Friday, September 30, 2011

~ Dari DIA kita datang kepada DIA kita kembali ~







'Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.'

Surat Al-Munafiqun: Ayat 11




******
--27 septembar 2011--

pintu bilik terbuka secara tiba...
kelihatan wajah emak di muka pintu....
'siap nak balik kampung... tok wan meninggal dunia'....
innalillah.. itulah perkataan yang terus terpacul dari mulut penulis...
dalam keadaan yang masih terpinga2 dan pelbagai persoalan yang bermain dalam minda
bila meninggal??
sebab apa??
siapa je yang berada di sisi tok wan ketika itu???
dan macam2 lagi penulis biarkan dulu....
dalam kekalutan mengemas baju kedengaran telefon abah penulis tidak henti2 berbunyi...
kejap2 ade mesej masuk... kejap2 ada yang telefon...
terdengar suara abah serak2 dan agak sangkut2 menjawab panggilan itu membuatkan hati penulis juga menjadi sebak.....
apa yang terlintas dalam hati penulis -abah semoga dirimu tabah dan kuat menghadapi ujian ini-
'adik macam mana nak amik tak???' sudah pasti adik penulis tidak tahu perkara ini...
masih tak pasti nak amik dia atau tidak....
penulis mencapai henset di atas katil.. melihat jam 5.15petang....
hendak amik adik sebelum pukul 6petang memang tak sempat....
dengan keadaan yang agak kelam kabut penulis main capai sahaja beberapa pasang baju kurung sebab masing2 tak pasti berapa hari untuk berada disana...
penulis sempat juga cuba telefon dua sepupu penulis yang ada dekat uia...
jangkaan penulis mungkin mereka masih tak tahu.....
tapi kedua-duanya tak jawab panggilan....
mungkin kelas tak habis lagi time sek
6.10petang menanti abah pulang dari isi minyak kereta....
barang semua dah settle... pakaian adik pown standby satu beg...
abah masuk ke rumah dan duduk di sofa sambil menjawab panggilan entah dari siapa..
mungkin dari sahabat handai abah yang mengucapkan takziah....
hampir pukul 7.00 petang.. berada di smka.... jumpa adik kasitaw dia supaya dia xrasa ralat..
alih2 adik ikut sekali balik kampung...
sampai saja di rumah tokwan suasana kelihatan suram...
yang tinggal hanyalah saudara-mara yang terdekat...
kesempatan masa yang ada penulis ambil duduk di sisi arwah tok wan sambil membaca yasin...
melihat mak cik sedara ku yang muda dari penulis anak bongsu tok wan membaca yasin dengan linangan air mata..... malam harinya hanya tidur2 ayam kerana bergilir2 berjaga dan membaca ayat2 suci al-quran di sisi arwah tok wan......
keesokkan harinya majlis pengebumian...
pada hari itulah penulis betul2 dapat melihat bagaimana mengurus jenazah dengan real di depan mata...
bukannya memakai patung sebagai model lagi tetapi jenazah yang benar... dari saat dimandikan sehinggalah dikapankan dan dikebumikan...
saat yang paling memilukan dan menyebabkan semua yang melihat mengalirkan air mata tidak kira lelaki mahupown perempuan apabila mencium jenazah untuk kali terakhir...
tiada lagi kata2 yang mampu diungkapkan waktu itu... hanya doa terus mengiringi arwah tokwan......


semoga tokwan di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.. amin...



siapa sangka ini malam terakhir(29ramadhan) cucu-cucunya dapat bergambar dengan arwah tokwan




beramai-ramai capture gambar dan inilah kali terakhir bergambar bersama arwah tokwan



