rumah barulah penulis mengenali mereka dan family mereka kerana adik beradik meraka dari yang sulung sampai bongsu sekolah di sana juga... mereka tinggal bertentangan dengan rumah penulis... semakin mengenali kakak kembar ini apabila KAK FARHANA mendirikan rumah tangga.... mereka kembar seiras... muka memang sama.. penulis dapat bezakan antara mereka nie pown melalui cermin mata yang mereka pakai.. bentuk cermin mata mereka berbeza sedikit.... sekarang kakak kembar berdua nie sudah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan anak2 yang comei2 seperti mereka.... semoga hidup mereka terus dilimpahi rahmat oleh Allah swt....




cerita pasangan kembar seterusnya ialah anak kepada ustazah penulis semasa penulis bersekolah di tingkatan 4 dan 5.... ustazah azlinda dikurniakan dengan dua cahaya mata sekaligus pada malam nuzul al-quran... masyaAllah malam yang sangat mulia..... pada reunion kelas yang lepas penulis dengan sahabat2 penulis pergi menziarah ustazah dan ingin melihat anaknya yang comel2 tue.... memang teruja rasanya bila melihat 2 bayi yang sama wajahnya sedang asyik terlena... terdetik di hati penulis macam manalah agaknya ustazah buat yea kalau dua2 nie nangis serentak... kena banyak2 bersabar nie.. itulah dikatakan pengorbanan seorang ibu....

nada dan najah ~muka sama~





pasangan kembar yang seterusnya ialah AINA dan ALIA... si kecil molek yang tak duduk diam... banyak cakap lari sana lari sini.... kita yang tengok pown naik penat... tapi kerenah diaorang bisingkan rumah sangat kiut... di sebabkan muka mereka sama(sebijik) so memang xdapat dibezakan mana satu aina dan alia.. penulis sendiri pown setiap kali dapat pegang tanya diaoran mesti tanya ehh nia aina ke alia??? hehehe.. apalah sangat yang budak berumur 2 tahun tue akan jawab kan.. mesti diaorang pown dah boring orang asyik tanya soalan tue....
lihatlah gambar alia n aina.. gaya ikat rambut pown sama.. macam mana tak konpius~yg baju merah tue abah penulis bukan ayah kpda si kecil itu hehe~
okey kenapa gambar nie abah penulis jeling kat kamera macam tue sebabnya hanya abah dapat pegang dua kembar nie sekali dan dapat capture gambar macam nie... penulis dan sepupu sepapat yang lain berusaha untuk dapatkan gambar si kembar kecik nie sekali tapi sorang ada sorang lagi kat lain... penat betul main kejar2 dengan diaorang nie... dan satu perkara yang best disebabkan kami tak dapat nak beza mana satu aina dan alia ibu kepada si kembar telah memakaikan mereka berdua rantai emas kecil yang tertulis nama mereka sendiri.. jadi setiap kali dapat pegang mana2 si kecik nie tengok rantai nama apa haa tawlaaa mana alia mana aina... huhu kelakar betul rasanya.. sepupu penulis ada cakap 'xpe senang je nak panggil nama yang mana satu lepas nie sebab dua2 ada -nametag- hehehe ' ..... (^_^)





jauh penulis sembang2 pasal pasangan kembar yang lain ini... tetapi sebenarnya ada kembar yang tiap2 hari penulis jumpa sembang makan sama2... dia paling dekat dengan penulis setiap hari... cuma tak berapa nak perasan sangat yang mereka ini adalah kembar..... SIAPAKAH GERANGANNYA??????
tadaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!


paksu sidan n paksu sidin(abah penulis!!!)
nama 'femes' mereka sidan dan sidin... memang susah nak percaya kan mereka nie kembar.. penulis sampai sekarang masih mencari2 persamaan di wajah mereka... kalau pembaca teror cuba cari apa yang sama??? huhuhu..... inilah yang dikatakan kembar tak seiras.....
penulis ingat lagi setiap kali balik kampung jumpa sedara mara yang ramai dan bertemu dengan tok2 sedara yang jarang2 ketemu mesti depa akan tanya dekat penulis 'nie anak sapa???' kalau sebelum nie penulis akan jawab 'anak hazidin' dan respon mereka macam kenal tak kenal... jadi penulis cuba jawab cara yang lain bila orang tanya 'nie anak sapa??' 
penulis akan jawab 'anak sidin'
respon mereka 'owhhh anak sidin ka... amboi dah besaq anak depa semua naa.. sidin nie yang dok kat perak tue kan???? sidin niekan kembaq dengan si sidan '
penulis tersenyum sambil mengiakan sapa apa yang mereka kata... kenal pulak kalau cakap sidin tapi hazidin tak kenal huhuhu (nama popular mestilah org igt kan) hurmmmm abah abah.....




akhir kalam... seronok sebenarnya bercerita kisah kembar ini... tambah2 pula kalau kita mengenali si kembar dari kecil... mesti macam karenah ada... kembar dua dah meriah apatah lagi mereka yang dianugerahkan sehingga kembar 3 dan 4.... pada penulis mempunyai cahaya mata nanti bukanlah suatu perkara yang mudah... seorang ibu dan ayah kena betul2 kuat dari segi mental dan fizikal dalam melayan karenah anak2 mereka... bukannya semua yang mempunyai anak senang untuk menjaganya.. kadangkala Allah menguji tahap kesabaran mereka untuk menjaga dan memelihara kurniaan yang tidak terhingga itu....
kenapa penulis berkata sedemikian???