******




p/s: kesempatan ini juga penulis nak mengucapkan salam takziah buat sahabat2 penulis nurul wahidah, adila shahidan dan yang terkini sarah sabri diatas berita ayahanda kalian di jemput mengadap ILLAHI... berita yang betul2 memeranjatkan penulis....
wahidah kehilangan ayah dalam bulan ramadhan tahun ini..
adila kehilangan ayah tercinta pada awal bulan sept kalau tak salah penulis yang bersama2 2orang pelajar MATRI dalam kemalangan yang tidak diduga tempoh hari...
dan sarah sabri antara yang paling memeranjatkan penulis kerana kehilangan ayah tercinta sehari selepas arwah tokwan penulis meninggal.....
walaupun penulis tak pasti kalian ada baca rentetan ini atau tidak penulis cuma ingin menyatakan semoga kalian terus tabah dan kuat untuk meneruskan kehidupan...
penulis menyeru kepada pembaca yang membaca post kali ini... marilah kita sama-sama sedekah al-fatihah kepada mereka yang telah kembali menghadap Illahi.. semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang2 yang soleh dan beriman.....Al-fatihah...

Thursday, September 15, 2011

~kata-kata apa lagi selepas ini~

apa lagi kata-kata yang harus diungkapkan selepas ini....
apakah... apakah... apakah......




melihat kalender... melihat tarikh itu... mungkinkah????
usahlah mengharap wahai diri....
usahlah bermimpi wahai diri....
usahlah mempunyai angan2 yang belum tentu hakikatnya...
usahlah... usahlah... usahlah....
kerana semua itu akan membuatkan kau kembali terduduk...
membuatkan hati kau kembali terluka...
membuatkan kekuatan dalam diri kau terus di hakis.....
membuatkan kau terus meratap sendirian....
meraung tanpa bunyi.....
menjerit tanpa suara......
yang pastinya kau akan terus sepi menyendiri tanpa disedari sesiapa...
kesakitan yang sukar untuk di rawat oleh mana2 doktor pakar sekalipown melainkan
DIA YANG MAHA BERKUASA......





keputusan yang sudah dijangka......
teruja gembira seronok suka kecewa sedih disakiti rasa nak nangis?????
entahlah seolah2 melihat keputusan di skrin itu tanpa ada apa2 perasaan dalam hati ini....
adakah sudah hilang semua kesan2 perasaan itu dalam diri penulis??
penulis sendiri tak pasti......


tarikh yang kononnya ditunggu sudah tiba....
apa pula ayat yang penulis hendak reka bagi menjawab soalan-soalan mereka selepas ini.....
satu jawapan yang dapat membuatkan penulis jawab tanpa ada rasa sakit di hati ini....
apa lagi ayat yang mampu penulis ungkapkan dihadapan mereka.....
ayat apa lagi.... ayat apa lagi........






MEMBISUKAN DIRI..........
adakah penulis boleh terus diam dan menjawab persoalan mereka hanya dengan sebuah senyuman....
bolehkah mereka mengerti apa yang penulis maksudkan sekiranya hanya sekadar hadiah sebuah senyuman??????
mustahil... mustahil... mustahil......






dan sehingga manakah kekuatan penulis untuk memekakkan telinga dengan
persoalan-persoalan yang kadang-kala mengguris hati penulis...
soalan-soalan yang kadang-kalanya menampakkan betapa kolotnyaa penulis.....
soalan-soalan yang kadang kalanya seperti di hempap batu yang besar di atas diri....
sejauh manakah penulis mampu untuk semua ini...


Wednesday, September 7, 2011

~~pastikan bibirmu sentiasa tersenyum~~


★═══════ ●❤● ═══════★★═══════ ●❤● ═══════★★
Kala hatimu sakit kerana beratnya ujian hidup, tentunya smbil menangis kita akan berkata '' Ya Allah, mengapa ini semua menimpaku ? Katakanlah pada diri ''inilah cara Allah menjadikan kita kuat dan memberikan rahmatNya. Kerana dalam ujian itu DIA pun pasti sudah menyiapkan JALAN buatmu.
★═══════ ●❤● ═══════★★═══════ ●❤● ═════
══★★

persoalan :
assalamualaikum..... terukkah kehidupan seseorang itu sekiranya tidak dapat peluang utk sambg belajar di mana2 institusi pengajian tinggi???



respon yang diterima:
.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸♥●•٠·˙•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸
wasalam. mungkin rezekinya bukan di sana. Allah has plans for all of us.
.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸♥●•٠·˙•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸
smbung k unvrsiti bknlah mnjamin seseorg tu bgus atau x dri smua sudut..x dpt smbung blaja juga bknlah brmakna dia gagal utk smua sudut.. masing2 dgn klbihan dan kekurangan msing2..insyaallah klu kurang d situ, lbih d sana...
.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸♥●•٠·˙•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸
setiap orang tu Allah dah tentukan rezeki masing2 bile x dpt msuk u tak bermakna truk..ad jgak bdak yg msuk u tp attitude truk.. anggap la ni sbg ujian dr Allah..Allah tak akan uji hambaNya kalau hambaNya tak mampu.. mesti ad hikmah ap yg terjadi..Allah Maha Mengetauhi segala yang terbaik untuk hambaNya..insyaAllah berkat sedikit kesabaran..mesti ada ganjaran yang Allah dah sediakan untuk kita..insyaAllah..

.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸♥●•٠·˙•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸


bagi mereka2 yg berfikiran sekular, mmg teruklah kalau belajar takat spm je. tapi tidak pada pandangan Allah. Allah itu maha Adil. wlwpun x sambung belajar, tapi pasti rezeki Allah untuk orang tu ade pada perkara lain. tp bagi saya, kalau belajar kerana s ekeping ijazah, dan kerana nak dapat nama, tu lagi teruk drpd yg x sambung belajar. niat entah ke mana...

.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸♥●•٠·˙•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸

jgn risau dik aminadin, rezeki Allah meluas di bumi ni. tak semestinya perlu ke universiti baru ade kerja dan ilmu, semua itu hanya batu loncatan. kuatkan semangat! cuba search kt tenet mana2 bidang yg adik boleh go on dgn minat dan akademik yg adik ade. =)

.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸♥●•٠·˙•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸


kalau cari rezeki guna kemahiran, lagi best. boleh buat sambil2 lepak kat ru mah sendiri. kalau keja yg hebat2 kat opis tu, bangon pagi, pegi keja, balik keja, masak, penat, tido. macam robot. no life....

.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸♥●•٠·˙•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•

xpe..apa kata libatkan diri ngn kemahiran..umat islam xbyk ag pakar dlm hal2 ttg kemahiran..nak cari mknan halal pon susah,pnuh ngn keraguan..ceburilah ssuatu shingga pakar dan dpt menyumbang dlm masyarakat islam..besar ganjarannya di akhirat nt..sgalanya perlukan perancangan..rancang dgn sebaikn ya....

.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸♥●•٠·˙•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸

bg saya tak..u bukanlah satu kebanggan..hnya hebat d i nama.. mgkin kita akan rasa tersisih. tapi percayalah..mak ayah dah cukup bangga kalo mempunyai anak yg solehah walaupun tidak diiktiraf di mana2 universiti di dunia ni...ukhti,jgn takut jgn s edih...

.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸♥●•٠·˙•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸

alahai . dunia semata . yg teruk kalau tak cari ilmu Allah . b ukan teruk klu tak cari ilmu universiti . Life must go on. Pandangan Allah itu jauh lebih penting drpd pandangan manusia. :)

.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸♥●•٠·˙•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸

ukhti,berapa ramai student kt u malaysia yg akhlak nye da x mac am orang islam..teruk atau baik seseorang itu bukan terletak pd universiti..teringat kata2 seorang ustaz nih..berjayanye seseorang itu dilihat pada agamanye,bukan pada kek ayaanya :)

.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸♥●•٠·˙•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸

princees aminadin:saya pun xdpt universiti..sy pelajar lepasan stpm..apa yg berlaku ttp berlaku,,kita mula dgn hidup baru mungkin kita gagal hari ini tp xbermakna kitagagal hari esok...^_^

.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸♥●•٠·˙•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸
teruskanlah berfikir wahai diriku..... mungkin perit bagimu untuk berhadapan dengan semua ini namun percayalah ada sesuatu yang istimewa sedang menantikanmu.. insyaAllah......


penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang memberi respon yang membina walaupon majoriti dripada mereka penulis tak mengenali... sesungguhnya penulis tak akan pernah jemu membaca pandangan kalian... semua pandangan pendapat cadangan itu dapat memulihkan balik kekuatan dan semngat penulis yang kadang kala naik dan kadang kala turun ini... semoga Allah merahmati kalian semua... amin....