penulis pernah menemani sepupu penulis yang yang terpaksa duduk berjauhan dengan suaminya disebabkan tempat kerja mereka tidak sama... sepupu penulis baru sahaja dikurniakan cahaya mata yang pertama... kasihan dia yang kena sorang2 menjaga anak di kala malam menjelma penulis pergi menemani dia...
hampir 2 bulan penulis tinggal bersama dia dan anaknya...
melalui pengalaman di situ penulis dapat lihat bagaimana seorang ibu yang mempunyai kerjaya perlu membahagiakan masanya sebaik mungkin untuk bekerja dan menjaga anak.. timbul rasa kasihan bila ada hari2 tertentu anaknya menangis tak henti2 setiap kali waktu maghrib..
penulis sendiri pown naik risau juga.... dalam tempoh dua bulan tue penulis dah boleh hafal waktu pukul berapa yang anak dia akan jaga menangis nak minum susu dan waktu itulah tukar lampinnya... kadang kala pukul 2 pagi.. kadang kala 3 pagi.... setiap kali anaknya menangis mesti penulis pown tersedar dari tidur.... ada masanya anaknya tak mahu tidur dan terus menangis sampai pukul 5pagi...

semuanya ini mengingatkan penulis kepada emak penulis.... terdetik di hati penulis mesti masa penulis kecik2 dulu emak pown tak cukup tidur melayan karenah penulis kan..... sebab emak penulis juga bekerja.... waktu itu dapat merasakan betapa tabahnya dan kuatnya emak menjaga kami adik beradik(walaupon tak ramai tapi kesannya tetap terasa kan??? ) itu belum di kira dengan pengorbanan emak dok usung penulis kesana kesini selama 9bulan....

kesimpulannya di sini apa sahaja yang perlu dihadapi kita kena sentiasa berusaha menguatkan tahap MENTAL dan FIZIKAL di samping pengisian rohani yang mantap untuk kita menghadapi apa jua yang Allah telah rancangkan dan apa yang telah ditakdirkan untuk kita.....
CAHAYA MATA adalah anugerah yang paling mulia bagi pasangan yang sudah membina baitul muslim untuk mencorak dan mendidik anak2 supaya menjadi seorang insan yang terbaik di mata Allah..... insyaAllah
setiap pasangan yang membina baitul muslim mestilah menpunyai hasrat untuk memiliki zuriat sendiri kan???? sekiranya dapat yang kembar nie kiranya Allah bagi bonus lahhh untuk kalian.... (^_^)



p/s : rasa seronok pula bila tengok orang lain ada anak kembar... jadi buat sahabat2 yang sudah mendirikan baitul muslim semoga kalian terus berbahagia disamping insan tersayang dan akan dikurniakan mujahid dan mujahidah yang comei2 belaka nanti insyaAllah.... buat sahabat2 yang bakal mendirikan baitul muslim mabbruuuk 'alaih penulis ucapkan... semoga apa yang dirancangkan untuk majlis walimah nanti berjalan dengan lancar dan diberkati oleh ALLAH SWT... (awal jodoh korang... khaborlah2 kat penulis yeaa walimah korang bila...) dan buat sahabat2 yang masih 'single' hehehe kita pakat2 habiskan belajar dulu yeaa... yang sudah berkerja part time ataupun yang sudah bekerja tetap jagalah diri elok2... usah risau sekiranya masih belum berpunya.. insyaAllah ade tue... (cewahhhhh!!! ) hehehehe..... smile!!!! (^____^)



Saturday, March 17, 2012

~ interview mengejut ~

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

*************** 

السلام عليكم ورحمة الله وبركتة


sambil menunggu 2 sahabat pergi ambil laptop diaorang kat kedai komputer tue tangan penulis mencapai fon tengok2  kalau mak ada mesej...

1 missed call received

view number 05721****.... time called 10.47am

ehhh ini number area rumah... ada sesapa pulak yang telefon guna telefon rumah... pukul 10.47am?? rasanya time nie ada dekat rumah lagi... kenapa tak perasan ada bunyi fon yeaa... hurrmmm...
terdetik di hati hendak telefon balik.... tapi macam mana nak cakap... takkan penulis yang telefon penulis yang hendak tanya siapa kat sana??? bukan adab bertelefon namanya tue... hurmmm mulalah mencipta ayat2 yang sebaik mungkin...

penulis : Assalamualaikum....
mereka  : Waalaikumussalam
penulis : maaf bertanya... pagi tadi num nie ada telefon saya tetapi saya tak perasan ada panggilan... baru tadi saya tengok fon.. boleh saya tahu siapa yea di sana????? (bagus tak ayat penulis??? huhuhu)
mereka : ohhh kami dari Pejabat *sekian2--- .... mungkin itu dari pengurusan *sekian2--- ... cik ada buat permohonan ke sebelum nie????
penulis : owhh itu yea... memang saya ada hantar borang dari tahun lepas lagi...
mereka : baiklah cik.. saya sambungkan talian cik dengan  Encik S sebab dia yang menguruskannya....
penulis : baik2....

2 sahabat penulis dah kembali ke kereta... mendengar perbualan penulis yang agak2 serius itu hehe

Encik S : Assalamualaikum...
Penulis : Waalaikumussalam....
Encik S : yea ada apa yang boleh saya bantu???
Penulis : (nampaknya kena repeat balik apa yang dah cakap mula2 tadi) pagi tadi num nie ada telefon saya tetapi saya tak perasan ada panggilan... baru tadi saya tengok fon.... ada apa yea telefon saya pagi tadi???
Encik S : owhh... cik ada buat permohonan untuk **** ke???
Penulis : yea saya...
Encik S : nama cik apa yea??? saya nak cari borang cik..
Penulis : nama penuh saya *sekian2.......
Encik S : sebentar yea cik.... (2 minit berlalu) cik boleh bagi number telefon cik??? nanti saya dah dapat cari borang cik saya telefon balik...

sahabat 1 : kenapa tue???? serius je....
penulis : inilah orang dekat pejabat *sekian2 call... pasal yang yana ada mohon hari tue....
sahabat 2 : owhhhh... yeker....
penulis : itulah pasal... time kita duduk di rumah takda buat apa takda sesapa pulak nak call... nie bila dah sesekali keluar time nie jugaklaa dia nak call... (bersembang2 sambil drive pulang ke rumah)
sahabat 2 : insyaAllah ada rezeki nak datang tue..
penulis : mudah2an amin..... (sambil tersenyum)

sedang penulis drive dengan hati yang berdebar2 menanti panggilan dari Encik S tetiba fon berbunyi...
mood terkejut!!! ehhh camna nak jawab sambil drive nie??? kena berhenti tepi jap.. tangan dah menggeletar nie hihihi (nervous tetiba)....

Encik S : assalamualaikum... cik *sekian2....
penulis : yea saya....
Encik S : macam nie cik.... cik memang ada mohon untuk ****... jadi cik kena menghadiri ujian bertulis....
penulis : alhmdulillah.... bila yea ujian bertulis tue????
Encik S : ujian bertulis sebenarnya sudah bermula pukul 3.00ptg tadi...
penulis : (terus melihat jam tangan 3.15 petang)... Allahuakhbar dah lewat 15minit... macam mana nie encik??
Encik S : rumah cik di mana??? takpa cik datang je.. lagipon ujian baru bermula...
penulis : rumah saya di bagan serai.. tapi saya pergi parit buntar... sekarang baru on the way balik ke bagan serai...
Encik S : agaknya cik boleh sampai di pejabat pukul berapa???
penulis : sekarang masih di sungai bogak... insyaAllah sebelum pukul 4 saya sampai boleh ke??? mungkin saya terus ke pejabat unuk ujian tue... ehhh tapi alat tulis apa pown takda nie...
Encik S : takpa cik... kalau ada sebatang pen pown sudah cukup...
penulis : sebatang pen???
sahabat 1 : takpe2 kami ada... (moral support dalam kereta nie ada hehehe)
penulis : baiklah encik... saya akan sampai sebelum pukul 4... insyaAllah....

dengan serta merta gear D dah masuk memecut kereta dengan sebaiknya.... sorry abah (hehehe)
ingat nak terus ke pejabat tue tapi rasanya nak balik rumah dulu..... sampai rumah salin uniform tanpa mekap2 capai pensel case terus turun dengan cepat dan berkejar masa untuk ujian bertulis...
dan tak pasal2 sahabat penulis yang 2 orang itu menjadi mangsa untuk meneman penulis pergi jawab test hehehe... sorrylah kawan!!!! :)


tepat jam 3.35petang kelam kabut masuki pejabat jumpa Encik S dia bagi soalan terus masuk bilik peperiksaan jawab set soalan... inilah kali pertama pergi buat ujian bertulis tanpa apa2 persediaan.... Alhmdulillah masa menjawab semuanya lancar... lepas siap jawab

Encik S : cik kami akan hubungi cik secepat yang mungkin sekiranya keputusan cik layak untuk di temuduga..
penulis : bila temuduganya???
Encik S : temuduga ESOK pagi.... kami akan hubungi cik secepat yang mungkin ....
penulis : (dalam hati ESOK??? memang terbaiklah... dahla 50-50 antara dapat atau tidak temuduga tue... kalau dapat esok pulak temuduganya.... memang dasyat sungguhlaaa.. )

keluar dari pejabat 2 orang sahabat penulis masih setia menanti di luar

sahabat 1 : macam mana??? susah tak...
penulis : apa lagi nak di kata... jawab je... hehehe
sahabat 2 : insyaAllah mesti boleh punya :)
penulis : ehhh hari hujan rintik dahla....
sahabat 1 : itulah nak hujan nie.. macam mana nak balik rumah....
penulis : alah tak pe kalau hujan lebat tidur je dekat rumah dulu... okey je... bukan ada sapa pown kat rumah... ;)

elok sampai sahaja di rumah hujan lebat mencurah2.... nampaknya tidur di rumah penulis mereka 2orang ini hehehe... bolehlah teman penulis buat revison apa2 yang patut kalau2 dapat interview.....
sebelum tidur sempatlah penulis buat soal jawab dengan sahabat penulis ini pasal hukum2 tajwid..... mulalah teringat zaman2 belajar KKQ dulu hehe...