★═══════ ●❤● ═══════★★═══════ ●❤● ═══════★★
Dalam kita melangkah..Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat... Hingga kita terduduk dan menangis..Peritnya terasa tetapi ketahuilah dan renungilah dalam diri... Mgkin air mata tika itu hadir kerana DIA mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak... Semoga tabah dan tetapkan iman.. Biarlah kita keseorangan... Tnpa berteman... Biarlah malam... Tnpa sinar rembulan... Biarlah tidur... Tnpa dihiasi mimpi indah... Tpi... Jangan biarkan hatimu sunyi...Tnpa sepotong ayat suci AL-QURAN "❤●•٠·˙
★═══════ ●❤● ═══════★★═══════ ●❤● ═══════★★

Monday, September 5, 2011

~~aidilfitri 2011~~

assalamualaikum wbt....
maaflah mr.blog sudah sekian lama tak update...
sebenarnya takde idea nak 2lis apa..
walaupown banyak aktiviti yang di lakukan sepanjang bulan syawal kali nie..
tp tak mengapalah gambar kenangan yang di snap utk kenangan keturunan kita di perlis....




~~sebahagian daripada keturunan haji mohamad~~


p/s: sekadar pengisian daripada blog bersawang hehehe........ salam aidilfitri... jom kita pakat2 puasa nam pulak!!!! (^_^)

Monday, August 22, 2011

~~cukup ikhlaskah kita??~~




assalamualaikum wbt....
salam sejahtera...
salam ramadhan buat semua pembaca yang masih sudi menjenguk di teratak penulis yang tidak seberapa ini.....
semoga semuanya berada dalam limpahan nikmat yang diredhai Allah... InsyaAllah....



sedikit perkongsian dalil:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ

وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ

فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ

أُخَرَ يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ

تَشْكُرُونَ وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ


“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur'an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah). Oleh itu, sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan maka hendaklah ia berpuasa dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir (lalu ia berbuka) maka (wajib baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur”. ( Al-Baqarah: 185).






RAMADHAN...... RAMADHAN...... RAMADHAN.......
semakin hari semakin meninggalkan kita....
sayu rasanya di hati bila terpaksa melepaskan RAMADHAN pergi lagi buat tahun ini... sudah pasti penulis akan merindui kehadiran RAMADHAN lagi pada tahun hadapan... namun sempatkah penulis menemuinya lagi????? masih berpeluangkan penulis meluangkan masa2 yang cukup bermanfaat bersama-sama dengan RAMADHAN lagi......



duduk bersendirian sambil memikir kembali....adakah peluang yang Allah telah hadiahkan kepada kita iaitu bulan Ramadhan telah dipenuhi dengan amalan2 yang bermanfaat??????
ataupun kita masih leka dengan kenikmatan dunia yang bakal berakhir suatu ketika nanti???
tepuk dada tanyalah iman.... akan kualiti ibadat kita terhadap Allah SWT.....
penulis tertarik melihat status facebook rakan2 penulis.. guru penulis... malah group2 yang penulis join semuanya banyak post akan peringatan2 semasa berada di dalam bulan Ramadhan.... tidak kurang juga berkongsi ilmu dengan menyatakan kepelbagaian kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan... kepelbagaian jenis hadis2 dan dalil2 yang ditulis agar kita tidak terus leka..... saling memperingati kehadiran lailatul qard... mengingatkan kelebihan 10 malam terakhir dan sebagainya lagi.... Alhamdulillah......



namun begitu cuba kita rungkaikan lagi semua amalan2 kita di sepanjang bulan yang mulia adakah semuanya dilakukan benar-benar IKHLAS KERANA ALLAH SEMATA-MATA atau sebaliknya???????