esok pagi jam 7.15pagi fon berbunyi.. naik number 018******* ehhh sapa pulak telefon pagi2 buta nie...

penulis : Assalamualaikum
DIA : Waalaikumusalam... cik *sekian2 ..
penulis : yea saya (nervous)
DIA : tahniah.. cik perlu menghadiri temuduga di pejabat jam 9 pagi.... terima kasih (terus dia meletakkan ganggang telefon)
penulis : (stiill in 'blur' mood) dapat temuduga!!! alhamdulillah... mak!!!!! :)
sahabat : tahniah2... cepat2 siap.... 
penulis : alah nanti pi temuduga korang jangan balik lagi.... tak bestlaaa..
sahabat : hurmmm kami kena balik awal nie.....
penulis : yeker... takpelah macam tue....

terus siap2 untuk berhadapan dengan penemuduga... risau nervous gemuruh dan semua adalah sebelum masuk bilik temuduga....
dari pukul 9 hingga pukul 10 menanti akhirnya barulah bermula sesi temuduga... semestinya siapa yang menjadi orang pertama akan menjadi perhatian sebaik sahaja dia keluar dari bilik temuduga... biasalah mula nak bertanya apa yang kena tanya.....

penulis terkejut sangat2 sebab penulis orang ketiga yang di panggil dan calon perempuan yang pertama di panggil.....  nervous??? jangan katalah.....

macam nielah situasi penulis kena temuduga~gambar hiasan dri mr.google~

selepas di soal siasat oleh encik2 penemuduga.... dekat setengah jam dalam bilik tue... elok keluar je semua calon2 di luar memandang penulis dengan penuh tanda tanya.... penulis senyum.. tahu mesti diaorang nak tahu kena tanya apa... hehehe... maklumlah masing2 nervous katakan.....

keluar dari pejabat itu dengan perasaan yang sangat lega.. alhamdulillah... alhamdulillah...alhamdulillah...
mudah2an Allah mempermudahkan segalanya dan memberi penulis ruang dan peluang untuk kesempatan kali ini.... doakan penulis yea..... (^_^)


وسلام

*****************


p/s : buat sahabat ku yang 2 orang itu.... thanks a lot... banyak moral support yang korang bagi..... koranglah yang menjadi saksi utama macam mana kelam kabutnya penulis saat menerima panggilan itu.. hehehe...
cuti korang pown dah habis... takpe2 ada rezeki untuk next holiday kita date lagi yea..... :)



Friday, March 9, 2012

~ when drive alone ~


 Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

****************************


assalamualaikum
apa khabar pembaca yang dikasihi lagi dihormati...
moga semuanya dalam keadaan yang baik2 ceria2 dan bahgia hendaknya... insyaAllah

lama juga rasanya penulis tidak post apa2 yang berbentuk cerita kepada pembaca kan???
bukannya taknak bercerita tapi tiada cerita yang hendak diceritakan.. hehehe...
ditambah pula melihat blogger2 yang lain sangat hebat2 penulisan mereka dalam perkongsian yang bermanfaat..
masyaAllah teruja rasanya membacanya... tidak kurang juga yang menghasilkan kepelbagaian jenis puisi...
hebatnya mereka semua.... penulis pernah juga cuba2 mereka puisi tapi rasa macam tak mantap dan terkesan pown dekat jiwa bila membacanya kembali... malu je kalau dipostkan di sini hehe....

baiklah berbalik kepada tajuk post penulis untuk kali ini...
bila anda sudah memiliki lesen memandu sudah semestinya keinginan hendak membawa kereta itu adakan???
samalah juga apa yang penulis rasa... tapi bila saat lesen memandu sudah penulis miliki bukanlah sewenang2nya mak n abah penulis hendak bagi penulis drive kereta....
kadang kala penulis sentiasa tercari2 peluang macam mana nak minta dekat mak n abah penulis nak cuba drive kereta yang ada dekat rumah nie....
nampaknya memang susah nak dapat...
pernah sekali tue mak hendak ke sekolah.. saja cakap dekat mak 'mak meh kak drive kereta boleh??'
mak jawab 'takpalah mak yang drive'
penulis---kuciwa rasanya huhuhu
cuba lagi minta nak drive kereta
penulis 'mak nanti nak pi amik adik kat sekolah kan??? kak nak cuba drive kat jalan raya boleh??? alah sampai dekat SABAR pown jadilah'  ayat2 penulis dengan penuh harapan...
mak -- diam je tak jawab
penulis -- macam tak dapat je.... sob3

jam pukul 11.00pagi sudah....
gerak nak ambil adik dekat hostel dia...
mak yang drive....
kuciwa.. duduk diam je dekat sebelah mak... bila sampai dekat jalan semanggol tue tetiba mak cakap
'jalan bengkang bengkok macam nie boleh ke nak bawa???? ' sambil melalui jalan tue
penulis 'alah bawa ajelah...'
hahaha nampak macam ayat orang merajuk tak????
ish3 dah besar2 pown buat perangai... {sorry mak!!!!}
perjalanan pulang ke rumah.. samapi dekat lampu isyarat simpang empat semanggol tetiba mak tanya
' nak drive ker '
apa lagi lagi laju je jawab ' nak nak... boleh je ' hehehe hati dah berbunga2 kembali
mak pown berhentilah dekat tepi jalan n tukar driver....
dengan penuh rasa yakin {walaupun tangan ada ketar2 skit hehe} penulis drive pulang ke rumah dengan selamat...
see??? dapat juga hehehe.....
selepas tue hurmmm sebulan dua juga tak dapat nak drive sebab takde arah tujuan kalau nak drive pown..... daripada nak membazir duit minyak better duduk diam2 je dalam rumah...


3bulan berikutnya..
khamis malam
miss lin -- saya rangka dahulu surat sokongan tue then esok dekat sekolah saya suruh cikgu bm check dulu then saya jumpa pengetua ok--
penulis-- okey.. thanks miss sebab sudi tolong saya.. saya hargainya sgt2

isnin pagi
penulis--salam miss.. maaf ganggu macam mana yea surat saya tue??
miss lin--nnti bila saya dah dapat saya mesej kamu...sekrg saya xsempat lagi nak jumpa pengetua

selasa pagi
penulis-- salam miss... dah dapat yea tanda tangan pengetua.. kalau dah dapat saya ingat nak jumpa miss petang nie....
miss lin-- liyana sory sgt2... pengetua takda  kat sekolah laa pulak hari nie.. sok mungkin dia ada

hurmmm tarikh tutup dah nak dekat nie... tanda tangan surat sokongan tak settle lagi... nampaknya penulis kena pergi mengadap pengetua sendiri rasanya baru cepat sikit settle...

penulis-- abah esok kak nak pi sekolah...
abah-- pi sekolah nak buat apa???
penulis-- pasal surat tuelah... cikgu kak dah buat cuma tak sempat nak jumpa pengetua lagi.. kak ingat biar kak jelah pi jumpa pengetua minta tanda tangan dia.. tarikh tutup nak dekat dah.. takut tak sempat nak pos balik...
abah-- nak pi dengan apa???
penulis-- hurmmm nampaknya kena bawa kereta emak laa esok
abah-- takpalah macam tue... pi settlekan apa yang sepatutnya...

dengan mudah penulis dapat greenlight untuk drive kereta emak pergi sekolah yang jauhnya lebih kurang 25km dari rumah DENGAN SEORANG DIRI???
bayangkanlah dah 3bulan tak pegang langsung stereng kereta dan tak pernah drive sejauh itu atas sebab keadaan yang TERPAKSA ini nampaknya penulis kena drive seorang diri esoknya....



sepanjang perjalanan penulis ke tempat yang hendak dituju agaknya ada tak pemandu yang berada di belakang kereta penulis berkata2 seperti animasi kartun di atas???
hehehe... kata kan apa sahaja wahai pemandu2 yang lebih hebat dan cekap dari penulis... penulis baru first time dapat drive kereta 80km ke 90km sejam... kira lajulaa tue kan??? huhuhu
maklumlalah bawa kereta biasa2 je tak bolehlah nak rush sangat.... nanti berasap enjin dari depan dah tak pasal2... walaupon perjalanan penulis ada kalanya rasa lapang dan ada kalanya rasa gayat bila dikelilingi dengan lori2 treler yang besarnya 3kali ganda dari kereta penulis...
syukur alhamdulillah penulis selamat pergi ke sekolah dan kembali ke rumah tanpa ada sebarang masalah....
teruja sensorang pulak bila dapat drive jauh2 nie....

sekian sahaja dahulu kisah penulis..... pesanan penulis kepada semua pembaca yang ada lesen memandu
'pandu cermat jiwa selamat.. ingatlah orang tersayang' (^_^)

 wasalam..............

p/s : lepas nie penulis adalah lagi peluang bodek2 abah nak drive kereta pergi area pekan pb pulak hehehe....





Tuesday, February 28, 2012

~perlukah~

assalamualaikum...
salam sejahtera... semoga semua pembaca yang view blog penulis kali ini sentiasa sihat.. insyaAllah...
beberapa minggu yang lepas sambil penulis ziarah blogger yang lain penulis ada mendengar nasyidfm...
keudara satu lagu nasyid yang membuatkan penulis tertarik dengan liriknya...
lirik lagunya memang kena dengan life penulis sekarang...
lirik lagu yang menyebabkan penulis terbayang wajah mereka seorang demi seorang....

jadi penulis ingat hendak berkongsi dengan pembaca sekalian....
mendengar sambil memahami ayatnya satu persatu..


**************


~ perlukah ~
kumpulan nasyid forheart


menitis air mataku
hilangnya sahabat sejati
yang riang dikau ku merindu
persahabatan abadi




setiap detik teringatkan dikau
walaupun kau pergi membawa diri
kasih sayang kita tidak terjangkau
ditemukan impian yang murni






perlukah daku ditinggalkan
perlukah engkau melupakanku
perlukah ada rasa kesangsian
perlukah ada rasa rindu



**************





p/s : PERLUKAH??? wallahualam... biarlah tidak sering bertanya khabar tetapi doa untuk sahabat2 sentiasa diiringi selalu... insyaAllah.....