✿~pergi menunaikan solat terawih adakah IKHLAS KERANA ALLAH atau saja hendak meramaikan ahli di masjid@surau ataupun hendak menunjuk kepada sahabat handai yang muka kita ada solat di masjid@surau ataupun sebab lepas solat terawih ada moreh ataupun sudah menjadi adat asal bulan ramadhan mesti ada terawih di masjid@surau jadi pergi jelah ataupun ada sebab2 yang lain??????--nauzubillah semoga Allah pelihara hati2 kita dari mempunyai niat sebegini--


✿~berpuasa di siang harinya sanggup tidak makan dan minum sebab ada orang tengok(padahal Allah sedang memerhati tak sedar pulak) ataupun berpuasa sebab orang lain puasa ataupun berpuasa sebab boleh 'diet' ataupun berpuasa sebab takut adik2 yang kecik2 ejek tak puasa....
--sesungguhnya berpuasalah kita IKHLAS SEMATA-MATA KERANA ALLAH--


✿~dalam menunaikan solat2 sunat yang lain seperti solat taubat solat hajat solat tasbih solat tahhajud dan sebagainya lagi adakah benar-benar IKHLAS KERANA ALLAH atau atas sebab kawan aku buat solat tersebut aku tak buat nanti malulah bila ada orang tanya(mahu menunujukkan diri bahawa dia juga ada buat solat2 tersebut) ataupun kawan2 roomate pakat bangun buat solat sunat takkan kita nak terus tidur ataupun saja memasang niat bangun solat sunat pada awal2 pagi untuk menunjukkan dekat roomate atau housemate yang kita nie baik selalu buat amalan solat2 sunat ini..... jadi yang mana satu????--rugilah ibadat2 kalian yang mulia itu sekiranya sekadar untuk menunjuk baik terhadap yang lain..... KEIKHLASAN beribadat SEMATA-MATA KERANA ALLAH lebih penting dari segalanya.. --




jadi di sini penulis ingin mengajak diri penulis sendiri dan kepada seluruh umat Islam terutama pembaca yang membaca post penulis kali ini marilah kita sama2 memanfaatkan semua ibadat2 kita ini dan melaksanakannya IKHLAS SEMATA-MATA kerana ALLAH SWT...... berdoalah kepada Allah agar semua ibadat2 kita semua doa2 kita pada bulan yang mulia ini diterimanya, dimakbulkan olehNYA dan diberikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda untuk dijadikan bekalan di sana nanti.... sesungguhnya kehidupan kita di dunia ini hanyalah sementara....





p/s: sama2lah kita saling memperingati kerana manusia itu mudah lupa..... manfaatkan diakhir2 Ramadhan ini dengan sebaik-baiknya.......

Wednesday, August 17, 2011

~~ tembok pertama berjaya!!!!!~~


assalamualaikum wbt.....


syukur alhamdulillah akhirnya tembok pertama telah berjaya dirobohkan seroboh2nya.......
walaupon ketika diri penulis di sana agak terumbang-ambing dengan kekuatan yang ada
penulis terus kuatkan hati penulis dengan saki baki kekuatan yang ada...
walaupon sesi pertama perjumpaan itu ibarat di hempap oleh batu besar di atas pentas
diperhatian dengan ratusan anak mata.... penulis tetap melagakkan diri seperti tiada apa2 berlaku... i'm fine... hakikatnya di dalam hati hanya tuhan saja yang tahu.....


sememangnya penulis ibarat pelakon terbaik semasa di situ.... berhati2 dalam menyusun kata2 di hadapan mereka semua....... melarikan anak mata dari dapat di lihat oleh orang lain..... terutama sahabat2 penulis sendiri.... penulis tahu mereka merasakan penulis menyimpan sesuatu dari mereka....... yaa... penulis mengaku memang ada menyimpan sesuatu dan penulis hanya menanti waktu itu hadir untuk memberitahunya...... bilakah waktu itu?????? wallahualam... penulis juga masih tercari2......



apa perasaan penulis apabila di tanya soalan yang sama????? sejujurnya penulis sendiri berat untuk menyatakannya...... penulis hanya mampu tersenyum dan menjawab dengan tenang tanpa suara yang serak... tanpa linangan air mata.... syabas!!! penulis dapat melakukannya walaupon dalam hati seperti dicincang lumat dengan parang.....


terima kasih YA ALLAH di atas sekelumit kekuatan yang engkau berikan itu.... ALHAMDULILLAH...... sesungguhnya sekelumit kekuatan itu amat bermakna buat diri penulis... lafaz syukur tidak lekang2 dari bibirku kepadaMU ya Allah di saat melepasi pagar tempat itu..... penulis berjaya berhadapan dengan mereka semua walaupun hanya seketika......



YA ALLAH semoga kekuatan itu terus berada di dalam diri penulis..... tembok pertama sudah dirobohkan... tembok kedua masih menanti..... penulis sendiri tidak tahu apa yang bakal penulis rasai di saat ingin merobohkan tembok kedua tersebut...... apa yang penulis mampu lakukan terus memohon doa dan merayu kepadaMU ya ALLAH agar kuatkan hati penulis untuk berhadapan dengan mereka.... kuatkanlah hati penulis......kuatkanlah....



Tuesday, August 16, 2011

~~ seketika tetapi sangat bermakna ~~


assalamualaikum wbt...
salam sejahtera.....
salam ramadhan......
apa khabar iman pembaca semua di dalam bulan yang mulia ini????
mudah2an semuanya berada di dalam peliharaan dan redha Illahi... insyaAllah.....

******

1 mesej di terima

" salam sahabat2 yang dikasihi.... sesiapa yang berminat untuk menjadi fasilitator untuk KEM IMAM PELAPIS pada 12-14 OGOS 2011 di SABAR sila hantarkan nama penuh, nombor ic dan nombor telefon kepada 019-*******... kerjasama anda amat dihargai... terima kasih..."

hurmmm nampaknya kem yang tertunda tempoh hari akan dilaksanakan dalam bulan Ramadhan kali ini.... Agak menarik untuk penulis join sekali... kebetulan penulis takda apa2 perancangan pada tarikh tersebut.....
selang beberapa minggu kemudian...

1 mesej di terima

"salam sahabat2 seperjuangan sekalian.... anda dikehendaki untuk hadir di SABAR pada pukul 9 pagi, hari jumaat 12 RAMADHAN untuk taklimat program kem imam pelapis..."

******


sayangnya penulis tak dapat hadirkan diri pada perjumpaan sebelah pagi... sebelah petangnya seperti yang di warwarkan semua berkumpul di dewan besar SABAR... di situlah semuanya bermula...... sedikit majlis perasmian.... ucapan dari wakil fasi , guru yang berkenaan dan dari pengetua... di situ jualah sesi perkenalan antara barisan fasi dan adik2..... dan di situ jugalah penulis perasan yang nama program ini telah bertukar... KEM IMAM PELAPIS kepada KEM IMAM MUDA..... lebih menarik..... (^_^)





esoknya seawal 4.15 penulis dengan sahabat fasi yang lain bangun dengan hajat untuk kejut adik2 untuk qiamulail.... bergerak ke bilik mereka dan ternyata adik2 kali ini sangat bagus.... mereka sudah bangun dan ada yang sudah siap bersedia untuk ke surau...... Alhamdulillah... semangat sungguh mereka kali ini.......

selepas bersahur dan solat subuh ada slot seketika bersama ustaz shamsul ariffin..... pada asalnya penulis ingat dia hanya memberi tazkirah yang ringan tetapi bila di lihat dengan adanya laptop, LCD ternyata beliau menyampaikan satu ilmu yang sangat bermanfaat bukan sahaja kepada adik2 tetapi buat diri penulis juga....... keistimewaan Al-quran yang sangat unik.....


bila ustaz shamsul sentuh bab qiraat wajah ustazah maria terus bermain di minda penulis... teringat masa belajar kkq dengan dia..... sahabat penulis berkata 'agaknya apa khabar ustazah maria sekarang???? lama betul tak dengar cerita dia' apa2pon walau di mana ustazah maria berada penulis mendoakan agar ustazah terus sihat sejahtera di samping keluarga tersayang.... insyaAllah.......