Wednesday, February 22, 2012

~ di sebalik ketenangan itu ~


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

*********************
 
السلام عليكم ورحمة الله وبكته






18 februari 2012 (malam)

abah : kakak bila keputusan keluar????

anak : tak pasti tarikhnya bila... tengok dekat web tue katanya 21 januari nanti

abah : 21??? hari apa tue??? isnin ke??

anak : rasanya selasa kot... jap2 pi tengok kalender


~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~


20 februari 2012 (malam)

abah : esok keluar kan keputusan dia...

anak : yeaa....

abah : doa banyak2.. tambah2lah solat hajat tue...

anak : insyaAllah.. baik abah... (doa??? tak pernah putus )


~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~




21 februari 2012 (pagi)


1 message received
-ABAH-
macam mana??? boleh check dah ke???


ANAK reply
belum lagi... ada khabar kata esok pulak baru boleh check


calling!!!
-ABAH-


answer --
abah : jadi macam tue pulak ker???
anak : aahhh mungkin ramai sangat kot.. sistem tak boleh nak proses hari nie...
abah : yeker... xpelah kita tunggu esok pulak laa yeaa...
anak : hurmmm.......




~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~

22 februari 2012(pagi)


1 mesangge received
-ABAH-
macam mana?? dapat ke???

ANAK reply
tak boleh nak check lagi...

~abah balik kerja~
menatap skrin komputer bersama

KEPUTUSAN
--harap maaf--

abah : betul ke check dekat link tue...

anak : yeaa... mereka yang lain semua check dekat link yang ini....

abah : tak sampai ke surat tue yeaa....

anak : ----(diam)-----

abah : { menelefon sekian sekian sekian }

-lepas solat asar menonton televisyen-

abah : mungkin lambat sikit kot..sistem dia lambat nak proses ke.. mana nak tahu esok lusa check jdi lain keputusan dia..

anak : entahlah abah... tak tahu nak cakap macam mana... cuma apa yang kakak tahu sesiapa terpilih sabtu nie semua pakat2 pi daftar...

abah : sabtu nie????? biar betul???

anak : yea... itulah yang depa kata...

abah : -----(diam)------

anak : takpelah abah.... tak kisahlah dapat ke tak... ada rezeki adalah dalam masa terdekat nie... kalau takda... kakak plan perkara lain pulak..... {berkata2 dgn setenang yang mungkin... bukan untuk tenangkan diri sendiri sahaja tetapi tenangkan juga mereka yang mendengar kata2 dan melihat raut wajah kita}


~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~


jauh di sudut hati jiwa mana tak tersentap sekiranya seorang ayah yang lebih teruja ingin tahu keputusan itu daripada tuan empunya diri...
hati anak mana yang tidak bergoncang di saat ayah yang begitu teruja ingin tahu keputusan.. sama2 melihat di skrin komputer dan keputusannya hambar sahaja...
hati anak mana yang tidak tersentuh pabila sejurus selepas itu suara ayah membuat panggilan telefon dengan nada yang serak2 basah.....

sekiranya anda menjadi ANAK itu.. berada di dalam situasi itu.. apa yang anda hendak lakukan???

jalan yang terbaik pada waktu itu berlagak TENANG.. SETENANG TENANGNYA dalam menyusun kata2.... berfikir ke arah yang lebih positif!!!!
akhir sekali TERSENYUMLAH selagi termampu di hadapan mereka......


" Jika sesuatu itu milik kita , sesulit apapun jalannya apapun rintangannya, pasti akan menjadi milik kita kerana 
memang untuk kita....
tetapi jika sesuatu itu bukan milik kita walaupun mudah jalannya walaupun bersusah payah kita ingi mendapatkannya , tidak akan pernah jadi milik kita kerana memang bukan untuk kita... "







p/s : belum ada rezeki lagi... memang kadangkala penantian itu satu penyeksaan tetapi satu penantian itu akan terbalas dengan satu kebahagiaan yang kita sendiri tidah pernah terfikir... Allah tahu apa yang terbaik.... Do not give up, the beginning is always the hardest.... redha and smile!!!! (^_^)


Thursday, January 26, 2012

~ just a while with them ~

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

******************

 السلام عليكم ورحمة الله وبركتة

salam bertemu kembali buat pembaca yang masih sudi view blog penulis yang tidak seberapa ini....
Alhamdulillah setinggi-tinggi rasa syukur penulis panjatkan buat Illahi kerana dengan izinNya sekali lagi penulis diberikan peluang untuk mencoretkan sesuatu di sini....

satu ayat yang sering kali kita dengar
' KITA HANYA MAMPU MERANCANG TETAPI ALLAH YANG MENENTUKAN SEGALANYA'
Alhamdulillah akhirnya perancangan yang di buat dari hujung tahun lepas tertunda-tunda hingga awal tahun 2012 terlaksana juga.... ribuan terima kasih buat sahabat penulis ekin dan anisah yang merancang mini rehlah ini... satu plan untuk sama2 kembali bertemu sahabat2 yang masih bercuti dan mengukuhkan lagi ikatan ukhuwah antara kita semua....