seterusnya pagi 13 Ramadhan itu diteruskan dengan slot bersama ustazah hajah jaliaton bagi menbincangkan tentang solat dan kepimpinan....... sesuailah dengan kem kita KEM IMAM MUDA sudah tentu solat perkara utama yang perlu di jaga di pelihara dan dimantapkan....


antara pengisian yang penulis sempat catat slot bersama ustazah ini yang penulis nak kongsikan sedikit dengan pembaca ialah:

tujuan solat kita :

1) MENGAJAR KITA BERDISIPLIN DENGAN MASA
--cuba renung kembali betul tak kita dapat berdisiplin dengan masa??? bila azan apa yang terlintas di minda orang yang igt akan perintah Allah???? menandakan waktu solat sudah masuk kan??? secara tidak langsung kita akan bergerak untuk mengerjakan apa yang telah di wajibkan ke atas setiap umat Islam... maka2 latih2lah diri anda solat di awal waktu..(peringatan utk diri penulis sendiri juga)


2) MEMBINA KEYAKINAN DIRI
-- setiap manusia normal sudah pasti mempunyai masalah... dan sebaik2 tempat mengadu dan memohon pertolongan adalah DIA yang maha berkuasa.. setiap kali di ahkir solat sudah pasti kita akan memohon kepadaNYA... kenapa???? kerana DIA maha berkuasa atas segalanya dan DIA dapat memberi petunjuk yang lebih baik dalam segalanya....


3) MEWUJUDKAN RASA KEIKHLASAN DALAM DIRI
--keikhlasan dari segi apa yang kita nak faham... sudah pastilah keikhlasan kita semasa melakukan ibadat tersebut... adakah kita laksanakan semata2 kerana Allah atau sebab ada orang tengok???? sebab nak kena puji kita bagusnya melaksanakan ibadat?????? selalu solat dekat surau sebab ada orang kita suka selalu solat di situ juga???? pikir2lah sendiri :)


4) MENGAJAR KITA BERSUCI DARI HADAS DAN SIFAT2 MAZMUMAH
-- apa yang penulis faham pada point yang terakhir ini solat dapat mengelakkan kita dari melakukan perkara2 yang tidak baik kerana insyaAllah sekiranya kita pandai menjaga solat kita secara tidak langsung segala amalan kita akan berada di bawah satu kawalan yang berjaga2 kerana kita sentiasa berfikir akan kewujudan Allah swt yang boleh melihat segala aktiviti kita sepanjang masa....


apa yang menarik slot bersama ustazah ini rasanya bukan ceramah untuk adik2 sahaja tetapi kita barisan fasi pon terkena jugak.... senyum2 jelah dari belakang hehehehe........



seterusnya sudah ibarat perbincangan perdana oleh adik2 dan barisan fasi untuk memeriahkan slot forum kita..... pelbagai gelagat penulis dapat perhatikan semasa di library SABAR.... ada yang ambil buku setebal2nya untuk mencari maklumat.. adik2 penulis sendiri pulak tak habis2 dengan mereka ayat-ayat untuk forum mereka... disebabkan bilangan kerusi tak cukup di atas lantai celah-celah meja pown tidak menjadi masalah untuk perbincangan dilakukan..... fasi2 juga tak henti2 bercakap memberi cadangan dan idea untuk adik2......



~~kegigihan adik2 kumpulanku mencari maklumat~~



~~masing-masing sibuk mencari maklumat~~




~~walaupon bersila di celah2 meja tidak menghalang dari terus berbincang~~



~~walaupon berdiri idea terus dicurahkan untuk beri yang terbaik~~




~~dan mereka yang selesa di atas kerusi merancang sesuatu yang telah menggamatkan majlis dengan tawaan para fasi yang memahami apa maksud mereka~~





seterusnya adalah slot semak tahsin solat adik2..... slot ini adik2 akan di semak cara bacaan dan cara mereka menunaikan solat di samping bacaan2 di dalm solat... di harap adik2 dapat perbetulkan apa yang adik2 silap sepanjang adik2 melaksanakan solat..... insyaAllah.....