beberapa keping koleksi gambar sudah cukup untuk menggambarkan betapa eratnya ukhuwah antara kita... (^__^)

sebelum perjalanan jauh bergerak



meninjau2 port yang sesuai nak berkelah nie...


dah sampai bentang2 tikar siap2lah hidangkan makanan
bakal ' PUAN ' sedang sibuk menyedok nasi ayam... :)




sedap sedap sedap


bekalan makanan kami... yang simple2 saja






entah apa yg dilakukan mereka~menikmati keindahan alam agaknya~

















kami!!!!! (^_^)



















senyum2
senyum2


serius memang real candid ~pic yg penulis paling suka (^_^)~



seperti biasa mereka di bawah ini juga orang penting sebab mereka baik hati tolong sediakan transport untuk kami yang agak ramai ini huhu.... terima kasihlah banyak2!!!!!



ini sajalah classmate lelaki yang dapat join...

selesai sesi menjamu selera kembali dalam kelompok masing2... waktu2 macam inilah peluang hendak bertanya apa yang terkini dan perkembangan terbaru perjalanan menuntut ilmu sahabat2 sekalian... apa yang penulis perasan masing bertanya ' berapa tahun lagi pakat2 habis study??? ' hehehe.... Alhamdulillah semuanya pakat2 grad sama2 nanti yea...


               ~~ mini usrah kami ~~

selepas sesi makan2 dan sembang2 isu terkini alang2 dapat keluar jauh2 nie mulalah ekin n nisah merancang nak ke mana lagi... sebab petang masih muda(huhu ada ke istilah nie?? entahlah)
destinasi yang di pilih BUKIT LARUT.... elok juga ekin plan sebab penulis tak pernah lagi menjejakkan kaki ke situ... hehehe... nama je orang perak aduhai... just berada di kaki bukit... tak berdayalah nak daki bukit tengah2 panas nie :)














macam ini jelah bukit larut rupanya... (ayat orang yang tak pernah ke situ-penulislah orangnya hehe)
then ada salah sorang dari kami ajak pergi muzium taiping....
dah rasa macam rombongan sekolah pulak... lepas satu satu tempat bersejarah nak pergi...
bergeraklah kami semua ke muzium taiping..
sebenarnya penulis pown memang tak pernah pergi muzium nie... asyik lalu je itu pown kalau pergi taiping... rasanya pergi taiping pown setahun sekali huhuhu... macam last year pergi taiping sebab ada test komputer untuk lesen then dah tidak pernah langsung menjejakkan kaki ke taiping... dasyat kan....
kadang2 ada sedara2 yang datang hendak pergi jalan2 taiping memang penulis cakap awal2 penulis tak tahu area jalan dekat sana... setakat nak pergi zoo taiping itu pown penulis main agak2.... (^_^)


muzium ohh muzium

last destination is ban pecah... di sebabkan ramai sahabat2 penulis tak pernah pergi ban pecah jadi perjalanan terus menuju ke sana.... apa yang best sepanjang perjalanan bila dah sampai di tepi laut adalah penulis dapat snap gambar permandangan yang sangat cantik..... teruja2...

subhanallah sangat indah dan tenang


sebelum berakhirnya post untuk kali ini ada satu kisah yang penulis mahu share

number plat telah di hitamkan... :)


apa kena mengena gambar kereta di atas dengan kisah penulis????
ceritanya bermula.... (cewah dah macam penulis cerpen pulak hehe)
inilah kereta yang penulis naik dari taiping ke ban pecah... dari ban pecah ke bagan serai....
driver??? dah tentu bukanlah penulis hehehe... salah seorang classmate lelaki yang drive sebab selalunya orang lelaki nie cekap sikit bab2 memandu kereta....
kesimpulan yang penulis dapat buat sepanjang berada di dalam kereta sebagai penumpang yang setia sehingga ke destinasi yang terakhir MEMANG DAHSYAT.....
mana ke tidak sahabat penulis yang drive nie belajar di CHINA.. sekali balik cuti ke malaysia dah nak kena bawa kami naik kereta....


kejadian pertama masa dekat muzium... dia terlebih agak untuk side parking alih2 terlanggar tembok kat depan... tak pasal2 bercalar sikit dah kereta bahagian depan... mujurlah tak kemik.... tak tahulah apa dia nak jawab dekat ayahnya nanti hehehe....


kejadian kedua masa pergi ke ban pecah... ikut kereta viva hitam kat depan... alih2 punyalah jauh bawak pusing.. sampai ke hujung ban pecah viva hitam jalan... laju tinggalkan kami di belakang... tidakkah dia tahu bahawa driver kat belakang nie jalan masuk tebuk pown dia tak pernah masuk alih2 terus bawa ke jalan yang sungguh mencabar bila kereta berselisih?? aduhai....
selisih2 punya pasal sampai 3KALI side miror belah kiri langgar pokok.... kalau sekali tak kisah sangat...
ini 3KALI okey!!!!! syukurlah tak tercabut side miror tue... satu lagi perkara bila selisih dengan kereta rasanya jarak 1 inchi je penulis yang ada dalam kereta risau kalau2 calarkan kereta orang... tak pasal2 je nanti.... dalam kereta kami yang sebagai penumpang kejap2 jerit panggil nama driver.... mana ke tidak macam nak langgar pokok kat sebelah jalan tue... driver??? dia gelak je... sabar jelah.... apa yang best dia boleh kata :
~ kadang2 pengalaman perlu dibayar dengan wang ringgit ~
kalau dah hentam kereta orang lain memang kena jawab dengan wang ringgit nampaknya... hehehe... 



kejadian ketiga sewaktu keluar dari simpang ban pecah....
ini memang sungguh tak tahu nak cakap macam mana...
kebarangkalian untuk selamat cuma 50% 
lagi 50% memang nak kena langgar.... 
boleh dia keluar simpang dalam keadaan kereta yang datang cuma tinggal 50meter jaraknya????
memang kecut perut juga kami semua dalam kereta......
kalau sesiapa yang ada lemah jantung ke memang tidak digalakkan untuk berada dalam keadaan itu... gerenti kena serangan jantung...
bila dah lepas melintas tanpa berlaku apa2 pelanggaran pakat2 gelak tak sudah dalam kereta...
memang berani mati sungguh melintas jalan macam tue.... sabar jelah....


walau apa2 pown Alhamdulillah semuanya sampai ke rumah masing2 dengan selamat...
sebelum ini pernah juga menaiki kereta yang pemandunya agak2 lasak tetapi berada di dalam 
kereta myvi itu memang satu pengalaman , pengajaran dan belajar sesuatu tentang pemanduan kereta....


akhir kalam terima kasih kepada semua yang join.... terutama sekali yang sudi bawa kereta..... dapat juga bawa kami berjumpa dengan sahabat2 yang lain..... terima kasih juga kepada ekin dan nisah yang masak nasi ayam special :) ..... moga ukhuwah antara kita terus kekal hingga akhirnya.....


 
وسلام
 
************






p/s : sekadar coretan santai untuk memenuhi ruangan blog penulis... berjuta kemaafan sekiranya ada yang tidak berpuas hati dengan apa yang penulis ceritakan... pada penulis semua yang berlaku dan pertemuan kita yang singkat ini memberi satu kenangan terindah bagi permulaan tahun 2012.... semoga Allah memberikan  kesempatan kepada kita dan semua sahabat2 classmate kita dapat berkumpul lagi bagi mengukuhkan lagi ikatan ukhuwah antara kita semua...... ukhuwah fillah abadan abadaa.... (^__^)

-ini baru sebahagian gambar... kalau sahabat2 nak gambar2 yang lain bolehlah datang rumah n transfer mana2 gambar yang sahabat2 berkenan...-







Tuesday, January 24, 2012

~ dia lagi ~


Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang

***********
assalamualaikum....


saat handphone berbunyi terpapar namanya.. penulislah orang yang paling gembira....... serius cakap memang rindu sangat dekat dia...




permulaan perbualan mendengar ketawanya riang... mashaAllah kamu memang terbaik sebab sentiasa happy setiap kali menelefon.....
macam2 kita sembang dan bincangkan....
dari tajuk pasal belajar hinggalah bab temu jodoh(ops!!!!) (^_~)
rasanya words yang lebih penulis suka gambarkan 'seorang imam dalam institusi sesebuah keluarga'
walaupon di luar dia bukanlah seorang imam masjid bukanlah seorang yang cukup menghafaz 30juzu' 
al-quran dan bukanlah seorang ustaz namun cukuplah dia boleh menjadi seorang imam yang terbaik buat penulis dan keluarga penulis...
betul tak sahabatku???? (penulis tahu saat ini mesti kamu tengah senyum sensorang hehe)


apa lagi yea yang kita bincangkan... hurmmmmm a lot of story kan....
2 jam panggilan melalui handphone... ukhwah itu lebih indah dari bercinta kan??? hehe
perbincangan dari hati ke hati....
tyme ketawa kita ketawa tyme masuk bab sedey2 bergenang juga air mataku...
well u really know me right????

satu ayat yang buat penulis rasa terharu sangat bila kamu cakap
' suka sangat dapat sembang dengan penulis sebab penulis banyak tahu pasal kamu '

penulis pown nak cakap
' penulis pown sangat seronok dapat bersembang dengan kamu.... sebab kamu juga faham penulis bagaimana.... walaupown kita jarang dan susah sangat2 nak jumpa tetapi penulis berasa sangat rapat dengan kamu '

kamu cakap
' yea.... walaupon kita jauh tapi hati2 kita sangat rapat... hati kmi n hati yana ada duduk rapat2 taw'

kamu buat penulis tersenyum lagi...... really miss u sis!!!

Ya Allah ya tuhanku..
berikanlah penulis peluang untuk bertemu dan bertentang mata dengannya
satu pertemuan yang boleh mengukuhkan lagi ikatan ukhuwah kami
satu pertemuan yang boleh kami sama2 bina kekuatan diri kembali
dalam menempuhi ujian2 yang Engkau berikan...
satu pertemuan yang boleh mengubat kerinduan di dalam hati2 kami....
sesungguhnya kami hanya mampu merancang dan Engkau maha berkuasa untuk melancarkan segala pertemuan di antara kami itu.....
mudah2an Engkau perkenankanlah hajat hati hambamu yang lemah lagi hina ini....