~~sekitar suasana menyemak tahsin solat adik2~~




hari kedua selepas berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah... kekosongan masa telah di isi dengan perkongsian pengalaman seorang sahabat penulis yang belajar di perantauan.....



~~berkata2 di hadapan ibarat seorang penceramah berjaya :)~~




apa yang penulis dapat dengar seketika yang di kongsi oleh sedara ahmad naim ini... kehidupan mereka di sana untuk menyebarkan sesuatu tentang agama telah dihadkan.. hendak buat salinan tentang agama juga orang kedai tak berani kerana undang2 negara mereka begitu... cuba di fikir kembali kita sekarang di boleh dapatkannya dengan mudah di kedai2 buku... boleh copy dan disebarkan tanpa sebarang sekatan tetapi sejauh manakah tahap keinginan kita untuk mendalami dan memperolehi maklumat2 tentang agama yang sedemikian???? (muhasabah sebentar peringatan untuk diri penulis juga)



selepas solat isyak dan terawih secara berjemaah slot untuk forum diteruskan dengan jayanya....
pelbagai pesembahan kreatif yang ditunjukkan oleh adik2 disamping mendapat tajuk2 yang hebat untuk dikupas dan di bincangkan bersama......
dan diikuti dengan slot memuhasabah diri....... hakikat manusia memang mudah lupa.. maka tidak hairanlah sekiranya slot memuhasabah diri ini sering kali di laksanakan dalam apa sahaja program agar kita sama2 dapat memberi peringatan kepada diri sendiri bahawa hidup di dunia ini bukan mengecapi keseronokan dan harta benda sahaja tetapi kita kena selalu beringat bahawa Allah telah memberi kita peluang hidup di muka bumi ini untuk beramal ibadat dengannya bukan hidup kita hanya dunia semata-mata.........




hari terakhir di KEM IMAM MUDA hanyalah kata2 amanat terakhir barisan fasi dengan adik2 , sesi bergambar dan sedikit majlis penutup..... pada majlis penutup telah di hadiri oleh penolong kanan 1 SABAR bagi memeriahkan majlis....... juga ucapan2 , nasihat2 dan harapan dari ketua komander fasilitator ustaz hafizul husni, ummi sarimah dan pk 1 sendiri... harapan mereka agar kem yang mereka lalui ini memberi banyak manfaat.....


selepas sesi penyampaian sijil adik2 telah diberi peluang sekali lagi untuk menyanyikan lagu tema mereka (HAMBAMU) untuk terus membakar semangat mereka apabila tamatnya kem ini...



~~menyanyi dengan penuh semangat dan senyuman~~






~posing abang2 fasi yang lebih bersemangat dari adik2 (^_^)~




semasa sesi bergambar juga macam2 reaksi ada.... senyum sikit.. senyum nmpak gigi.. tak senyum... hehehe.... dan sedikit gambar antara kita barisan fasi yang penulis dah edit skit (^_^)


~~azwan habib n fizree tiada dalam gambar... mungkin mereka ada komitmen yang lain~~






dan akhir sekali peluang yang ada ini penulis dah ucapkan selamat pengantin baru kepada komander yang telah menjayakan program ini iaitu sedara hafizul husni dan isterinya kak syafiyah......


~~semoga ikatan ini terus kukuh hingga ke syurga... amin...~~





bagi penulis menyertai sebagai fasilitator kali nie bukan setakat handle program adik2 tetapi dah ibarat mini reunion untuk kelas penulis...... walaupon kehadiran kami yang perempuan hanya 4 orang tetapi kehadiran sahabat lelaki yang ramai menyebabkan penulis berasa batch kita yang ramai jadi fasi hehehe... apa2 pown satu gambar yang telah di snap dan di edit oleh penulis... kenang-kenangan 2011!!!!





p/s: alhamdulillah... akhirnyaaa siap juga post penulis kali ini.... pertama kali buat post yg byk kena upload gambar... sabar menunggu... di harap semua pembaca terhibur... dan sekiranya ada tulisan2 yang xsedap dibaca harap dimaafkan kerana penulis juga hanyalah seorang insan biasa.... wallahualam........ (^_^)